Tersalah Petua Kuruskan Badan

Al kisah semasa saya muda, saya selalu melawat kawan2 di blok berlainan di asrama Tun Dr Ismail atau Kolej 5 (UTM Skudai). Sekarang saya tak tahu pulak kolej ape. Sering kali nama kolej bertukar-tukar. Selalunya pada waktu petang saya dan kawan-kawan membuat riadah petang samada bermain badminton atau berjogging ataupun memenuhi waktu dengan aktiviti kesenian. Jika tidak memenuhi aktiviti seumpama membuatkan badan terasa letih dan tidak bermaya. Toksik mula berkumpul dan tidak dapat disingkirkan. Berbalik pada kisah mula-mula tadi. Pada suatu petang saya mengajak kawan saya berjongging di sekitar kawasan UTM. Janjinya pada pukul 5.00 ptg. Tetapi dah pukul 5.30 kelibat kawan saya tidak juga muncul. Jadi saya membuat keputusan membuat lawatan mengejut. Masih tidur lagi kaaa???. Sampai di bilik kawan . Pintu bilik terbuka tapi tuannya entah kemana. Kalau begitu saya tunggu jer. Mungkin dia keluar sekejap. Betul tekaan saya, 5 minit berlalu kawan saya muncul. Hah !! baru keluar dari toilet rupanya.

 Sorrylah !! aku sakit perut. Itu jawapannya kenapa dia terlewat. Pasal Ape ??. Dari ceritanya, dia ingin menjadi kurus tetapi tersalah mengambil ubat sehingga cirit birit. Walaaaa, kesian. Nak kurus banyak caranya. Tetapi kalau dah menyeksa diri begini susahkan badan jer. Kalau dilihat sekarang ni banyak ubat-ubatan untuk menjadi kurus. Bermacam-macam petua diguna pakai. Betulkah petua tu ??. Kaji betul-betul. Setakat ni ramai juga yang berjaya dan ramai juga yang tak berjaya. Kenapa ?. Itulah dikatakan salah petua. Mengikut pandangan saya. Untuk menguruskan badan haruslah dari dalam kawalan sistem badan. Tindak balas hormon yang baik dan juga kawalan CNS (kawalan fungsi otak). Cara paling baik dan tidak begitu menyenangkan ialah perlu ada paksaan dalam diri untuk menjadi kurus. Mana mungkin boleh menjadi kurus tanpa ada pengorbanan.

Berikut adalah langkah2 yang perlu di lakukan (mengikut pandangan saya bukan pandangan Doktor ) :

1. Kalau dulu anda makan terlalu kerap (mungkin 5 kali sehari atau lebih) saya galakkan anda kurangkan makan anda kepada 4 kali kemudian kurangkan lagi sedikit demi sedikit sehingga menjadi 3 kali sehari. Iaitu sarapan pagi 7.30-8.00 pg, tengahari 1 tgh-2 tgh dan malam 6.00 – 7 mlm ptg. Untuk mengurangkan makan ada kalanya perut berbunyi, namun begitu gagahkan juga untuk mengejar matlamat kurus anda. lawan …lawan… Secara dasarnya dulu perut anda membesar dan panjang maka banyaklah makanan yang perlu anda masukkan. Bila anda semakin kurangkan makanan maka semakin kurang pembesaran perut dan semakin kurang panjang perut tu…

– Tetapkan waktu makan adalah perlu supaya tenaga tidak berkurangan

– mkn malam pada awal waktu untuk kehebatan fungsi otak – (secara teori bila kita makan pada jam 6 ptg. Makanan mula diproses dan tenaga di hasilkan selepas 2 jam. Maksudnya pada pukul 8 mlm kita dapat menggunakan tenaga dengan sempurna untuk ibadah dan study.

2. Banyak kan minum air kosong yang telah di masak. Air milo /Nescafe / dan seangkatan dilarang sama sekali. Air diminum selepas 30 minit waktu makan. Supaya makanan dapat dicernakan dengan baik

3. Banyakkan makanan berbentuk fiber – Buah dan sayur

4. Banyakkan bersenam. Bersenam yang saya maksudkan adalah senaman yang betul posisi dan konsisten. Tiap-tiap hari kena bersenam laa.

5. Jangan lupa syarat lasst sekali.. pakai premium beautiful keluaran hai o marketing untuk menstabilkan peredaran darah….

2 Responses to “Tersalah Petua Kuruskan Badan”

  1. Sesiapa yang berminat untuk membeli PREMIUM BEAUTIFUL , bolehlah hubungi / emailkan ke zeety6677@yahoo.com.my untuk berjumpa bagi sesi suaikenal sekitar Kuala Lumpur. Khidmat Nasihat akan diberikan kepada anda secara percuma. Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati..InsyaAllah

  2. Assalamualaikum,

    Tumpang tanya, ada tak sesiapa yang sudi tukar set Premium Beautiful dengan water filter BIO-Aura saya?
    Saya ada water filter (new) nak tukar dengan set korset (new) . Sistem barter.
    Harap-harap ada yang sudi, kalau ada hubungi saya. Terima Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: