Archive for April, 2008

3 peringkat Pembelajaran

Posted in Uncategorized on April 15, 2008 by sya77

Anda sebenarnya melalui 3 peringkat pembelajaran

di dalam membina perniagaan MLM iaitu:

1. Sedia untuk diajar:

Iaitu membuka hati dan fikiran dan rela menerima

tunjuk ajar mengenai perniagaan MLM. Orang yang

menganggap diri serba tahu sebenarnya orang yang

sedang menempa kegagalan.

2. Terus belajar:

Anda terus mempelajari segala aspek ilmu pengetahuan,

khasnya perniagaan MLM. Terus belajar jika tidak

mahu tertinggal di belakang.

3. Mengajar:

Apa yang telah anda pelajari hendaklah disampaikan

kepada tajaan-tajaan anda. Mereka juga menjalani

proses yang sama iaitu – Sedia untuk diajar, terus

belajar dan mengajar.

BUKAN UNTUK CEPAT KAYA

Walaupun sudah berkali-kali orang menyebut, “Tidak

ada jalan singkat untuk cepat kaya,” namun masih

ramai yang mencari-cari jalan untuk menjadi kaya

dengan cepat. Ada juga yang menganggap MLM adalah

jalan untuk cepat kaya. Ini juga halangan yang besar

kerana boleh menyebabkan kekecewaan bila mendapati

MLM bukanlah jalan untuk cepat kaya.

Benar, ramai yang mengatakan, “Jika mahu kaya,

berniagalah.” Tetapi tidak ada orang yang menyebut,

“Jika mahu cepat kaya, berniagalah.” Perniagaan MLM

adalah perniagaan yang boleh mendatangkan kekayaan

tetapi tidak dalam masa yang singkat.

Seperti perniagaan lain, membina kejayaan perniagaan

MLM anda adalah seperti membina bangunan.

Dimulakan dengan asas yang kukuh kemudian mula

membina setingkat demi setingkat. Asas yang kukuh itu

ialah diri anda sendiri (sikap dan cara berfikir). Sesudah

anda mempunyai sikap yang bersesuaian, barulah anda

boleh membina kumpulan anda sendiri. Kumpulan anda

itu adalah asas perniagaan anda. Oleh kerana ia adalah

asas atau tunggak, maka sudah tentulah kumpulan

anda mestilah kumpulan yang kuat, teguh dan sentiasa

aktif berniaga.

Pelan pemasaran di dalam MLM memang telah

direka begitu, iaitu anda berjaya setingkat demi

setingkat, bukan sekaligus. Mula-mula anda mendaftar

kemudian menjadi pengguna produk yang setia. Hanya

anda seorang yang berniaga. Selepas itu memperkenalkan

produk kepada kawan anda dan seterusnya

memperkenalkan perniagaan MLM kepada kawan anda

yang telah menjadi pengguna dan mempercayai produk.

Begitulah seterusnya, seorang demi seorang diperkenalkan

kepada produk dan perniagaan MLM; setingkat

demi setingkat anda membina perniagaan MLM hingga

anda berjaya membina kumpulan yang kukuh. Lebih

tepat lagi, anda telah menjadi kontraktor binaan yang

bebas menentukan sendiri besar dan ketinggian

bangunan anda, tanpa memerlukan kelulusan dari

mana-mana pihak.

Anda boleh menaja seberapa ramai orang yang

boleh, tidak ada yang melarang. Tetapi mengikut kajian

pada masa lalu, orang yang tiba-tiba menaja seberapa

ramai orang sebenarnya orang itu tidak faham benar

dengan konsep perniagaan MLM. Mereka beranggapan

dengan menaja ramai begitu, tajaan-tajaan akan bekerja

untuknya dan dia hanya duduk goyang kaki sambil

menikmati kejayaan. Tidak ada kejayaan yang di

nikmati, melainkan kekecewaan.

Sudah menjadi lumrah, sesuatu yang kukuh itu

dilakukan sedikit demi sedikit, tidak sekaligus. Tidak

ada gunanya mempunyai tajaan yang ramai tetapi

hanya duduk-duduk, tidak aktif berniaga. Biar tajaan

anda sedikit tetapi kuat, teguh, bersatu hati dan yang

penting aktif berniaga seterusnya membina kumpulan

sendiri.

Hanya setelah anda mempunyai asas/kumpulan

yang aktif, barulah masa depan anda mula terserlah.

Sesuai benar dengan konsep perniagaan MLM iaitu

perniagaan jangka panjang. Oleh kerana ia perniagaan

jangka panjang, maka anda sama sekali tidak mengharapkan

keuntungan yang segera dan cepat. Hasil

usaha dan titik peluh anda akan terbayar juga akhirnya,

tetapi bukan sekarang. Sama seperti peneroka yang

terpaksa menebang, menebas, menanam dan menjaga

tanaman. Hasilnya akan dituai setelah tanaman

mengeluarkan hasil.

Apakah yang anda perolehi sesuai dengan usaha

anda? Sehubungan dengan itu ada orang yang mengatakan,

“Berniaga MLM ini seperti menulis surat. Makin

banyak yang kita tulis dan poskan, banyaklah balasan

surat yang kita terima. Jika kita jarang atau tidak

pernah menulis dan mengeposkan surat, jaranglah atau

tidak ada langsung surat yang kita terima.”

Advertisements

MENGHAPUSKAN HALANGAN DEMI MASA DEPAN

Posted in Uncategorized on April 15, 2008 by sya77

SESUDAH anda menanamkan kepercayaan bahawa

anda boleh berjaya di dalam MLM bermakna anda telah

menghapuskan halangan yang paling besar. Ada

beberapa lagi halangan yang mesti dihapuskan demi

menjamin kejayaan anda di dalam perniagaan MLM.

BOLEH DIAJAR DAN MAHU BELAJAR

Demi untuk kejayaan anda, anda terpaksa melupakan

ego anda. Tidak dinafikan semua manusia mempunyai

ego. Ego boleh membantu kejayaan dan ego juga boleh

menghalang kejayaan. Ego yang menghalang kejayaan

ialah jenis ego yang sentiasa menyalahkan orang lain,

diri sendiri sahaja yang betul dan menutup hati dari

menerima pendapat yang baik dari orang lain.

Menganggap diri sudah pandai dan lebih pandai

dari orang lain adalah penghalang besar di dalam

membina masa depan melalui perniagaan MLM. Ini

kerana, syarat utama untuk berjaya ialah anda mestilah

boleh diberi tunjuk ajar. Anda mungkin mahir dalam

bidang anda; tetapi belum lagi tahu dan mahir dalam

bidang perniagaan MLM. Jadi, untuk maju dan mahir,

semestinya anda membenarkan diri anda diberi tunjuk

ajar oleh penaja anda atau siapa saja yang lebih tahu

tentang perniagaan MLM.

Ketepikan ego anda seketika untuk menerima tunjuk

ajar segala aspek perniagaan MLM dari peringkat

paling asas sehingga anda benar-benar tahu dan

seterusnya mahir. Tidak semua orang tahu semua

perkara. Pengetahuan tentang perniagaan tidak pernah

habis. Jadi, bukakan fikiran anda untuk menerima

tunjuk ajar dari orang lain. Di dalam perniagaan MLM,

anda menerima tunjuk ajar dengan percuma! Jangan

lepaskan peluang hebat ini.

Sebenarnya hanya ada 5% sahaja orang yang

terlibat di dalam MLM mahu menerima tunjuk ajar.

Mereka inilah yang telah berjaya dan sedang menempa

kejayaan. Selebihnya, 95% masih tebal dengan ego dan

menganggap diri sudah serba tahu – akhirnya hanya

mendapat penat dan kecewa setelah sekian lama

berkecimpung di dalam MLM. Atau lebih malang

lagi, belum sempat menjalankan perniagaan MLM

sudah berundur kerana tidak mahu tahu cara menjalankannya.

Selepas membenarkan diri untuk diberi tunjuk ajar,

anda hendaklah meluangkan masa setiap hari untuk

terus belajar. Dengan hanya ½ jam sehari, setiap hari,

anda boleh mengumpulkan pelbagai ilmu perniagaan

yang banyak yang akan digunakan untuk menjayakan

perniagaan MLM.

Dunia perniagaan bukan setakat berkembang; ia

berkembang pesat. Apa yang anda pelajari hari ini

belum tentu sesuai untuk 5 tahun akan datang. Jangan

sampai tertinggal di belakang. Sentiasa luangkan masa

½ jam sehari supaya sentiasa selari dengan perkembangan

dunia perniagaan MLM.

Cara paling mudah ialah dengan belajar sendiri

melalui buku-buku, majalah, ralli, konvensyen, seminar

(bukan yang ‘bum-bam-bum-bam’) juga kursus yang

sentiasa dianjurkan oleh syarikat MLM dan tidak

ketinggalan mesyuarat mingguan yang dianjurkan oleh

penaja anda.

PERCAYA UNTUK BERJAYA

Posted in Uncategorized with tags , , on April 10, 2008 by sya77

MASA depan anda hanya ada dua iaitu kejayaan atau
kegagalan. Jika anda percaya bahawa anda boleh gagal
di dalam perniagaan MLM, sudah pasti anda akan
memperolehi kegagalan. Jika anda percaya bahawa
anda boleh berjaya, sudah pasti anda akan berusaha
untuk mencapai kejayaan.
Sudah tentulah anda memilih kejayaan, kerana
itulah tujuan utama semua orang menceburi bidang
perniagaan MLM iaitu mahu mencapai kejayaan yang
cemerlang, sekalipun menceburi secara sambilan pada
peringkat permulaan. Kerana anda mahukan kejayaan
yang cemerlang pada akhirnya, maka buat masa ini
anda hendaklah menghapuskan segala bentuk halangan
yang menghalang perjalanan anda untuk mencapai
masa depan yang gemilang melalui MLM.
Kepercayaan, sekali lagi, adalah halangan yang
paling utama untuk semua orang. Banyak perkara yang
baik dan berfaedah, nampaknya menjadi sia-sia kerana
kepercayaan. Idea yang bernas berakhir menjadi
‘sampah’ kerana tidak percaya bahawa idea itu boleh
dijayakan sebelum sempat melaksanakannya.
Adalah perkara biasa bagi semua orang untukmengatur

sendiri tembok atau batu-bata di depan
mereka dan memerangkap mereka sendiri. Tembok itu
digelar tembok kepercayaan. Setiap kali mendengar
rancangan atau peluang atau mahu menjalankan
perniagaan MLM, dengan sendirinya tembok-tembok itu
disusun dan mengatakan, “Tidak Boleh.” Mengapa tidak
boleh? Kerana tidak percaya. Bila ditanya lebih lanjut,
mengapa tidak percaya, jawapannya ialah kerana sudah
dikelilingi oleh ‘tembok tidak percaya ‘.
Perkara yang sama terjadi, bila anda mula menaja
seseorang. Bila anda mula menaja seseorang. Bila anda
membuka mulut untuk memberitahu peluang perniagaan
MLM, tanpa disuruh, bakal tajaan anda akan
mengatur tembok kepercayaan di depannya menyebabkan
mereka tidak percaya dan memandang MLM dari
sudut tidak boleh.
Berbalik kepada anda sendiri. Cuba analisa apakah
yang menyebabkan anda tidak mempercayai diri sendiri
dan perniagaan MLM? Selagi anda tidak menganalisa
dan menghapuskan tembok kepercayaan itu, selagi
itulah anda tidak sampai ke mana-mana dalam
perniagaan MLM atau apa jua bidang.
Mengapa lebih percaya boleh gagal dari percaya
boleh berjaya di dalam MLM? Kerana sejak kecil lagi
fikiran kita semua telah disemai dengan kepercayaan
boleh gagal tetapi tidak boleh berjaya. Kerana sejak
sekian lama kita semua dikelilingi oleh orang-orang
yang gagal dan menjadikan kegagalan sebagai cara
hidup. Menjadikan keluhan dan decit di mulut sebagai
hiburan. Kerana perkataan mustahil sentiasa bermain
di bibir. Kepercayaan itu semakin subur kerana dibelai
dan dibaja setiap hari dengan mengatakan, “Susahlah
sekarang….” dan “Tak ada orang percaya dengan MLM
lagi…” dan “Susah nak menjual, menaja…” dan “Susah

nak meeting…” dan “Kerja leceh….” dan alasan demi
alasan yang menyuburkan rasa tidak percaya berterusan
dari mulut sendiri dan mulut rakan-rakan yang
sealiran.
Cuba analisa orang yang telah berjaya di dalam
MLM. Apakah kunci kejayaannya. Kerana percaya
kepada perniagaan MLM memang boleh menjamin masa
depan yang gemilang. Bila percaya, barulah boleh
menjalankan perniagaan MLM dengan kesungguhan.
Ia berbalik semua menjadi – mengapa menjalankan
perniagaan MLM dengan kesungguhan? Kerana
percaya!
Percaya adalah penghulu segala sikap. Hanya
setelah percaya barulah datang keberanian, keyakinan
dan yang penting sekali ialah kesanggupan. Jika anda
mempunyai kepercayaan, maka dengan serta merta
tenaga dan sikap negatif di dalam badan anda akan
bertukar menjadi tenaga dan sikap positif.
Jadi, sebaik sahaja anda mendaftarkan diri untuk
menjadi pengedar syarikat MLM pilihan anda, anda
mesti percaya bahawa anda boleh membina kejayaan.
Anda dengan rasminya telah menjadi usahawan.
Usahawan bermakna adalah orang yang berusaha
dengan kesungguhan. Anda tidak akan berusaha jika
anda tidak mempercayai diri dan perniagaan anda.
Tidak akan ada kesungguhan jika anda tidak percaya
bahawa anda boleh mencapai masa depan yang gemilang
melalui MLM.
MLM adalah perniagaan anda sendiri yang semestinya
dijalankan dengan penuh kesungguhan dan
kepercayaan.
Jika masih tidak percaya, toleh semula keliling
anda, lihat hanya kepada orang yang berjaya dan yang
akan mencipta kejayaan di dalam MLM. Mereka semua
telah berjaya, mengapa masih tidak percaya. Mungkin
anda akan mengatakan, “Dia lain, saya lain… Dia
bolehlah…” Siapa pun boleh, kerana rezeki dalam

perniagaan adalah berjumlah 9 dari 10 bahagian. Itu
adalah pasti
Sejak dahulu lagi orang mengatakan, “Melihat
terlebih dulu baru percaya.” Kini anda mesti menukarnya
menjadi, “Percaya terlebih dulu baru anda boleh
melihat hasilnya.” Kejayaan anda akan terserlah dan
boleh dilihat jika anda terlebih dulu menanamkan
kepercayaan bahawa anda boleh berjaya.
Jangan membuang masa dan tenaga anda untuk
menjalankan perniagaan MLM jika tidak percaya MLM
boleh dijadikan landasan membina masa depan.

sumber :Razzi Armansur

MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM

Posted in Uncategorized with tags , on April 2, 2008 by sya77
JIKA anda serius terhadap masa depan anda dan
menjadikan MLM sebagai ‘jalan’ untuk masa depan
yang gemilang, maka sekaranglah masanya untuk anda
bertindak serius terhadap perniagaan MLM anda.
Sememangnya MLM adalah perniagaan yang besar dan
serius. Bahkan jika anda menjalankan perniagaan ini
secara sambilan, anda tetap menjalankannya dengan
serius dan kesungguhan.

Sudah berlalu zaman MLM dijadikan bahan senda gurau.

Sudah tidak kedengaran lagi kata-kata, “Jual
sabun boleh kaya?…”atau “Mana ada meniaga modal
RM100…” atau “ Siapa masuk MLM bermakna dia jadi
kuda tunggangan orang yang di atas …” Sekarang ini
orang makin mempercayai MLM dan makin ramai yang
menjadikan MLM sebagai jalan untuk membina masa
depan.
Yang penting ialah kepercayaan anda. Jika anda
percaya, maka anda boleh. Mengapa masih tidak
percaya sedangkan di seluruh dunia dan di Malaysia
sudah ramai yang hidup senang lenang dari hasil usaha
mereka di dalam MLM pada masa lalu. Siapakah yang
tidak anda percayai? MLM atau diri anda sendiri? MLM
hanyalah perniagaan atau ‘jalan’ untuk mencapai masa
depan yang gemilang. Dan ia telah dipercayai, diakui,
dan terbukti sebagai perniagaan yang menghasilkan
lebih ramai jutawan berbanding perniagaan lain. Yang
menjayakan MLM adalah diri anda sendiri. Jadi, jika
anda memberi kepercayaan kepada diri anda sendiri,
maka perniagaan MLM adalah untuk anda.
Anda juga mestilah percaya bahawa perniagaan
MLM bukanlah seperti bermain silap mata – hari ini
berniaga, minggu depan kaya raya. Anda mesti percaya
bahawa MLM sama seperti perniagaan lain iaitu
mengambil masa yang panjang untuk membinanya
hingga menjadi kukuh dan boleh dijadikan tempat
berteduh untuk anda dan keluarga. Sama juga dengan
perniagaan atau perkara lain, semestinya anda akan
menemui rintangan dan beberapa kegagalan sementara
sebelum mencapai kejayaan. Tidak ada jalan singkat
dan tidak ada istilah ‘duduk-duduk dan berjaya’. Lebih
tepat lagi, tidak ada jalan singkat dalam keusahawanan.
Orang-orang yang berjaya di dalam MLM sekarang
ini bukan orang lebih rehat dari bekerja pada masa lalu.
Mereka adalah orang-orang yang sanggup. Mereka
sanggup mengalami 1001 kesakitan sebelum menikmati
kejayaan sekarang ini. Mereka tidak pernah tergerak
untuk mencari jalan singkat dan mudah kerana
sememangnya tidak ada jalan mudah dan singkat di
dalam perniagaan.