Upline tolong carikan downline

Sudah banyak kali saya dengar daripada bakal usahawan menyatakan hasrat agar jika beliau join kemudian upline tolong cari downline untuk diletakkan dibawah beliau. Kenyataan ini Salah ke ???.

Berdasarkan pengalaman ini, CDM Azlan dan CDM Siti Rohana telah berpesan agar sebagai pemimpin tidak seharusnya kita mengamalkan sikap sedemikian. Contohnya seperti berikut , “KALAU AWAK MASUK BAWAH SAYA, NANTI SAYA CARIKAN ORANG LETAK BAWAH”@ “KALAU MASUK DAH ADA ORANG BAWAH AWAK” atau lain-lain yang sewaktu dengannya.

Janji-janji manis begini tidak harus berlaku jika kita ingin mengamalkan sistem multilevel yang berteraskan kekuatan dan ingin mencapai hasrat MLM yang sebenar-benarnya. Jika kita lihat, janji-janji manis begini tidak akan dapat bertahan lama. Dan ianya terus hilang ntah kemana. Upline ke kiri, rakan kongsi ke kanan.

Jika betul seorang usahawan menceburi bidang MLM. Apakah hasrat dan impian sebenar beliau ?. Adakah sekadar suka-suka join. Tentu tidak bukan. Yang pasti jika yang hanya join tanpa mempunyai hasrat dan impian sudah pasti ianya cuma separuh jalan. Tetapi jika join adalah keatas kehendak untuk mencapai impian sudah pasti ia bertindak dengan kesungguhan. Ramai yang join tetapi tidak berkualiti adalah tindakan yang sia-sia dan membuang masa. Tetapi jika sedikit tetapi berkualiti akan membuahkan hasil yang cukup lumayan. Usahawan beginilah yang dicari-cari. Jangan salahkan syarikat Hai o ..jangan salahkan produk dan jangan salahkan sistem. Semua itu adalah batu loncatan agar anda dapat beroleh apa yang diimpikan.

Kesimpulannya kita seharusnya bercakap begini agar rakan kongsi bertambah yakin dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan bisnes. “KITA BUAT SAMA-SAMA”.

Menjual bersama dan menaja pun bersama agar impian kita dapat dicapai bersama-sama dengan rakan kongsi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: