Penganugerahan Title CDM

Pada hari Ahad, saya bersama upline, downline dan side line sama-sama meraikan acara gilang gemilang penganugerahan pangkat sm dan ssm yang diadakan pada sebelah siang, manakala sebelah malam diadakan penganugerahan pangkat Crownd diamond manager, iaitu pangkat tertinggi di dalam sistem hai 0 marketing. Majlis ini berlangsung di stadium Shah Alam. Melangkah masuk ke perkarangan stadium dipenuhi deretan kereta mewah yang tentunya menaikkan semangat untuk kita meneruskan perjuangan sebagai usahawan Hai-o. Yang paling mengujakan saya adalah disebabkan Hai o telah melonjakkan nama melayu sebagai usahawan unggul dan berjaya menghasilkan usahawan melayu yang bertaraf jutawan. Jadi, tidak heranlah deretan kereta mewah tersebut semuanya adalah dari kalangan orang melayu. Itupun masih ramai menyangkal dan mempertikaikan kebolehan sistem MLM Hai-o untuk menghasilkan jutawan melayu, padahal banyak bukti jelas bahawa kekayaan, kemewahan dan kejayaan telah tercapai. Sehinggakan Perdana Menteri juga mengiktiraf kejayaan Hai-o marketing membawa perubahan kepada masyarakat melayu, malah Tun Musa Hitam sendiri mengatakan bahawa Hai o adalah satu syarikat yang unik yang dimiliki oleh bukan bumiputera tetapi dasarnya membawa pembaharuan dan mencipta kekayaan kepada golongan bumiputera terutama orang melayu.

Tahniah saya ucapkan kepada semua usahawan yang telah menceburi Hai o multilevel yang pastinya adalah langkah bijak. Kalau difikirkan bahawa usahawan  yang menceburi kaedah group 369 adalah satu usaha yang berani. Tidak semua orang yang berani. Tetapi anda haruslah menjadi seorang yang berani. Berani menghadapi cabaran dan berani melangkah ke depan untuk mengubah ekonomi keluarga. Satu tanggungjawab yang besar dan mencabar.

Pada hari tersebut juga disajikan dengan persembahan menarik dari Erra Fazira dan juga spesel dari USA. Apa yang seronok adalah persembahan dari USA adalah kerana kepetahan beliau menyanyikan lagu dalam versi Mawi, P Ramlee, Michel jakson, dan pelbagai artis lain….sebijik suara…piching tak lari …

One Response to “Penganugerahan Title CDM”

  1. aku dah tak heran dah pasal cdm/ddm apa2 m pun, trip ke oversea pun aku tak heran dah apatah lagi nak pakai keta besar2 sebab tak de maknanye bagi aku dah… semangat aku spoil sebab tak cerita terus terang… memang spoil..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: