Perjumpaan Khas Pemimpin

Pada petang ini, bertempat di stokis Medan Batu Caves satu anjuran khas untuk pemimpin bagi membincangkan strategi yang patut dan yang tak patut dilakukan apabila berlakunya proses penajaan. Perkara yang dibangkitkan ini akan dipengerusikan oleh CDM Kak Ila. Kandungan terperinci di rahsiakan. Peh …Ini yang kecut perut ni. Tak sabar nak dengar. Yang pasti ilmu kali ini adalah high level skill dan pasti tidak ada di dalam buku di pasaran. Majlis akan bermula pada pukul 5.30 petang sehingga mahgrib. Kemudian rehat untuk menunaikan solat dan disambung dengan acara makan malam special. Menu tak tau lah ek. …mungkin lobster kut. Apa yang menarik disini adalah kesungguhan para pemimpin cuba memberi dan mencurahkan ilmu dengan penuh tanggungjawab. Tiada satu pun disembunyikan. Mereka turun semata-mata ingin melihat semua orang melayu berjaya. Tetapi kalau diperhatikan masih ada yang terawang awangan mencari. Dalam tempoh mencari hala tuju itulah ramai yang asyik bercakap tetapi tidak bertindak. Suka memerhati dan suka mencari alasan. Memburuk-burukkan dan mencari kelemahan orang lain adalah mainan. Sepatutnya  kita berhak mencari kelebihan dan potensi yang ada dalam diri. Cegah sebelum parah. Berpantang ajal sebelum mati. Kini masanya kita bertindak. Mencari dan menunaikan kehendak yang belum dipenuhi. Jika berhasrat, jadikan hasrat itu satu impian. Pasti melangkah gagah. Bila ditolak tidak akan rebah. Bila ditiup menyegarkan badan. Aroma kesenangan, pasti milik kita. Itupun jika kita bertindak. Biarkan susah dahulu jangan susah kemudian. Berikan waktu selama 1 hingga 4 tahun untuk berpenat lelah mengejar impian. jangan pula berpenat lelah sehingga bertemu ajal… kan susah namanya tu. Bila tua ada yang dipinggir disbbkan tidak berharta, malah menyusahkan keluarga. Anda mahu jadi begitu ??. SAYA !! PASTI TIDAK MAHU JADI BEGITU. Marilah bersama saya bertindak untuk kesenangan. Jika ada yang merungut / membenci dan mencaci jadikan ia sebagai dugaan dari Allah. Dan setiap dugaan bila ditempuh dengan sabar pasti dibalas Allah dengan kesenangan. Insya-Allah. Kita cuma merancang hanya Allah yang menentukan…Aminnnn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: