PERCAYA UNTUK BERJAYA

MASA depan anda hanya ada dua iaitu kejayaan atau
kegagalan. Jika anda percaya bahawa anda boleh gagal
di dalam perniagaan MLM, sudah pasti anda akan
memperolehi kegagalan. Jika anda percaya bahawa
anda boleh berjaya, sudah pasti anda akan berusaha
untuk mencapai kejayaan.
Sudah tentulah anda memilih kejayaan, kerana
itulah tujuan utama semua orang menceburi bidang
perniagaan MLM iaitu mahu mencapai kejayaan yang
cemerlang, sekalipun menceburi secara sambilan pada
peringkat permulaan. Kerana anda mahukan kejayaan
yang cemerlang pada akhirnya, maka buat masa ini
anda hendaklah menghapuskan segala bentuk halangan
yang menghalang perjalanan anda untuk mencapai
masa depan yang gemilang melalui MLM.
Kepercayaan, sekali lagi, adalah halangan yang
paling utama untuk semua orang. Banyak perkara yang
baik dan berfaedah, nampaknya menjadi sia-sia kerana
kepercayaan. Idea yang bernas berakhir menjadi
‘sampah’ kerana tidak percaya bahawa idea itu boleh
dijayakan sebelum sempat melaksanakannya.
Adalah perkara biasa bagi semua orang untukmengatur

sendiri tembok atau batu-bata di depan
mereka dan memerangkap mereka sendiri. Tembok itu
digelar tembok kepercayaan. Setiap kali mendengar
rancangan atau peluang atau mahu menjalankan
perniagaan MLM, dengan sendirinya tembok-tembok itu
disusun dan mengatakan, “Tidak Boleh.” Mengapa tidak
boleh? Kerana tidak percaya. Bila ditanya lebih lanjut,
mengapa tidak percaya, jawapannya ialah kerana sudah
dikelilingi oleh ‘tembok tidak percaya ‘.
Perkara yang sama terjadi, bila anda mula menaja
seseorang. Bila anda mula menaja seseorang. Bila anda
membuka mulut untuk memberitahu peluang perniagaan
MLM, tanpa disuruh, bakal tajaan anda akan
mengatur tembok kepercayaan di depannya menyebabkan
mereka tidak percaya dan memandang MLM dari
sudut tidak boleh.
Berbalik kepada anda sendiri. Cuba analisa apakah
yang menyebabkan anda tidak mempercayai diri sendiri
dan perniagaan MLM? Selagi anda tidak menganalisa
dan menghapuskan tembok kepercayaan itu, selagi
itulah anda tidak sampai ke mana-mana dalam
perniagaan MLM atau apa jua bidang.
Mengapa lebih percaya boleh gagal dari percaya
boleh berjaya di dalam MLM? Kerana sejak kecil lagi
fikiran kita semua telah disemai dengan kepercayaan
boleh gagal tetapi tidak boleh berjaya. Kerana sejak
sekian lama kita semua dikelilingi oleh orang-orang
yang gagal dan menjadikan kegagalan sebagai cara
hidup. Menjadikan keluhan dan decit di mulut sebagai
hiburan. Kerana perkataan mustahil sentiasa bermain
di bibir. Kepercayaan itu semakin subur kerana dibelai
dan dibaja setiap hari dengan mengatakan, “Susahlah
sekarang….” dan “Tak ada orang percaya dengan MLM
lagi…” dan “Susah nak menjual, menaja…” dan “Susah

nak meeting…” dan “Kerja leceh….” dan alasan demi
alasan yang menyuburkan rasa tidak percaya berterusan
dari mulut sendiri dan mulut rakan-rakan yang
sealiran.
Cuba analisa orang yang telah berjaya di dalam
MLM. Apakah kunci kejayaannya. Kerana percaya
kepada perniagaan MLM memang boleh menjamin masa
depan yang gemilang. Bila percaya, barulah boleh
menjalankan perniagaan MLM dengan kesungguhan.
Ia berbalik semua menjadi – mengapa menjalankan
perniagaan MLM dengan kesungguhan? Kerana
percaya!
Percaya adalah penghulu segala sikap. Hanya
setelah percaya barulah datang keberanian, keyakinan
dan yang penting sekali ialah kesanggupan. Jika anda
mempunyai kepercayaan, maka dengan serta merta
tenaga dan sikap negatif di dalam badan anda akan
bertukar menjadi tenaga dan sikap positif.
Jadi, sebaik sahaja anda mendaftarkan diri untuk
menjadi pengedar syarikat MLM pilihan anda, anda
mesti percaya bahawa anda boleh membina kejayaan.
Anda dengan rasminya telah menjadi usahawan.
Usahawan bermakna adalah orang yang berusaha
dengan kesungguhan. Anda tidak akan berusaha jika
anda tidak mempercayai diri dan perniagaan anda.
Tidak akan ada kesungguhan jika anda tidak percaya
bahawa anda boleh mencapai masa depan yang gemilang
melalui MLM.
MLM adalah perniagaan anda sendiri yang semestinya
dijalankan dengan penuh kesungguhan dan
kepercayaan.
Jika masih tidak percaya, toleh semula keliling
anda, lihat hanya kepada orang yang berjaya dan yang
akan mencipta kejayaan di dalam MLM. Mereka semua
telah berjaya, mengapa masih tidak percaya. Mungkin
anda akan mengatakan, “Dia lain, saya lain… Dia
bolehlah…” Siapa pun boleh, kerana rezeki dalam

perniagaan adalah berjumlah 9 dari 10 bahagian. Itu
adalah pasti
Sejak dahulu lagi orang mengatakan, “Melihat
terlebih dulu baru percaya.” Kini anda mesti menukarnya
menjadi, “Percaya terlebih dulu baru anda boleh
melihat hasilnya.” Kejayaan anda akan terserlah dan
boleh dilihat jika anda terlebih dulu menanamkan
kepercayaan bahawa anda boleh berjaya.
Jangan membuang masa dan tenaga anda untuk
menjalankan perniagaan MLM jika tidak percaya MLM
boleh dijadikan landasan membina masa depan.

sumber :Razzi Armansur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: