MENGHAPUSKAN HALANGAN DEMI MASA DEPAN

SESUDAH anda menanamkan kepercayaan bahawa

anda boleh berjaya di dalam MLM bermakna anda telah

menghapuskan halangan yang paling besar. Ada

beberapa lagi halangan yang mesti dihapuskan demi

menjamin kejayaan anda di dalam perniagaan MLM.

BOLEH DIAJAR DAN MAHU BELAJAR

Demi untuk kejayaan anda, anda terpaksa melupakan

ego anda. Tidak dinafikan semua manusia mempunyai

ego. Ego boleh membantu kejayaan dan ego juga boleh

menghalang kejayaan. Ego yang menghalang kejayaan

ialah jenis ego yang sentiasa menyalahkan orang lain,

diri sendiri sahaja yang betul dan menutup hati dari

menerima pendapat yang baik dari orang lain.

Menganggap diri sudah pandai dan lebih pandai

dari orang lain adalah penghalang besar di dalam

membina masa depan melalui perniagaan MLM. Ini

kerana, syarat utama untuk berjaya ialah anda mestilah

boleh diberi tunjuk ajar. Anda mungkin mahir dalam

bidang anda; tetapi belum lagi tahu dan mahir dalam

bidang perniagaan MLM. Jadi, untuk maju dan mahir,

semestinya anda membenarkan diri anda diberi tunjuk

ajar oleh penaja anda atau siapa saja yang lebih tahu

tentang perniagaan MLM.

Ketepikan ego anda seketika untuk menerima tunjuk

ajar segala aspek perniagaan MLM dari peringkat

paling asas sehingga anda benar-benar tahu dan

seterusnya mahir. Tidak semua orang tahu semua

perkara. Pengetahuan tentang perniagaan tidak pernah

habis. Jadi, bukakan fikiran anda untuk menerima

tunjuk ajar dari orang lain. Di dalam perniagaan MLM,

anda menerima tunjuk ajar dengan percuma! Jangan

lepaskan peluang hebat ini.

Sebenarnya hanya ada 5% sahaja orang yang

terlibat di dalam MLM mahu menerima tunjuk ajar.

Mereka inilah yang telah berjaya dan sedang menempa

kejayaan. Selebihnya, 95% masih tebal dengan ego dan

menganggap diri sudah serba tahu – akhirnya hanya

mendapat penat dan kecewa setelah sekian lama

berkecimpung di dalam MLM. Atau lebih malang

lagi, belum sempat menjalankan perniagaan MLM

sudah berundur kerana tidak mahu tahu cara menjalankannya.

Selepas membenarkan diri untuk diberi tunjuk ajar,

anda hendaklah meluangkan masa setiap hari untuk

terus belajar. Dengan hanya ½ jam sehari, setiap hari,

anda boleh mengumpulkan pelbagai ilmu perniagaan

yang banyak yang akan digunakan untuk menjayakan

perniagaan MLM.

Dunia perniagaan bukan setakat berkembang; ia

berkembang pesat. Apa yang anda pelajari hari ini

belum tentu sesuai untuk 5 tahun akan datang. Jangan

sampai tertinggal di belakang. Sentiasa luangkan masa

½ jam sehari supaya sentiasa selari dengan perkembangan

dunia perniagaan MLM.

Cara paling mudah ialah dengan belajar sendiri

melalui buku-buku, majalah, ralli, konvensyen, seminar

(bukan yang ‘bum-bam-bum-bam’) juga kursus yang

sentiasa dianjurkan oleh syarikat MLM dan tidak

ketinggalan mesyuarat mingguan yang dianjurkan oleh

penaja anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: