Kita berjauhan

Untuk mencari pelanggan dan juga bakal rakan kongsi, ada logiknya kita mencari seseorang yang dapat kita sentiasa berjumpa. jarak yang terlalu jauh mungkin mengakibatkan berhubungan 2 hala (servis) tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Jika terdaya tidak mengapa.. teruskan . Namun demikian ramai antara kita yang tidak berkemampuan memberi servis disebabkan prospek/rakan kongsi terlalu jauh. Ini lah punca mengapa ramai rakan kongsi akan segera menjadi rakan kongsi tidur. Tidur disebabkan upline tidak dapat memberi tunjuk ajar 100%. Jika dapat pun hanya sedikit ilmu. Ilmu yang kurang inilah menyebabkan mereka menjadi leka dan hanyut tanpa tempat bergantung. Jika ilmu dah cukup sudah pastilah jika di campakkan ke lautan sekalipun ia segera dapat menyelamatkan diri. Itulah pentingnya jarak apabila membina sebuah rangkaian. Namun begitu.Pasti ada yang sanggup pergi kemana-mana. Hujung selatan,timur, barat, utara waema kemana pun pasti sampai untuk memberi servis. Bagaimana orangnya adalah seorang yang tergolong di dalam perkataan “sanggup” dan “berkemahuan”.. Walhal ramai antara kita cuma membuat part time. Bila dah buat part time bermakna masa yang diperuntukan adalah amat terhad bukan ?. jangan pula kata kerana masa tidak dapat menjalankan bisness mlm. Ini lah dikatakan pandai pandailah mencari masa. Setiap orang mempunyai masa 24 jam tidak lebih dan tidak kurang. Saya timbulkan perkara ini disebabkan hal ini terlalu banyak terjadi. Bila dah berjauhan mulalah timbul sifat keletihan, lemau, tak daya dan macam-macam lah yang memberi impak yang negatif. Disinilah perlunya kekuatan ilmu di dalam diri untuk menepis tembok halangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: