janji temu-bagi alasan Munasabah

Untuk berjumpa dengan pelanggan (samada memperkenalkan produk atau sistem multilevel hai o marketing) perlulah kita berjumpa di tempat yang sesuai dan selesa. Alasan yang menarik perhatian pelanggan adalah perlu supaya penolakan tidak terjadi. Ramai orang memang tidak suka untuk mendengar peluang yang tersedia di dalam mlm, penolakan ini terjadi disebabkan terdapat tembok halangan dan unsur-unsur negatif sedia ada dalam diri pelanggan. Tugas kita adalah meruntuhkan tembok kepercayaan ini satu persatu. Alasan yang kreatif sering digunakan sebagai langkah awal untuk berjumpa. Sebagai contoh, kita hendak pergi rumah Aida. Apakah alasan yang sesuai ???. Kita kaitkan kesukaan/pekerjaan beliau :

1.Aida Kerja di pejabat hasil dalam negeri-Alasan : Aida, saya nak jumpa aidalah malam ni. nak tahu pasal income tax saya.

2.Aida suka memasak-Alasan : Aida,saya ada resepi baru. Bole la kita masak sama-sama.semua barang saya dah belikan.

3.Aida menjahit baju secara part time-Alasan : Aida, saya nak tampah baju , bole tak saya pegi malam ni.

4.Aida mempunyai anak kecil-Alasan : Aida, anak sihat tak? saya nak pegi tengok anak aida, bole la buat kawan dengan anak saya.

5. Rumah Aida di bangi-Alasan : saya nak pegi rumah kawan kat Bangi, sesambil tu boleh lah saya singgah rumah Aida kejap.

Begitulah beberapa contoh yang agak sesuai. Anda gunalah kepandaian yang kreatif untuk menarik minat bakal pelanggan mengikut kesesuaian.

4 Responses to “janji temu-bagi alasan Munasabah”

  1. assalamualaikum…

    pd pendapat saya, bagi alasan2 sebegini seolah menipu orang. kalau saya lah, ada org nak cite bisnes/mlm/whatever dgn saya and bg alasan begini, saya akan cepat2 bgtau saya tak suka (and maybe jugak saya akan susah nak jumpa/angkat call/contact semula hamba Allah yg ‘tipu’ saya ni pd masa akan dtg).
    saya lebih suka org yg berterus terang bgtau nak cite bisnes, nampak lebih ikhlas gitu (takdela nampak mcm semata2 fikirkan keuntungan diri sendiri…)

    whatever it is, i’ve already heard about sistem 369 ni, and i think it’s great (compared to other mlm yg kdg2 sampai fed up nak cari org ramai2 utk ditaja), hanya menunggu masa saja utk join, insyaAllah..

  2. Terpulanglahh kepada anda untuk membuka peluang kepada orang ramai. Jika pendekatan yang digunakan oleh miss iey dapat diterima oleh orang ramai. Apa salahnya. janji temu yang dimaksudkan oleh saya diatas semata-mata sebagai alternatif kepada orang yang sukar mendengar peluang. sebut pasal meniaga terus menutup peluang untuk bertemu. Fikir kreatif…ada pada anda sendiri.

  3. kadang2 bila orang tolak..rasa down ..memikirkan ttg niat sebelum join, jadi hati kuat tapi ada masa jatuh kembali. Takut menghadapi kegagalan..Dah cuba macam2 cara tapi so far tak memuaskan hati…

  4. bagi saya, selagi kite tak cuba, kita tak tau kan…
    smlm sy dan upline jumpa dua org prospek..itulah prospek pertama saya,yang pertama trus mnolak..malah memperlekehkan..trus sy rase down..cepat2 upline bgtau, takpe trus pandang ke depan, jangan menoleh lagi atau pndg ke belakang. prospek tu mgkin nak lihat biznes sy dari jauh, dan lambat laun dia pun akan join..nasib baik yg kedua ok skit.mcm blur tapi ada keinginan nak tau..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: