Archive for June, 2008
Posted in Uncategorized on June 30, 2008 by sya77
Download Firefox3-New Release (Hai O Group)
Posted in Uncategorized on June 26, 2008 by sya77FireFox versi terkini adalah satu perisian yang sewaktu dengan Internet Explorer yang amat diperlukan oleh penggemar pelayan web. Dengan teknologi terkini, FireFox menjadi pilihan pengguna. Ciri-ciri yang menarik adalah dari segi mudah dikendalikan, sekuriti yang tinggi terhadap virus-spyware dll. Jika anda mempunyai Internet Explorer ataupun yang mempunyai FireFox versi lama. Silakan download Firefox dengan segera.
Dengan adanya Firefox tersebut memudahkan Pelanggan dan juga usahawan Hai O marketing melayari internet dengan selesa.
Tips hangat Hai o
Posted in Uncategorized with tags tips on June 20, 2008 by sya77sesiapa yg ingin buat
duit sbb harga minyak naik ni.
pergi cari kereta yang buruk-buruk dah kong di cerok kampung.
beli dengan tuan pemilik, transfer nama dalam geran.
katalah harga RM500-600.
ambil insuran 3rd parti aje…RM30.00
renew cukai jalan(6bln)…….RM50.00
pergi claim rebate……………RM625.00
pastu jual besi buruk………….RM500-600
dapat tak untung 400 sebiji kete?
kalau 10 biji………4000 tu.
Psstt..ini bukan idea saya tapi ader member yang kasi…ntah ler boleh pakai ke idak idea tu. Pikir sendiri..
usahawan hai o tak perlu buat begini…baik jual premium beautiful tu dapat gak untung.
Menorobos Sempadan Diri
Posted in Uncategorized with tags fadzilah kamsah, menerobos sempadan diri on June 11, 2008 by sya77Diri anda sebenarnya mampu melakukan “wonders” lebih dari apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu memilikinya. Tetapi diri anda sering diselubungi tembok yang menghalang diri anda dari mencapat cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda.
Mungkin juga anda jahil atau sasaran kabur untuk anda fokus. Di satu segi mungkin anda kurang sumber. Mungkin juga hati anda bersarang dengan sikap bodoh sombong atau pentingkan diri. Buku ini memberi panduan kepada anda untuk meruntuhkan tembok itu dan menerobos sempadan diri.
http://adikbijak.com/promo.plx?MX00166&TB0019
Buku-petua untuk sentiasa ceria
Posted in Uncategorized with tags fadzilah kamsah, petua untuk sentiasa ceria on June 11, 2008 by sya77Kepada bakal dan usahawan hai o marketing ada eloknya kita sentiasa ceria. Nak jumpa orang pun kena ceria. Barulah rezeki mudah masuk.
Hayati lirik lagu ini…
Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati duniamu kan berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum, kemesraan menguntum
Senyum… kepada semua…
Senyuman mu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan…
Dengan senyuman terjalinlah ikatan
Ramai orang membicarakan tentang ceria, gembira, kehidupan yang tenang, sihat, aman dan bahagia. Secara fitrah Allah menjadikan manusia itu condong ke arah kehidupan positif. Semua orang berusaha membaiki taraf hidup supaya hidup semakin tenang dan ceria hinggakan isu sentiasa ceria ini diprogramkan melalui media elektronik.
Sejak kewujudan Nabi Adam a.s. lagi, terdapat pelbagai ragam manusia sama ada negatif mahupun positif. Fokus di sini ialah keceriaan yang tidak hadir dalam jiwa! Itu antara masalah yang dihadapi oleh manusia.
Setiap masalah ada penawarnya. Samalh juga dengan masalah tidak ceria dalam hidup. Buku ini membongkar rahsia mencapai keceriaan dalam kehidupan. Pada masa yang sama keceriaan yang dicari adalah keceriaan yang berdiri di atas landasan syariat. Maka malang sekali orang yang hidupnya ceria meniti kemungkaran.
Antara topik menarik di dalam:
Bodoh Sombong
Perspektif yang Silap
Programkan Minda Sebelum Tidur
Menerima Diri Seadanya Tanpa Syarat
Jangan Cakap Saja tapi Buat!
Tau Fu Fah
Posted in Uncategorized on June 8, 2008 by sya77Boleh dikatakan saya tidak selalu ke pasar malam. Bukan tidak suka, tetapi banyak perkara yang lebih diberikan keutamaan. Bila sebut pasar malam, pastinya ramai dari kalangan ahli Hai o marketing menyukainya. Bila pergi macam-macam nak beli. bukan kah begitu??. Kekadang terlebih beli makanan, pastu buang. Harap-harap perkara ini tidak berlaku kepada bakal usahawan dan usahawan hai o. Mohon jauh dari sifat membazir.
Di dalam banyak-banyak juadah yang ada di pasar malam, saya ingin ketengahkan makanan Tau Fu Fah. Kita tahu makan jer. Tapi tak tahu nak buat. Termasuklah diri saya. Penjual tersebut sebenarnya banyak untung bila menjual di pasar malam. Disitulah tertumpunya pelanggan. Tapi bagaimana cara menyediakan Tau Fu Fah?. Jika anda ingin mendapatkan resepi Tau Fu Fah, anda sepatutnya mendapatkan dari penjual yang berpengalaman.
Produk Orang Kampung
Posted in Uncategorized on June 6, 2008 by sya77Nampak gayanya banyak juga produk orang kampung sudah di kormersilkan seperti sireh, kelapa, halia dan lain-lain. Dan saya masih lagi menunggu mungkin akan ada lagi selepas ini yang dikeluarkan bukan sahaja untuk dagangan berbentuk trading bahkan di jadikan sebagai multilevel marketing yang tulen. Tulen bermaksud dagangan yang tulus dan tiada aspek penindasan dan dijamin selamat dan halal. Persaingan sengit ini amat bagus dikalangan rakyat malaysia untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Jika anda tidak mampu mengeluarkan modal sebanyak RM23000 untuk menjadi ahli VIP Hai-o marketing, bukan bermakna anda tidak dapat menjalankan multilevel marketing yang lebih baik, dan menjadi terbaik dikalangan usahawan mlm yang terbaik. Pastinya saya amat gembira jika ramai usahawan melayu menceburi bidang perniagaan. Dulu, orang Melayu terkenal dengan bidang pertanian, India terkenal dengan bidang perladangan dan Cina dengan semangat perniagaan (sekarang pun sama). Kini, anggapan ini perlu kita tukar. Biar Melayu memonopoli bidang perniagaan dan kekayaan Malaysia. Biar sama-sama kita berniaga. Walaupun kita berlainan syarikat tetapi semangat perniagaan tetap perlu ada. Tidak perlu ada sifat dengki, khianat dan mencari kesalahan orang lain.
Mungkin suatu hari Budu, cincaluk, belacan boleh dijadikan sebagai produk multilevel marketing. Pasti ada keajaiban yang tidak kita tahu akan terjadi kemudian hari.
Jika anda ada idea, apa salahnya dijadikan satu produk dan di MLM kan. Sebagai contoh Minyak Kelapa telah dikomersilkan menjadi Minyak Kelapa Dara. Sehingga hari ini, pasaran Minyak kelapa tersebut bukan sahaja di Malaysia bahkan telah sampai ke Luar Negara. Produk berkualiti pasti dicari. Ndak-ndak harga pula murah. Tak sempat order sudah habis.
psstt…Manalah tahu suatu hari ada usahawan Hai o yang dapat mencipta pakaian dalam pembentukan badan premium beautiful jenama orang kampung yang lebih hebat dan lebih berkualiti. Lebih kreatif dan inovatif.
Garam Buluh Hai O Marketing
Posted in Uncategorized on June 6, 2008 by sya77selalunya usahawan hai o marketing banyak berceritakan berkaitan produk Premium Beautiful dan juga Bio Aura. Sebenarnya banyak lagi produk yang berguna untuk kita gunakan. Contohnya Garam Buluh.
Pengiraan Obesiti
Posted in Uncategorized on June 5, 2008 by sya77Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi
Indeks Jisim Tubuh :
Berat tubuh badan bahagi Ketinggian kali Ketinggian
Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mula-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6
Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obese















