jaga-jaga dengan bulu hidung

Saya sering kali dan sangat suka jika mendengar peluang-peluang baru. Munkin peluang baru adalah serasi dan kita boleh menjana income dengarnya. Tidak salah mendengar sesuatu peluang. Tetapi ramai juga yang tidak suka mendengar peluang. Ada juga kawan-kawan memperdengarkan peluang samada dirumah saya ataupun di tempat strategik (kedai makan, opis, tepi jalan). Bagi saya, saya inginkan peluang. Jika peluang tersebut saya rasakan sesuai dengan jiwa saya dan tidak menyalahi undang-undang. Apa salahnya jika saya mencuba. Kali ini saya telah diajak untuk mendengar peluang dari kawan lama. Itupun saya berkenalan dengan beliau di pusat beli belah. Nak dijadikan cerita, kawan saya tadi membuat pertemuan dengan saya di Kedai Mamak. Sekadar minum teh tarik dan roti canai. Bermacam-macam cerita saya dengar. Memang saya pendengar yang setia. Namun disebalik itu, saya tetap memerhati sikap, cara berpakaian, tingkah laku, kejujuran, penampilan, nada suara, isi percakapan. Disitu lah saya membuat ramalan setiap orang yang saya jumpa. Tapi kali ini…….

 Saya terlihat bulu hidung keluar. Ini yang nak saya huraikan. Kenapa Bulu hidung keluar membuatkan pelanggan berubah perangai. Sebenarnya, bulu hidung memang baik untuk menapis dari habuk dan menghindarkan dari penyakit. Namun begitu jika anda mempunyai bulu hidung berlebihan..sila pastikan ia di kemaskini, cabut atau potong sedikit…Walaupun seurat ia tentu menjejaskan personaliti dan penampilan…jadi jaga jagalah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: