semalam saya menghadiri kelas Hai-o marketing bertempat di presint 9 putrajaya. Alhamdulillah pada masa yang sama saya telah membawa seorang pelanggan yang juga satu kementerian. Sudah lama memujuk beliau agar hadir ke kelas hai-o. Akhirnya beliau bersetuju juga. Suami dia pun ikut sekali juga.
lama juga berborak. Sampai satu tahap suami kawan saya telah memberitahu bahawa dia juga (sewaktu bujang) pernah join MLM Hai-o marketing. Namun begitu agak susah waktu tu untuk naik ke tahap SM (Sales Manager). Agak2 dengan usaha bersungguh-sungguh pun memakan masa 2 tahun untuk mendapatkan pangkat tersebut. Tapi Alhamdulillah dengan adanya strategi terbaru. Pangkat SM boleh di raih satu hari sahaja. Umpama kita menggunakan jalan kampung atau jalan highway. Jalan kampung agak menyulitkan. terpaksa mengharungi lopak jalan / jalan tidak rata / tidak lurus / binatang melintas dan macam2 lagi. Namun begitu tempat dituju tetap juga sampai. Apa kata kalau kita menggunakan jalan highway. Sudah tentu perjalanan lancar dan selesa bukan.













