Tawakkal

  • Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.
  • Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya
  • Boleh kah kita terus bertawakkal sedangkan kita masih belum bertindak ??? setelah segala usaha di curahkan barulah kita bertawakkal. Semolek-moleknya begitulah. Kata kawan saya “ULAT DALAM BATU PUN BOLEH MAKAN” Mendengarkan ayat itu saya terus tergelak. Itu ulatlah … takkan nak disamakan antara  ulat. Memang makanan ulat tu batu. Kita ? takkan nak makan batu. Telah ditetapkan kita perlu bersebab. Sebab berjaya tentulah diiringi dengan ilmu + usaha+tawakkal = Kejayaan.

    Namun saya tahu bukan senang hendak memperoleh kejayaan. dan bukan mudah USAHA yang dimaksudkan. Cakap memang senang. Tetapi hendak melaksanakannya tentu ada getir-getir yang harus ditempuhi..

    Salam perjuangan dan Selamat maju jaya kepada seluruh usahawan hai-o.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: