Pentingnya payslip
Untuk memulakan gerak usahawan dalam Hai-o marketing sudah pasti memerlukan modal pusingan. Sering kali juga begitu ramai bakal usahawan tidak dapat meneruskan usaha disebabkan oleh ketiadaan modal. Ada sesetengahnya terus sahaja berputus asa dan memikirkan tiada jalan keluar .Ini menyebabkan timbul sikap tunggu dulu dan lihat. Sikap tunggu inilah yang membinasakan diri sendiri.Namun begitu ada satu kaedah yang sering digunakan dan ianya terlalu praktikal iaitu membuat pinjaman bank. Bagi kakitangan kerajaan Payslip inilah yang menjadi senjata utama untuk mendapatkan modal dan meneruskan cita-cita. Bagaimana pula kakitangan bukan kerajaan(swasta) yang tidak dapat membuat pinjaman bank ataupun mempunyai kelayakan pinjaman yang terhad?.
Saya simpulkan begini :
1. Swasta (mempunyai modal sendiri-cash)
Boleh dimulakan serta merta
2. Swasta (tiada cash -layak membuat pinjaman penuh)
Boleh dimulakan serta merta
3. Swasta (Kelayakan pinjaman terhad) dan bergantung kepada panel bank syarikat.
boleh membuat pinjaman dari CIMB dimana pinjaman boleh dilakukan sehingga 5 kali gaji. ini bermakna boleh memulakan perniagaan dimulai 9 set , jika tidak mampu-mulakan 8 set, jika tidak mampu-mulakan dengan 7 set, jika tidak mampu-mulakan dengan 6 set dan seterusnya.
4.Swasta (tidak layak membuat pinjaman)
Boleh dimulakan dengan pembelian 1 set + YURAN KEAHLIAN
5. Swasta (tiada modal langsung)
Mulakan dengan menjadi ahli.
Namun begitu, dari langkah 3 hingga 5 anda adalah berstatus pengedar. Dengan daya usaha yang bersungguh anda juga mampu mengejar pangkat Sales Manager. Bergantung kepada kesungguhan anda… anda pasti boleh.
BERUSAHALAH!!!!!!
November 11, 2008 at 6:07 am
saya dah pakai dan dah pun tlg perkenal produk ni pada 2 org rakan utk org lain. dan mereka telahpun membelinya dengan ansuran 100 sebulan. waiting list saya pun ada cumanya nak berniaga benda ni susah sikit. Saya bekerja kerajaan dan ada anak2 yang masih kecil. Modal pun tak ada dan pernah jugak buat pinjaman dan masih membayar. So kadang2 terasa gak konflik nak cuba jadi usahawan tapi taknak prestasi kerja merosot dan taknak keluarga terabai dan taknak dibebani hutang.
Ada idea nak tolong saya.
November 27, 2008 at 6:06 am
saya lagi la. baru je join hai o bulan 9 ari tu. best partnyer diaorang citer sket punya bagus tapi tak sentuh pun langsung pasal maintain nii, alih2 dah kuar loan 22k dah masuk ahli baru citer nak kena buat maintain 300++, saya rasa macam dah kena tipu, cuma citer amik 300 dari loan tolak tepi tapi tak citer pun pasal maintain ni.. aku nyesal giler dah ni.. loan nak kuar sehari tapi nak dapat balik 2 tahun, kalu aku renovate umah pun tak sesal macam ni… tambahan lagi dengan ekonomi yang meleset skang ni.. ada ke orang nak beli korset tu, konon tukang sapu boleh pakai. aku rasa 100 tu lebih berharga kalau bagi anak2 makan. tesnion dah aku, nyesal tak sudah dah ni. aku skang tak der utang apa2 tp disebabkan hai o ni la aku kena berhutang, tak de hutang cari hutang.
silap saya juga sebab terlampau percaya citer2 org hai o ni yang tak berterus terang. apa2 pun saya kena teruskan gak sebab dah kuar loan, skang ni aim aku nak setel loan, keta besat ke, apa besar ke aku dah tak heran dah, janji loan setel. kalo korang ada cara tolong btau aku.
nak je aku suruh cdm atau ddm aku/korang beli korset aku tu, supaya tak menjadi satu tekanan pada aku pasal loan ni. loan aku buat bulan 9, konon 3 bulan potong tapi bulan 10 dah stat potong gaji aku, penipu betul korang ni.. kata nak tolong, tolong la aku. aku tengok tak de pun fitback tiap2 hari dari org2 hai o ni.. ada sesiapa yang nak beli korset 9 set (complete set) dengan harga RM18,000, amik la , aku bagi dengan bag2 dia skali. email aku : sha:2602@yahoo.com
November 27, 2008 at 8:41 am
aku dah tak heran dah pasal cdm/ddm apa2 m pun, trip ke oversea pun aku tak heran dah apatah lagi nak pakai keta besar2 sebab tak de maknanye bagi aku dah… semangat aku spoil sebab tak cerita terus terang… memang spoil..
November 28, 2008 at 10:01 am
dlm apa2 pon mlm mmg kena maintain.sale dan sponsoring. upline saya mmg bagitau pasal maintain nie..but kalau bln tue kita dpt bonus baru la maintain pv.sbb utk melayakkan kita dpt bonus utk bln tue..kite turut kena maintain bv…but klu x de dpt bonus bln tue buat apa u nak maintain…cuba tanye upline utk penjelasan lanjut.
**sha..bole kita discuss,through email ke..ym ke…sbb saya skrg tgh nak buat research…apa faktor yg menyebabkan seseorg itu berjaya dan apa faktor yg menyebabkan org tu gagal. can u contact me..-daritzz_82@yahoo.com