PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN

semalam saya mengisi cuti saya dengan mem’follow’ balik bakal usahawan yang mempunyai semangat 50-50 bagi menjalankan perniagaan Hai-o marketing. 50-50 yang saya  maksudkan adalah (50 kekuatan yang ada pada diri seseorang dan mempunyai matlamat jangka panjang) manakala (50  lagi adalah disebabkan tindak balas negatif yang ada pada diri/ takut / kekurangan matlamat / dan kurang keyakinan diri). Disebabkan hal inilah menjadi tugas saya untuk memperbetulkan balik salah anggapan tadi / memperkuatkan semangat / meningkatkan matlamat / mengatasi ketakutan / dan mempositifkan diri bakal usahawan). Saya amat yakin, jika saya leraikan simpulan tali sedikit demi sedikit, akan terlerai juga akhirnya. Jika saya curahkan air pada kerak nasi, nanti kerak tersebut akan menjadi lembut. Begitulah perumpamaannya. Yang paling penting saya harus meletakkan matlamat PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN sebagai teras utama. Tiada paksaan dan penuh keseronokan.

Berbalik pada kisah tadi, lokasi bakal usahawan adalah terletak di Rista Villa, Perdana Putra, Puchong, Selangor. Disebabkan tempat tersebut bukan menjadi kebiasaan bagi saya. Makanya, saya pergi juga dengan berpandukan sign board. Tidak menjadi masalah untuk permulaan perjalanan. Kekadang saya terpaksa juga call kawan saya untuk memandu arah perjalanan saya. Takut nanti tersasar jauh dari tempat yang dituju. Diawal perjalanan saya melalui lebuh raya Damansara-Puchong dan memasuki petunjuk arah ke Bukit Puchong. Petunjuk yang diterima menyatakan apabila memasuki selekoh pertama ke perdana Putra hendaklah berpandukan bilangan 8 traffic light . Sambil memandu, terpaksalah saya membilang satu persatu traffic light.Apabila sampai ke traffic light ke 8. Disini lah letaknya kesulitan.Terlalu banyak taman perumahan. Namun begitu sign board tidak menyatakan secara khusus letaknya Taman perumahan Rista Villa. Samada memang betul tak ada sign board atau saya yang tak perasan sign board tersebut. Ini menyebabkan saya terpaksa memperlahankan kenderaan dan melilau tak tentu arah mencari lokasi tersebut. Setelah penat mencari, dalam keadaan panas (jam 3 ptg). Saya berhentikan kenderaan. Rehat sekejap sambil menikmati air kelapa. Pehhh. Dahaga betul.

Setelah berhenti lebih kurang 10 minit, rakan kongsi saya tiba memberi bantuan petunjuk jalan ke Rista Villa. Saya cuma mengikut dari belakang sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

Sampai di perkarangan rumah, saya disambut oleh bakal usahawan dan bermulalah babak follow up tersebut. Alhamdulillah, hasilnya bertambah rakan kongsi yang baru. Segala usaha, penat jerih berbaloi akhirnya. Saya percaya jika kita bersungguh-sungguh menjalankan sesuatu matlamat dengan dedikasi, pasti benih yang ditanam akan dapat hasil yang diharapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: