Khidmat Rancangan perniagaan

Rancangan perniagaan juga dikenali sebagai kertas kerja perniagaan atau kertas kerja pinjaman perniagaan. 90% mereka yang menyediakan rancangan perniagaan adalah kerana ingin memohon pinjaman (bila nak memohon pinjaman baru kelam kabut nak cari konsultan), tetapi sebenarnya mereka ini tersilap…

Matlamat rancangan perniagaan

Rancangan perniagaan yang disediakan mempunyai beberapa tujuan seperti berikut :-

Sebagai Garis Panduan Untuk Menguruskan Perniagaan

Rancangan perniagaan boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menguruskan perniagaan. Rancangan perniagaan biasanya menunjukkan langkah-langkah yang akan dijalankan oleh pengurus perniagaan. Pihak pengurusan akan menerangkan kandungan rancangan perniagaan untuk mewujudkan pemahaman mengenai tugas-tugas mereka dan juga akan melahirkan perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja.
Meyakinkan Pihak Tertentu Terhadap Idea Perniagaan

Rancangan perniagaan merupakan satu alat perhubungan bagi seseorang usahawan untuk menjelaskan sesuatu projek yang ingin dijalankan kepada pihak lain. Melalui rancangan perniagaan ini ia dapat meyakinkan pihak yang ingin membantu menjayakan projeknya. Pihak yang terlibat termasuklah pelabur, syarikat kewangan dan bank.
Mengkaji Dan Menilai Kemajuan Dan Prestasi Perniagaan

Rancangan perniagaan, adalah alat pengukur daya maju sesuatu projek. Rancangan perniagaan menggambarkan analisis yang dibuat untuk menunjukkan potensi dan daya maju sesebuah perniagaan. Dengan berbuat demikian ia juga akan mengelakkan berlakunya pembaziran modal, masa dan tenaga.

Namun begitu dalam bidang Hai-o tidak perlulah anda membuat rancangan perniagaan, cukuplah sekadar anda buat loan peribadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: