Archive for November, 2007

Casa Impian

Posted in Uncategorized on November 29, 2007 by sya77

Saya sangat suka bila menonton Casa Impian siaran TV3. Dengan kepakaran krew2 Casa Impian, segala sudut kediaman menjadi lebih menarik dan sempurna. Ada orang sukakan landskap yang tenang, bilik tidur ala-ala inggeris, konsep moden, dapur yang exclusif dan macam-macam lagilah. Rumah menarik dan kemas adalah kesukaan semua orang.

Sebagai contoh, teman ditempat kerja datang ke rumah anda. Adakah beliau akan meng’usha rumah anda. Sudah semestinya bukan. Selalunya kediaman yang bersih dan kemas melambangkan sikap tuan rumah samada pembersih atau pengotor. sebagai tuan rumah kita kena ambil perhatian tentang perkara ini. Jika rumah kita selalu terjaga akan menaikkan kepercayaan seseorang. Bila percaya…effect jangka panjang akan lebih baik.

Haa…anda didepan saya..jangan lupa sapu sampah ek..selamat mencuba

bersemangat untuk terus berjuang

Posted in Uncategorized on November 26, 2007 by sya77

Kehebatan seseorang individu itu boleh diukur  dan dilihat dari segi semangat juangnya..sebagai manusia yang sempurna kita kena berjuang utk terus hidup. Sesuai dengan peranan kita sebagai khalifah ALLah kena berjuang dari pelbagai aspek dalam menempuh dugaan dariNYA.samalah dalam usaha kita berniaga..berbagai -bagai cabaran datang ..kekadang terfikir juga ada ke orang senang sekelip mata..mungkin ada tapi susah la nak jumper..selalunya orang yang senang sekelip mata ni akan mudah alpa..dan tak bersyukur ..jadi kena ingat, semua ini dugaan ..

kita kena sabar dan kena bersemangat..berjuang untuk mencapai kejayaan yang gemilang  dan terbilang..jangan mudah mengaku kalah ..kita kena selalu yakin bahawa rezeki datang dari ALLAH swt. dan dia juga berhak untuk menarikbalik rezeki yang dikurnia..jadi sebelum ianya ditarik balik maka perlulah kita beringat dan bersyukur..nasihat saya berjuang lah cari rezeki yang halal, kerana yang halal itu penting untuk generasi kita masa hadapan.

Aura Mawi dan Aura Anda

Posted in Uncategorized with tags , on November 26, 2007 by sya77

Adakah anda pernah dengar berkaitan Aura. Apa itu aura??? adakah aura sejenis kueh atau sejenis kenderaan yang boleh dipandu laju, atau berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan…atau aura sejenis biskut.. kejap ada kejap takde…

Baiklah.. sebenarnya, ramai dah tahu pasal aurakan?…sesuatu yang tidak boleh dilihat dan dirasa dengan lidah samada manis, masin dll tetapi ianya boleh dirasai melalui perasaan. Aura boleh dibahagikan kepada 2 iaitu aura negatif dan aura positif. Mana satu pilihan anda?. Secara tak langsung dan tak disengajakan anda sentiasa melepaskan aura. Jika orang tidak suka bermakna anda melepaskan aura negatif, kalau suka bermakna positif. Sebagai manusia atau khasnya usahawan sudah semestinya kita memerlukan aura positif supaya orang yang melihat sukakan kita.

Secara mudahnya bagaimana Mawi tu ramai orang suka. Sudah tentu auranya keluar melalui nyanyian, ntah betul ntah tidak. Anggap betul lah. Bila dah menyanyi tentu saja memerlukan cara penyampaian yang boleh memberi perasaan gembira kepada penonton. Disitulah letaknya krediabiliti bagaimana untuk menarik perhatian. Penyampaian yang baik dengan tingkah laku yang menyenangkan automatik keluar aura berbentuk positif. Cuba jika tiba-tiba Mawi meludah di atas pentas…nahhh…sudah pasti aura negatif pula keluar.. anda pun, tiba-tiba jadi meluat bukan ?.

Setahu saya, aura ni boleh ditarik-tarik. sebagai contoh, Pernah tak anda rasa seorang yang anda tidak senangi tiba-tiba berada di tepi anda. mulalah anda nak lari. ye kan?? pasal orang tu membawa aura negatif…so, nasihat saya…jadilah anda sebagai pembawa aura positif, sudah pasti ramai orang suka…

Mega Aktiviti 2007

Posted in Uncategorized on November 23, 2007 by sya77

Kenal dulu Hai O

Posted in Uncategorized on November 23, 2007 by sya77

 Latar Belakang Syarikat
Hai-O Marketing Sdn Bhd merupakan anak syarikat yang disokong 100% oleh Hai-O Enterprise Bhd. Sejak penubuhan Hai-O Enterprise pada tahun 1975, syarikat ini menjalankan perniagaan perubatan tradisional China dengan berlandaskan konsep, “Produk berkualiti dengan harga berpatutan” dan sentiasa melakukan kerja amal.

Pada tahun 1996, Hai-O Enterprise melangkah ke era baru setelah berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia), dan mengekalkan rekod gemilang dengan mengagihkan dividen setiap tahun. Pada masa yang sama, ia juga merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melalui penjualan produk penjagaan kesihatan tradisional.

Perniagaan Kumpulan Hai-O termasuk pemborongan, pengimportan, peruncitan, jualan langsung, farmaseutikal dan klinik perubatan tradisional. Dalam masa 30 tahun ini, Hai-O berjaya menubuhkan rangkaian jualan dengan strategi pemasaran yang kukuh.

Sejak penubuhan Hai-O Marketing pada bulan September 1992, syarikat ini terus berkembang dan menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang unggul di Malaysia.

Atas pencapaian yang terserlah, Hai-O Marketing dipilih sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung yang unggul daripada sepuluh buah syarikat jualan langsung di Malaysia. Di samping meraih gelaran “Syarikat yang Paling Menakjubkan”, “Syarikat Jualan Langsung yang Berkembang Paling Cepat” dan “Syarikat yang Paling Stabil”.

Kini, kami memiliki lebih daripada 34,000 orang pengedar aktif dan lebih daripada 50 buah stokis / pusat jualan di seluruh Malaysia bagi memudahkan pembelian barangan oleh pengedar.

Menjadi ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia sejak tahun 1994.
 

Pelan Pemasaran Hai-O Marketing

Peluang perniagaan Hai-O adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan risiko yang rendah dan kos permulaan yang rendah.
Ia membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan orang lain. Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan ini kepada orang lain. Sudah tentu dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, perhubungan jangka masa panjang dapat dijaminkan.
Oleh itu, dengan menyampaikan ilmu pemasaran dan penjualan anda kepada ahli kumpulan anda bukan sahaja untuk membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina rangkaian perniagaan mereka.
Intisari peluang pendapatan bagi pelan pemasaran Hai-O Marketing adalah penjualan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan serta penajaan. Sedangkan perniagaan anda berkembang, pulangan turut akan bertambah. Dalam pelan pemasaran Hai-O Marketing, tiada sebarang ganjaran yang harus diberi kepada sesiapa yang hanya menaja orang lain sebagai pengedar berdikari.

Pengiktirafan

  • Direct Sales Licence
  • PDA (Petroleum Development Act) Licence
  • GMP (Good Manufacturing Practice) Licence
  • ISO 9001
  • Halal
  • Member of DSAM (Direct Selling Association of Malaysia)

Anugerah

  • Most Professional Company by “Today” Direct Sales Magazine
  • Most Established Company by “Today” Direct Sales Magazine
  • Top Sales Award of Beijing Te Zhi Bai Feng Wan
  • Excellent Performance by RHB Insurance Bhd
  • Superbrand
  • The Malaysia Book of Record
  • Golden Bull Award
  • Enterprise 50

Serah Pada Takdir

Posted in Uncategorized with tags , , on November 22, 2007 by sya77

Pernah saya mendengar seseorang yang mengatakan “serahlah pada takdir”. Memang betul apa yang diucapkan, tapi akan menjadi tidak betul sekiranya tidak bersama dengan usaha. Usaha dulu baru kita serahkan pada takdir. Ini tidak.. bulat2 serah pada takdir. Kita dikurniakan segala macam pancaindera. Pancaindera inilah kita gunakan untuk berusaha. Pepatah mengatakan “Usaha Tangga Kejayaan”. Ini bermakna kita tetap perlu berusaha untuk mencapai hasil. Jika sedikit usaha, sikitlah kita dapat..kalau digandakan usaha..lagi banyak hasil. Nak banyak atau nak sikit ???.

Cuba tengok keatas. Ada tak anda nampak rezeki yang akan datang? Pastinya kita tidak nampak. Sebab itulah kita perlu tetap berusaha untuk mendapatkan rezeki. Malahan rezeki dari sumber perniagaan adalah diiktiraf sebagai 9/10. Marilah kita tetapkan usaha dan sama-sama menjalankan perniagaan yang halal. Meniaga secara part time tak mengapa. Yang paling penting cubalah perniagaan dalam Hai O marketing. Apabila kita cuba sedaya upaya dalam perniagaan ini barulah kita serahkan pada takdir…selamat dunia akhirat.

pentingnya adat

Posted in Uncategorized with tags on November 21, 2007 by sya77

Adakah kita  terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya? Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.

Pepatah melayu “Biar mati anak, jangan mati adat”, merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Adat yang baik ketika bertandan ke rumah pelanggan adalah amat dititik beratkan disebabkan adat inilah menjadi perhatian tuan rumah..kalau beradat pelanggan akan suka…kalau dahh suka…senang lah kita berinteraksi dan membina hubungan mesra..dan senanglah kita bercerita berkaitan hai o marketing