Archive for March, 2007

sistem baru

Posted in Uncategorized on March 6, 2007 by sya77

semalam saya menghadiri kelas Hai-o marketing bertempat di presint 9 putrajaya. Alhamdulillah pada masa yang sama saya telah membawa seorang pelanggan yang juga satu kementerian. Sudah lama memujuk beliau agar hadir ke kelas hai-o. Akhirnya beliau bersetuju juga. Suami dia pun ikut sekali juga.

lama juga berborak. Sampai satu tahap suami kawan saya telah memberitahu bahawa dia juga (sewaktu bujang) pernah join MLM Hai-o marketing. Namun begitu agak susah waktu tu untuk naik ke tahap SM (Sales Manager). Agak2 dengan usaha bersungguh-sungguh pun memakan masa 2 tahun untuk mendapatkan pangkat tersebut. Tapi Alhamdulillah dengan adanya strategi terbaru. Pangkat SM boleh di raih satu hari sahaja. Umpama kita menggunakan jalan kampung atau jalan highway. Jalan kampung agak menyulitkan. terpaksa mengharungi lopak jalan / jalan tidak rata / tidak lurus / binatang melintas dan macam2 lagi. Namun begitu tempat dituju tetap juga sampai. Apa kata kalau kita menggunakan jalan highway. Sudah tentu perjalanan lancar dan selesa bukan.

ibu

Posted in Uncategorized on March 4, 2007 by sya77

Sudahkan anda ikut pesanan saya pada sesi yang lepas. Kalau belum , cuba luangkan sedikit masa untuk bertanyakan khabar. Telefon sekejap jer. 2 minit cukuplah. Yang penting kita sentiasa bertanyakan khabar. Dan satu lagi mengenai berkaitan ibu adalah berkaitan pelaburan. Pelaburan yang tak nampak tapi membawa keuntungan yang tinggi.

1. Mendapat ganjaran di akhirat.

2. Di dunia lagi Allah akan memberi ganjaran yang tinggi. Contohnya jika anda memberikan RM500 setiap bulan nanti Allah akan memberikan gandaan rezeki yang datang secara tiba-tiba

mujur ada ibu

Posted in Uncategorized on March 2, 2007 by sya77

Alhamdulillah kita mempunyai ibu. Jika anda yang sudah tidak mempunyai ibu doakan mereka agar bahagia mengadap ilahi dan disertakan dengan orang-orang yang soleh. Hari ni saya nak turunkan satu petua bagaimana dengan adanya ibu anda boleh berjaya. Pernah kah anda dengar bahawa doa ibu itu makbul. Jika pernah, inilah masanya bagi kita menyuarakan hasrat ibu mendoakan kita agar menjadi orang yang berjaya. Saya juga berpesan dengan diri saya sendiri agar sentiasa menghormati ibu dan membuatkan dia sentiasa tenang. Contohnya, setiap kali bercakap dengan ibu cakaplah begini. Ibu/ma/mama doakan saya. selalu-selalulah pesan begitu, kekadang ibu kita lupa nak doakan kita.