Taktik Jum Makan

Rahsia MLM#1: Taktik Jom Makan…

Sudin (bukan nama sebenar) mempelawa rakannya
Zaidi (juga bukan nama sebenar) datang ke
rumah.

Kata Sudin, “aku nak jemput kau makan sikit
kat rumah aku malam ni. Datanglah”. Zaidi
pun setuju dan tepat 8:30 malam, Zaidi sudah
berada di rumah Sudin.

Zaidi berasa aneh kerana Sudin ada seorang
lagi tetamu asing yang belum pernah beliau
kenali di rumah Sudin.

Tak lama kemudian, tahulah Zaidi yang tetamu
asing itu ialah upline Sudin yang bakal
memperkenalkan satu peluang hebat – peluang
mendapatkan pendapatan yang tiada hadnya di
dalam dunia ini.

Dalam masa setengah jam kemudian, Zaidi sudah
diperkenalkan dengan produk unik X yang mampu
merawat pelbagai jenis penyakit. Bukan itu
sahaja, jika Zaidi menyertai kumpulan
pengedar mereka, Zaidi berpeluang melancong
ke 5 buah negara asing dalam masa 3 tahun
dari sekarang. Pangkat “manager”, “diamond”
dan “super duper diamond” juga dijelaskan.

Wow! Sudin teruja… namun Zaidi masih lagi
bingung.

???

“Aku ingat ada kenduri, rupa-rupanya ada duri”,
fikir Zaidi.

Zaidi rasa tertipu, walaupun selepas pembentangan
peluang perniagaan tersebut, memang ada nasi
briani lauk ayam masak ros. Nasinya enak, namun
Zaidi masih tidak dapat lupakan yang dirinya
sudah ditipu.

Sebelum pulang, Zaidi dipujuk untuk menyertai
kumpulan pemasaran rangkaian mereka. Disebabkan
sudah makan nasi briani berlaukkan ayam lazat,
Zaidi secara terpaksa akur menandatangani borang
pengedar.

Malam itu, Zaidi pulang ke rumah dengan perasaan
hampa. Walaupun beliau sudah menyertai syarikat
pemasaran rangkaian XYZ yang Sudin perkenalkan,
beliau bersumpah yang beliau tidak akan menggunakan
taktik “makan percuma” kepada rakan-rakannya
yang lain semata-mata untuk mendapatkan ahli
baru di bawah beliau.

Kata hati Zaidi, “cukuplah aku saja yang terkena”.

Saya rasa tidak kurang juga di antara kita yang
diperkenalkan kepada pemasaran rangkaian secara
“bait and switch” – umpan sesuatu benda, kemudian
perkenalkan peluang perniagaan.

Tak tahulah jika anda tidak terasa, tetapi saya
juga akan merasakan seperti apa yang Zaidi
rasakan sekiranya teman rapat saya cuba menaja
saya dengan cara sebegitu.

Apa salahnya jika diberitahu perkara yang
sebenar. Sudin boleh katakan kepada Zaidi
yang beliau ingin menjemput Zaidi datang ke
rumah bertemu Upline beliau untuk membincangkan
satu peluang menambah pendapatan sampingan, dan
di samping itu juga, Sudin ada buat makan-makan
sikit.

Paling kurang, Zaidi sudah bersedia dengan apa
yang bakal beliau hadapi.

Jika Zaidi tak dapat datang, mungkin Halim,
mungkin Kasim, mungkin Ahmad dapat datang.

4 Responses to “Taktik Jum Makan”

  1. pernah dengar tu, taktik org2 hai o, saya salah seorang yang terkena…

  2. kunangkunang369 Says:

    Biasanya “orang kita” kalu sebut ajak dtg rumah pasal nak terang biz awal2 lagi dah mental block..
    apa salahnye taktik ajak makan..tu namanya kreatiff..nak bisnes kena kreatif kan..Yang salahnya apabila kita memaksa orang joint biz kita..itu memang salah,dalam MLM tak ada istilah paksarela..
    Orang ajak kita makan, kita makan la.pastu dia nak citer pasal bisnes kalu kita ada masa kita dengar la.Kuasa ditangan kita,Kalu nak kita buat, kalau taknak kita tak yah buat..tak perlu ada rasa bersalah pada sesiapa..
    ini pendapat saje..

  3. aku setuju dengan kau kunangkunang369..macam pepatah org putih cakap…kita boleh bawa kuda kesungai tapi kita tak boleh paksa kuda minum.”Orang kita” ni paling takut dengar nak tunjuk bussines,nak bg peluang..dengar MLM terus blok..lpas tu telepon balik tak angkat SMS tak balas. Macam2 alasan bagi.Tapi ramai yg tertipu dengan pelaburan entah apa2 kerana 5D (duduk diam-diam dapat duit).

  4. mystic-sculpture Says:

    Bisnes tu tak salah…. tapi cara tu je yang tak kena. Cakap je terus terang nak ajak join bisnes dan orang pun boleh respon dengan terus terang jugak. Kalau orang setuju nak join itu namanya rezeki, kalau orang tak setuju, itulah risiko perniagaan yg mesti ditanggung. Tapi ni tidak….taktik jom makan/minum tu sama lah memerangkap seseorang….tak kira kawan, tak kira sedara…janji masyukk…. Berniaga biarlah betul2…. Penah tengok tak orang berniaga air kat pasar malam paksa orang lalu-lalang kat situ beli air dia? Kalau orang nak orang datang la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: