Selamat Tahun Baru 2008

Dalam kita pejam celik-pejam celik tahun 2008 sudah pun bermula. Namun begitu setiap tahun ada sahaja matlamat dan impian baru yang dicipta sebagai penyebab untuk berjaya. Adakah anda sudah membuat impian dan azam tahun 2008?. Persoalan disini adakah jadi atau tak jadi. Matlamat yang ditetapkan bolehkah dicapai ?. Mengikut perkiraan saya matlamat dan azam harus selari dengan tindakan dan bukannya dengan azam kosong. Ibarat hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula bersemangat selepas itu mula pudar. Mengapa terjadi hal sedemikian? Tepuk dada tanya selera. Jika kita inginkan perubahan dalam diri, matlamat dan azam harus di kekalkan dengan semangat yang dilakukan dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh. Bekalkan dengan kepastian bahawa anda yakin boleh. Jika orang lain boleh. Pasti anda boleh. Siapa yang berjaya ?. Anda !. Siapa yang ingin berkereta mewah ?. Adalah Anda !. Siapa yang inginkan kebebasan kewangan ?. Adalah Anda !. Siapa yang inginkan rumah yang selesa ?. Adalah diri Anda. Jelas disini bahawa diri anda yang akan membawa perubahan. Bermula pada dirilah impian boleh dicapai. Bermula pada dirilah kebebasan akan terlaksana. Yakinlah bahawa diri anda mempunyai bakat tersendiri untuk berubah. Keberanian harus dipupuk. Semangat harus di semai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: