Premium beautiful/korset/hai-o admin resource
Dalam linkungan kehidupan terdapat 2 hubungan yang harus kita jaga dengan baik. Iaitu “HUBUNGAN DENGAN PENCIPTA DAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA”. Jika kita melanggar hubungan dengan pencipta, kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan memohon ampun terus dengan pencipta. Bagaimana pula hubungan dengan manusia. Adakalanya kita terlupa batas-batas pergaulan dan mengendahkan sikap dan sifat terhadap manusia. Sebab itulah ada antara kita sering melanggar hak manusia. Mempertikaikan hak dan kreadibiliti, bermusuhan, dengki, pecah amanah, berkata kesat, memberi pelbagai tomahan dan fitnah. Dalam kita berniaga, sikap dan sifat haruslah bersandarkan kepada agama.
SULITNYA MENJAGA HATI
Hati ini amat seni sekali
perasaan halusnya
payah dikesan
sulit dikuasai
berbolak balik setiap hari
Berubah-ubah setiap waktu
perjalanannya tidak menentu
sulit hendak didisiplinkan
inilah antara keajaiban hati
kerana itulah kita disuruh berhati-hati
kerana dari sini sumber kekuatan aktiviti atau sebaliknya
Nukilan Khas untuk para manusia terutama ahli hai-o marketing













