Archive for February, 2007

Menyampah

Posted in Uncategorized on February 28, 2007 by sya77

Menyampah adalah sifat negatif dan boleh didefinasikan sebagai sifat iri hati kepada orang lain. Dalam membina kerjaya dalam MLM Hai-o marketing pula amat2 tidak digalakkan kita mempunyai sifat demikian. Sifat irihati akan lebih kepada sifat dendam dan membawa kepada kejadian yang tidak baik. Islam juga mengajar kita tidak mempunyai sifat dendam dan irihati keatas kejayaan orang lain. Mulai hari ini sama2lah kita membuang sifat demikian. Bagaimana ???

Ada beberapa kaedah iaitu

1. Sentiasa berzikir

2. Sebelum tidur sentiasa cuba muhasabah diri sendiri agar kesilapan kita hari sebelumnya dapat diperbaiki

3. Cuba memaafkan orang lain.walaupun orang itu kita sangat benci. Bab ni susah sikitkan. Tapi cubalah. InsyaAllah kita lebih tenang.

Sebagai usahawan sifat-sifat negatif kena kikis sikit demi sedikit agar kita menjadi usahawan yang tenang dan mudah didampingi.

Berfikir

Posted in Uncategorized on February 27, 2007 by sya77

Hari ini saya akan membawa anda satu topik berfikir.Manusia dianugerahkan oleh Allah kepada manusia agar sentiasa berfikir. Jika kita tidak berfikir kita akan jatuh kepada martabat haiwan.Itu kata pakar motivasi. Fikir ni ada 2 jenis iaitu fikir kepada positif dan fikir negatif. Kita digalakkan sentiasa berfikiran positif agar hidup kita lebih tenang dan gembira. Fikiran negatif pula banyak mendatangkan bencana. Orang cakap nanti cepat tua. So, dalam hal Hai-o marketing pula bagaimana ?. Fikir je secara positif bahawa kita akan tetap berjaya.InsyaAllah ramai CDM akan membantu. CDM kita semua orang yang berkaliber dan rajin bekerja.

workoholic

Posted in Uncategorized on February 26, 2007 by sya77

Semenjak dua menjak ni timbul penyakit baru (Kerja yang melampau). Siang malam asyik kerja je. Kenapa ye?? mungkin disebabkan tidak cukup pendapatan menyebabkan mereka sanggup bekerja tanpa memikirkan kesihatan /sosial. Bagus memang bagus. Tapi sepatutnya berikan lebih masa kepada aktiviti di rumah dan untuk bersosial (riadah) dan membuat kerja amal. Yang kerja kerajaan pula sengaja mencari OVER TIME. Walhal kerja dapat disiapkan dengan awal. Walau bagaimanapun yang betul-betul perlu bekerja lebih masa tidak mengapalah. Memang sepatutnya. Jangan marah ye orang GOV. Ini kejadian yang betul2 terjadi. OT ni sajalah cara untuk menambahkan pendapatan kan??.kalau tidak manakan cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan ++++++. Saya pun tahu.sebah saya pun begitu dulu.terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapatkan lebihan pendapatan. Bila difikirkan masak2. Sampai bila ?????

Langkah awal yang terbaik ialah menceburi Hai-o marketing dan mencari kaedah2 perniagaan. Barulah sekarang saya tidak perlu memikirkan langsung berkaitan over time. Semuanya jelas dengan Hai-o marketing dapat mengubah kehidupan seharian..

Senang

Posted in Uncategorized on February 23, 2007 by sya77

Kita ingin kaya bukan ???…saya pernah ajukan soalan ini kepada bapa saya. Abah nak jadi orang kaya tak. Tapi agak mengejutkan bila abah cakap dia tak nak. Agak mengejutkan bukan ???.Seketika dia menyambung. Abah nak SENANG. Fikir saya masa tu mungkin dia nak menguji. Abah menyambung lagi.

Kalau SENANG semua akan menjadi lancar. Walaupun tak kaya. TAPI kalau kaya + SENANG lagi baik. Ada logiknya bukan ???.

Kesimpulannya kepada anda yang dah kaya. Cubalah cari ketenangan diri ye. Supaya timbul ketenangan yang kita cari. Dan, kepada anda yang masih tercari-cari . Pilihlah Hai-o marketing. BOleh membuatkan anda kaya + kesenangan + ketenangan.

BETUL NI .TAk TIPU !!!!

Nanti saya ceritakan Hal marketing plan.

Bangun Pagi

Posted in Uncategorized on February 21, 2007 by sya77

sewaktu saya menziarahi keluarga angkat saya di Port Dickson. Ada banyak perkara yang kami bincangkan, salah satu topik adalah berkaitan mencari rezeki. So saya petik sebahagiannya sahaja ye. Bapa angkat saya ni menyarankan agar kita sentiasa bangun pagi tak kira lah hari bekerja atau offday.Kebanyakan dari kita,sewaktu hari bekerja boleh bangun pagi, namun apabila hari cuti…terlajak sampai pukul 8…9…10 dan ……

Kata orang tua rezeki bangun pagi bukan sahaja mendapat makanan bahkan apabila bangun pagi kita sepatutnya membuka semua jendela/pintu rumah supaya udara dapat masuk ke dalam rumah. Itulah rezeki pertama yang masuk. Iaitu udara yang segar  dapat menyihatkan badan. Apabila badan terasa segar apa-apa pekerjaan akan menjadi bertenaga.

psst..sembahyang subuh jangan tinggal ye.

Kembalikan semangat.

Posted in Uncategorized on February 21, 2007 by sya77

hari ini saya mula bekerja semula selepas 4 hari bercuti sempena Hari Raya Cina. Saya juga ingin mengucapakan selamat Hari Raya Cina kepada penganutnya. Sorrylah terlambat. Hari pertama memulakan kerja adalah saat “kemalasan”. Sudah lama berehat dan untuk memulakan kerja kembali memerlukan semangat. Bagaimana ye untuk mengembalikan semangat??. Namun begitu saya menggunakan kaedah sendiri untuk menyelesaikannya. Dari awal lagi saya dah catatkan kerja yang perlu saya bereskan. Jadi, list job tadi saya perlukan siapkan hari ini. Secara tak langsung saya mewujudkan “force” untuk membuatkan saya bekerja semula. Pagi ini juga saya sudah tetapkan target customer untuk saya follow up. Alhamdulillah saya dapat bertemu dengan orangnya. Dan jawapannya adalah positif.

HAI-O mengubah kehidupan

Posted in Uncategorized on February 16, 2007 by sya77

sistem perniagaan yang tak rumit langsung!! Inilah satu-satunya MLM yang menerangkan sistem perniagaan yang ringkas, padat, efisyen, cepat, mudah faham dan yang paling penting sekali–tambah side income sehingga beribu-ribu lemonnn..