Archive for March, 2008

Terus Bertindak

Posted in Uncategorized with tags on March 27, 2008 by sya77

saya ada sedikit pengajaran
untuk anda hari ini iaitu – jika anda mempunyai
idea, projek atau tindakan, terus bertindak. Memang
terlalu banyak halangan untuk menjayakan untuk idea
anda, tapi mengalah pada halangan hanya akan
menyusahkan anda sendiri akhirnya. Seperti kata orang
bijak pandai, ‘Kejar impian anda nanti impian anda
akan mengejar anda’.

Pengajaran kedua ialah – jangan sekali-kali mendengar
cakap orang. Di sekeliling anda penuh dengan
orang yang negatif dan cemburu. Kerja yang paling
mudah di dunia ini ialah mengata, mengkritik dan
mencari kesalahan orang lain. Dengan senang orang
boleh membentangkan kekurangan dan kesilapan kita,

tetapi agak payah untuk memberitahu walaupun hanya
hanya satu kebaikan yang kita lakukan. Jika perlu,
dengar hanya kepada orang yang benar-benar jujur.
Misalnya, jika anda mahu bertindak menjadikan MLM
sebagai karier anda – terus melaksanakan tindakan
anda. Tidak perlulah anda meminta pendapat dari
orang-orang yang negatif kerana dengan mudah nanti
mereka akan memberitahu anda dari sudut mana MLM
tidak boleh dijayakan.

Advertisements

No 369

Posted in Uncategorized on March 26, 2008 by sya77

Pengumuman !! Sesiapa yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan (369) diingatkan agar cepat-cepat booking. Ini disebabkan Jutawan / CDM dan ahli-ahli Hai-o Marketing amat meminati dan ianya menjadi buah mulut dikalangan usahawan Hai o.

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA,

NANTI LAMA-LAMA

IA DIKEBAS ORANG

Aktiviti tahun 2008 Hai O

Posted in Uncategorized with tags , on March 26, 2008 by sya77

MAJLIS ANUGERAH SM,SSM,DSM, DDM DAN CDM AKAN DIADAKAN SEPERTI JADUAL BERIKUT UNTUK SEPANJANG TAHUN 2008. BAGI MEREKA YANG MENDAFTAR AWAL LAYAK DIANUGERAHKAN KESEMUA PANGKAT TERSEBUT DALAM MASA SATU TAHUN.

Syarikat Hai-O Marketing terpaksa melaksanakan majlis penganugerahan pangkat setiap bulan kerana setiap bulan seramai 2500 ahli baru yang mendaftar.

DAFTARLAH SEGERA.JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI.

Apa kata Pemimpin Berkaitan Hai O

Posted in Uncategorized on March 26, 2008 by sya77

Pengasas Hai-O Marketing Sdn Bhd – En. Tan Kai Hee

En. Tan Kai Hee dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengalaman luas dan telah melibatkan diri selama 30 tahun dalam bidang perniagaan.
En. Tan berpendapat bahawa beliau dapat melakukan sesuatu yang bermakna untuk orang ramai, menerusi cara perniagaan beliau. Berlandaskan konsep ini, beliau telah menubuhkan Hai-O dan melibatkan diri dalam bidang penjagaan kesihatan. Bidang ini bukan sahaja dapat membantu orang ramai dan mengekalkan kesihatan tubuh manusia, malah memperbaiki kehidupan mereka demi menikmati hidup yang selesa.
Dalam masa beberapa tahun ini, En. Tan Kai Hee giat dalam usaha menyediakan latihan dan memupuk usahawan berpotensi, termasuk usahawan Bumiputera. Beliau berpendapat bahawa membantu orang lain mencapai kejayaan, merupakan kejayaan yang sebenar.
Selain daripada menguruskan perniagaan syarikat, beliau juga aktif dalam kegiatan sosial dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja amal. Beliau kini menyandang beberapa jawatan penting dalam Persatuan dan Majlis yang ditubuhkan di Malaysia dan China. Beliau kini dilantik sebagai Penasihat kepada Misi Pembangunan Dasar Ekonomi dan Sosial di Wilayah Yunnan, China dan menjadi Penasihat Kehormat kepada Sino-Malaysia Chambers of Commerce Economy, dan dilantik sebagai Setiausaha kepada Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Beliau merupakan Ahli Majlis Kebangsaan kepada Persatuan Perdagangan dan Industri China, menjadi Ahli Majlis Perniagaan Malaysia-China dan salah seorang daripada ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia.

Pujian dan Nilaian
  • H.E. Wong Chungui, Ambassador of People’s Republic of China in Malaysia
    “Selama 30 tahun ini, Kumpulan Hai-O berusaha sedaya-upaya mempromosi komoditi China di pasaran Malaysia. Ini bukan sahaja mengeratkan hubungan perdagangan dan persefahaman antara China dan Malaysia, malah memainkan peranan penting dalam menyediakan pentas untuk perusahaan China melaksanakan strategi “pemasaran ke
    luar negara”. Saya amat menghargai usaha ini.”
  • Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang, Sasterawan Negara
    “Hai-O sering menghulurkan perkhidmatan pada masyarakat, dengan berlandaskan konsep menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat, seperti yang dikemukakan oleh En. Tan Kai Hee. Kemurahan hati En. Tan menjadikan beliau teladan yang baik untuk diikuti.”
  • Dato’ Abdul Aziz Shamsudin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
    “Hai-O Marketing telah menjalankan satu sistem pendidikan pengurusan perniagaan dalam rangka menghasilkan usahawan-usahawan yang begitu berkredibiliti. Sebenarnya En. Tan Kai Hee telah membangunkan sebuah universiti untuk negara.”
  • Dato’ Khamsiyah Yeop, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    “En. Tan Kai Hee seorang warga Malaysia berjiwa kebangsaan. Perpaduan dan perkongsian pintar dalam perniagaan atau smart partnership telah dilakukan oleh Hai-O Marketing.”
  • Dato’ Zamani B Md Noor, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    “En. Tan Kai Hee seorang yang tidak kedekut untuk berkongsi pengalamannya dalam bidang ini, dan telah membawa, membuka peluang seluas-luasnya untuk usahawan bumiputera. Saya kagum dengan kejayaan yang dicapai oleh usahawan bumiputera di Hai-O begitu besar sekali, dan menyebabkan apa yang ada di MARA, begitu kecil.”
  • Dato’  Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    “Saya amat berterima kasih kepada syarikat Hai-O Marketing yang sememangnya mempunyai hubungan dengan kementerian, dengan MARA dalam soal untuk membangunkan usahawan di kalangan masyarakat bumiputera yang terdapat dalam negara kita dan sememagnya kita harapkan supaya dalam kita menggalakkan semua orang untuk menjadi usahawan.”

 

Senyum Rezeki

Posted in Uncategorized with tags on March 25, 2008 by sya77

Saya masih ingat bagaimana seorang teman mengajar untuk senyum. Sungguh mudah dan simple. Kalau nak senyum secara ikhlas pastinya merangkumi banyak perkara. Ianya berkaitan dengan hati dan perasaan. Tapi buat masa sekarang tak perlulah saya huraikan bab berkaitan hati dan perasaan. Ada pulak yang menyentuh jiwa.

Bagaimana nak senyum secara luaran …baca baik2 ye…

Anda pandang cermin dan katakan “CHESSSSSS”… sebut tanpa mengeluarkan bunyi…just gerakkan bibir..

Hah …nampak tak ? anda sedang tersenyum pada diri anda sendiri.. Praktik dan amalkan untuk menaja bakal usahawan Hai O.

Jangan Paksa Downline

Posted in Uncategorized on March 21, 2008 by sya77

Pagi ini, saya sempat bertemu dengan rakan (downline) agar perhubungan dengan rakan seperjuangan tetap utuh dan dari sini saya dapat memberikan beberapa tip dan juga dapat mempertingkatkan perhubungan 2 hala. Sambil berbual mesra dan tidak menyentuh bab multilevel (borak2 santai). Saya dapat mengenal pasti kerumitan dan kepayahan yang dilalui rakan seperjuangan. Dan tidak menjadi agenda saya untuk memaksa mereka melakukan itu dan ini. Yang paling saya sukai adalah mereka gembira bersama saya.