MLM- PERKEMBANGAN MUTAKHIR

Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan perkembangan dalam industri
jualan langsung seperti:
(i) jumlah lesen dikeluarkan dan jumlah lesen dibatalkan dan
sebab-sebabnya; dan
(ii) sumbangan industri ini dalam ekonomi negara dan jumlah
syarikat yang menyeleweng dari maksud dikeluarkan dan

apakah bentuk tindakan yang diambil.

jawapan

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Tan Chai Ho]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) semenjak berkuatkuasanya Akta Jualan Langsung 1993 pada
1hb. Jun 1993, sejumlah 905 lesen telah dikeluarkan sehingga
30hb. Jun 1996. Daripada jumlah ini sebanyak 148 syarikat
telah tamat lesennya tanpa diperbaharui atas sebab-sebab
berikut:
(i) sejumlah 144 syarikat telah tutup perniagaan dan
tidak lagi menjalankan perniagaan berbentuk jualan
langsung; dan
(ii) sejumlah 4 syarikat telah tidak dibaharui lesen
kerana melanggar syarat-syarat lesen yang telah
ditetapkan.
(b) industri ini telah memberi sumbangan kepada ekonomi negara
dengan cara memberi peluang kepada pengguna meneliti mutu
barang sebelum membelinya, mengetahui dengan lebih mendalam
cara mengguna barang tersebut di tempat yang lebih selesa iaitu
di rumah atau di tempat kerja pelanggan itu sendiri telah diterima
baik oleh pengguna di Malaysia. Hasil penerimaan ini beserta
dengan penguatkuasaan Akta Jualan Langsung, 1993 industri ini
telah dapat berkembang dengan pesat dari segi jumlah jualan,
bilangan pengedar yang terlibat dan juga jenis-jenis barang yang
dipasarkan. Dengan jumlah jualan pada tahun 1995 sebanyak RM2,000 juta, sektor
ini telah memberi peluang kepada hampir satu juta pengedar-pengedar sepenuh
masa dan separuh masa menambah sumber pendapatan keluarga bagi
menikmati kehidupan yang lebih selesa. Walau bagaimanapun, terdapat
sebilangan kecil daripada syarikat-syarikat yang berlesen melaksanakan pelan

pemasaran yang lebih memilih kepada skim cepat kaya, iaitu memperdaya
orang ramai membeli inventori yang banyak pada harga yang tidak berpatutan.
Kementerian telah mengesan 4 buah syarikat yang mana lesen mereka telah
tidak dibaharui kerana pihak syarikat dan pengedar-pengedarnya didapati
menjalankan perniagaan yang melanggar peruntukan-peruntukan Akta Jualan
Langsung 1993. Di antara perlanggaran yang dilakukan ialah:
(i) mengubah pelan pemasaran tanpa kelulusan pengawal
jualan langsung;
(ii) syarikat memerlukan pembelian barang-barang jualannya
sebelum diterima sebagai ahli;
(iii) syarikat mengutip bayaran kemasukan secara berleluasa
tanpa mempunyai barang yang mencukupi untuk diedar;
dan
(iv) penyelewengan dari segi pembayaran bonus dan komisen
kepada pengedar-pengedarnya serta dalam pengurusan
syarikat.
Keempat-empat syarikat ini merupakan syarikat yang mengamal pelan
pemasaran berbentuk berbilang tingkat. Bagi menentukan syarikat-syarikat
yang berlesen ini tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan serta memenuhi

keperluan Akta Jualan Langsung, kementerian melesenkan syarikat berbilang tingkat setiap tahun supaya perjalanan perniagaan mereka diawasi dengan lebih teliti. Tuan Abdul Rahman bin Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang kita maklum, salah satu dasar kerajaan ialah untuk
mewujudkan masyarakat penyayang. Syarikat-syarikat jualan langsung
selalunya menggunakan jurujualnya melawat rumah ke rumah pada hujung
minggu, semasa keluarga ingin berehat-rehat dengan anak dan isteri untuk
memupuk semangat penyayang ini. Jadi, memandangkan kepada hakikat ini
apakah kementerian bercadang untuk menghapuskan sahaja sistem jualan
langsung ini kerana ia bercanggah dengan apa yang kita hendak capai?
Dato’ Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pengedarpengedar
atau agen-agen syarikat jualan langsung hanya dibenarkan melawat
dari rumah ke rumah pada masa waktu pejabat. Kalau mereka hendak jualkan
barang-barang jualan langsung pada hari minggu, mereka hendaklah
mendapatkan kebenaran atau ‘appointment’ dahulu, kalau tidak, mereka akan
melanggar peruntukan-peruntukan Akta Jualan Langsung, 1993 dan mereka
boleh diambil tindakan.
Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen, terdapat banyak makanan untuk kesihatan atau
‘health food’ dan juga makanan yang berkhasiat atau ‘nutritious food’ yang
dipasarkan melalui jualan langsung, tetapi bukan kesemuanya adalah tulen dan

baik untuk kesihatan. Maka apakah peratusan syarikat-syarikat jualan langsung
yang menjual makanan-makanan tersebut dan juga bagaimana kementerian
dapat mengawal makanan-makanan itu supaya memastikan ia berfaedah untuk
kesihatan manusia dan juga bagaimana harga yang terlampau tinggi tidak
berlaku?
Dato’ Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, barang-barang kesihatan
yang dijual oleh syarikat jualan langsung sebelum mereka boleh jualkan
barang-barang ini, mereka perlulah mendapatkan kebenaran atau mendapat sijil
pendaftaran dari Kementerian Kesihatan.
Dari segi harga yang tinggi, sebenarnya saya telah pun terangkan pada
masa dahulu, oleh kerana harang barangan yang dijual oleh syarikat jualan
langsung tidak dikawal oleh kerajaan, ini kerana kebanyakan barangan ini
bukan dalam kategori ‘barang keperluan harian’. Sungguhpun demikian,
kementerian ini selalu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduanaduan
pengguna mengenai harganya terlalu tinggi dan tindakan telah pun
diambil jika didapati ada syarikat yang menjual harga barangan yang terlalu
tinggi. Oleh itu, jikalau Yang Berhormat ada maklumat yang tepat, bolehlah
majukan kepada kementerian saya.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: