Archive for December, 2007

PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN

Posted in Uncategorized on December 31, 2007 by sya77

semalam saya mengisi cuti saya dengan mem’follow’ balik bakal usahawan yang mempunyai semangat 50-50 bagi menjalankan perniagaan Hai-o marketing. 50-50 yang saya  maksudkan adalah (50 kekuatan yang ada pada diri seseorang dan mempunyai matlamat jangka panjang) manakala (50  lagi adalah disebabkan tindak balas negatif yang ada pada diri/ takut / kekurangan matlamat / dan kurang keyakinan diri). Disebabkan hal inilah menjadi tugas saya untuk memperbetulkan balik salah anggapan tadi / memperkuatkan semangat / meningkatkan matlamat / mengatasi ketakutan / dan mempositifkan diri bakal usahawan). Saya amat yakin, jika saya leraikan simpulan tali sedikit demi sedikit, akan terlerai juga akhirnya. Jika saya curahkan air pada kerak nasi, nanti kerak tersebut akan menjadi lembut. Begitulah perumpamaannya. Yang paling penting saya harus meletakkan matlamat PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN sebagai teras utama. Tiada paksaan dan penuh keseronokan.

Berbalik pada kisah tadi, lokasi bakal usahawan adalah terletak di Rista Villa, Perdana Putra, Puchong, Selangor. Disebabkan tempat tersebut bukan menjadi kebiasaan bagi saya. Makanya, saya pergi juga dengan berpandukan sign board. Tidak menjadi masalah untuk permulaan perjalanan. Kekadang saya terpaksa juga call kawan saya untuk memandu arah perjalanan saya. Takut nanti tersasar jauh dari tempat yang dituju. Diawal perjalanan saya melalui lebuh raya Damansara-Puchong dan memasuki petunjuk arah ke Bukit Puchong. Petunjuk yang diterima menyatakan apabila memasuki selekoh pertama ke perdana Putra hendaklah berpandukan bilangan 8 traffic light . Sambil memandu, terpaksalah saya membilang satu persatu traffic light.Apabila sampai ke traffic light ke 8. Disini lah letaknya kesulitan.Terlalu banyak taman perumahan. Namun begitu sign board tidak menyatakan secara khusus letaknya Taman perumahan Rista Villa. Samada memang betul tak ada sign board atau saya yang tak perasan sign board tersebut. Ini menyebabkan saya terpaksa memperlahankan kenderaan dan melilau tak tentu arah mencari lokasi tersebut. Setelah penat mencari, dalam keadaan panas (jam 3 ptg). Saya berhentikan kenderaan. Rehat sekejap sambil menikmati air kelapa. Pehhh. Dahaga betul.

Setelah berhenti lebih kurang 10 minit, rakan kongsi saya tiba memberi bantuan petunjuk jalan ke Rista Villa. Saya cuma mengikut dari belakang sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

Sampai di perkarangan rumah, saya disambut oleh bakal usahawan dan bermulalah babak follow up tersebut. Alhamdulillah, hasilnya bertambah rakan kongsi yang baru. Segala usaha, penat jerih berbaloi akhirnya. Saya percaya jika kita bersungguh-sungguh menjalankan sesuatu matlamat dengan dedikasi, pasti benih yang ditanam akan dapat hasil yang diharapkan.

Advertisements

Beban Menjadi Mudah Jika …

Posted in Uncategorized on December 31, 2007 by sya77

Hayati kisah berikut.Terutama kepada usahawan dan bakal usahawan Hai O marketing.

Seorang Pensyarah Sedang Memberi Kuliah Tentang Stress Management, Dia mengangkat

segelas Air dan bertanya kepada Mahasiswanya “Berapa beratkah Segelas Air ini pada fikiran anda Semua”??
Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.
“Ini bukanlah masalah berat secara total,tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegang

nya. Jika saya pegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya pegangnya selama 1 Jam,

lengan kanan saya akan terasa sakit. Dan jika saya pegangnya selama 1 hari penuh, mungkin

anda harus memanggil Ambulans untuk saya, tapi semakin lama saya memegangnya, maka beban

nya akan menjadi semakin berat”. Jika kita membawa beban kita terus menerus,lambat laun kita

tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya “.”Apa yang harus kita

lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum menganggkatnya lagi “. Kita

harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawa

nya lagi.

Jadi sebelum pulang kerumah, dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban perkerjaan. Jangan

membawanya pulang !!! beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di pundak anda

hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh….!!! Setelah berehat ambilnya kembali

Hidup ini Singkat, Jadi Cubalah Menikmatinya!!!!

Produk Niche-Sila Klik Banner

Posted in Uncategorized on December 28, 2007 by sya77

Pentingnya payslip

Posted in Uncategorized on December 28, 2007 by sya77

Untuk memulakan gerak usahawan dalam Hai-o marketing sudah pasti memerlukan modal pusingan. Sering kali juga begitu ramai bakal usahawan tidak dapat meneruskan usaha disebabkan oleh ketiadaan modal. Ada sesetengahnya terus sahaja berputus asa dan memikirkan tiada jalan keluar .Ini menyebabkan timbul sikap tunggu dulu dan lihat. Sikap tunggu inilah yang membinasakan diri sendiri.Namun begitu ada satu kaedah yang sering digunakan dan ianya terlalu praktikal iaitu membuat pinjaman bank. Bagi kakitangan kerajaan Payslip inilah yang menjadi senjata utama untuk mendapatkan modal dan meneruskan cita-cita. Bagaimana pula kakitangan bukan kerajaan(swasta) yang tidak dapat membuat pinjaman bank ataupun mempunyai kelayakan pinjaman yang terhad?.

Saya simpulkan begini :

1. Swasta (mempunyai modal sendiri-cash)

Boleh dimulakan serta merta

2. Swasta (tiada cash -layak membuat pinjaman penuh)

Boleh dimulakan serta merta

3. Swasta (Kelayakan pinjaman terhad) dan bergantung kepada panel bank syarikat.

boleh membuat pinjaman dari CIMB dimana pinjaman boleh dilakukan sehingga 5 kali gaji. ini bermakna boleh memulakan perniagaan dimulai 9 set , jika tidak mampu-mulakan 8 set, jika tidak mampu-mulakan dengan 7 set, jika tidak mampu-mulakan dengan 6 set dan seterusnya.

4.Swasta (tidak layak membuat pinjaman)

Boleh dimulakan dengan pembelian 1 set + YURAN KEAHLIAN

5. Swasta (tiada modal langsung)

Mulakan dengan menjadi ahli.

Namun begitu, dari langkah 3 hingga 5 anda adalah berstatus pengedar. Dengan daya usaha yang bersungguh anda juga mampu mengejar pangkat Sales Manager. Bergantung kepada kesungguhan anda… anda pasti boleh.

BERUSAHALAH!!!!!!

Penganugerahan Title CDM

Posted in Uncategorized on December 19, 2007 by sya77

Pada hari Ahad, saya bersama upline, downline dan side line sama-sama meraikan acara gilang gemilang penganugerahan pangkat sm dan ssm yang diadakan pada sebelah siang, manakala sebelah malam diadakan penganugerahan pangkat Crownd diamond manager, iaitu pangkat tertinggi di dalam sistem hai 0 marketing. Majlis ini berlangsung di stadium Shah Alam. Melangkah masuk ke perkarangan stadium dipenuhi deretan kereta mewah yang tentunya menaikkan semangat untuk kita meneruskan perjuangan sebagai usahawan Hai-o. Yang paling mengujakan saya adalah disebabkan Hai o telah melonjakkan nama melayu sebagai usahawan unggul dan berjaya menghasilkan usahawan melayu yang bertaraf jutawan. Jadi, tidak heranlah deretan kereta mewah tersebut semuanya adalah dari kalangan orang melayu. Itupun masih ramai menyangkal dan mempertikaikan kebolehan sistem MLM Hai-o untuk menghasilkan jutawan melayu, padahal banyak bukti jelas bahawa kekayaan, kemewahan dan kejayaan telah tercapai. Sehinggakan Perdana Menteri juga mengiktiraf kejayaan Hai-o marketing membawa perubahan kepada masyarakat melayu, malah Tun Musa Hitam sendiri mengatakan bahawa Hai o adalah satu syarikat yang unik yang dimiliki oleh bukan bumiputera tetapi dasarnya membawa pembaharuan dan mencipta kekayaan kepada golongan bumiputera terutama orang melayu.

Tahniah saya ucapkan kepada semua usahawan yang telah menceburi Hai o multilevel yang pastinya adalah langkah bijak. Kalau difikirkan bahawa usahawan  yang menceburi kaedah group 369 adalah satu usaha yang berani. Tidak semua orang yang berani. Tetapi anda haruslah menjadi seorang yang berani. Berani menghadapi cabaran dan berani melangkah ke depan untuk mengubah ekonomi keluarga. Satu tanggungjawab yang besar dan mencabar.

Pada hari tersebut juga disajikan dengan persembahan menarik dari Erra Fazira dan juga spesel dari USA. Apa yang seronok adalah persembahan dari USA adalah kerana kepetahan beliau menyanyikan lagu dalam versi Mawi, P Ramlee, Michel jakson, dan pelbagai artis lain….sebijik suara…piching tak lari …

kalau Kail Panjang Sejengkal

Posted in Uncategorized on December 18, 2007 by sya77

hah..mana pulak orang lama dapat ungkapan ni. Sampai hari ni pun saya terasa bangga, bangga kerana mendalamnya maksud ungkapan. “kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga”. Sehinggakan digunakan dalam drama, movie…radio-radio tempatan…peh. Ungkapan tersebut memang famous.

Tetapi apakah maksud penggunaan ungkapan tersebut membawa kebaikan atau tidak kepada kita?.Persoalan disini, kail dimaksudkan adalah ilmu.. Adakah ilmu kita dah cukup. Bagi saya semua orang tidak mempunyai ilmu yang cukup, disebabkan itulah kita sentiasa perlu berusaha untuk belajar sehingga pakar dalam bidang masing2. Sebagai doktor perlu pakar dalam ilmu perubatan, tentera dari segi tektikal. Apabila ilmu dah mencukupi barulah, kita dapat mencapai matlamat yang diperlukan. Dalam bidang MLM pun begitu juga, ilmu bidang mlm amat meluas dan perlu dipelajari dari masa ke semasa, dan dari pengalaman sendiri atau dari mereka2 terdahulu.

Kaitan KUKU dengan MLM

Posted in Uncategorized on December 11, 2007 by sya77

Bila anda sebagai customer, agaknya apa yang anda pandang pada seorang usahawan. Ada orang sukakan mukanya, tahi lalatnya, tingkahlakunya, sopan santunnya, suaranya, kulit gebunya, lenggok gaya bahasanya dan lain-lain. Tapi, ada satu perkara yang di anggap remeh tapi memberi kesan yang besar sebagai seorang usahawan. Apa ye ? sudah tentu seperti tajuk kat atas tu “KUKU”. Semua dah complete, tetapi bila tengok kuku tak bersih dan panjang. Automatik hasrat pelanggan untuk membeli dengan anda menurun. Seeloknya kebersihan kuku amat2 dituntut. Nanti banyak dapat penyakit. Penyakit KUKU dan Mulut…ishhh. mintak jauh. Sebelum jumpa pelanggan bersihkan kuku, potong sehingga rata. Kalau boleh kilatkan sikit kuku tu. Pakai glow ke, exion ke…emm bolelahhh. Ikut logik akal. Mak saya dulu pernah ajar petua supaya kuku berkilat dan bersih dengan menggosokkan kuku menggunakan asam limau nipis… InsyaAllah menjadi…dan yang paling penting minum air banyak2 supaya kulit nampak lembab dan kenyal…

Yehhh !! Hidup Hai O