Archive for June, 2008

Posted in Uncategorized on June 30, 2008 by sya77

Advertisements

Download Firefox3-New Release (Hai O Group)

Posted in Uncategorized on June 26, 2008 by sya77

FireFox versi terkini adalah satu perisian yang sewaktu dengan Internet Explorer yang amat diperlukan oleh penggemar pelayan web. Dengan teknologi terkini, FireFox menjadi pilihan pengguna. Ciri-ciri yang menarik adalah dari segi mudah dikendalikan, sekuriti yang tinggi terhadap virus-spyware dll. Jika anda mempunyai Internet Explorer ataupun yang mempunyai FireFox versi lama. Silakan download Firefox dengan segera.

Firefox 3

Dengan adanya Firefox tersebut memudahkan Pelanggan dan juga usahawan Hai O marketing melayari internet dengan selesa.

Tips hangat Hai o

Posted in Uncategorized with tags on June 20, 2008 by sya77

sesiapa yg ingin buat
duit sbb harga minyak naik ni.

pergi cari kereta yang buruk-buruk dah kong di cerok kampung.
beli dengan tuan pemilik, transfer nama dalam geran.
katalah harga RM500-600.

ambil insuran 3rd parti aje…RM30.00
renew cukai jalan(6bln)…….RM50.00
pergi claim rebate……………RM625.00

pastu jual besi buruk………….RM500-600

dapat tak untung 400 sebiji kete?
kalau 10 biji………4000 tu.

Psstt..ini bukan idea saya tapi ader member yang kasi…ntah ler boleh pakai ke idak idea tu. Pikir sendiri..

usahawan hai o tak perlu buat begini…baik jual premium beautiful tu dapat gak untung.

Menorobos Sempadan Diri

Posted in Uncategorized with tags , on June 11, 2008 by sya77

Diri anda sebenarnya mampu melakukan “wonders” lebih dari apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu memilikinya. Tetapi diri anda sering diselubungi tembok yang menghalang diri anda dari mencapat cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda.

Mungkin juga anda jahil atau sasaran kabur untuk anda fokus. Di satu segi mungkin anda kurang sumber. Mungkin juga hati anda bersarang dengan sikap bodoh sombong atau pentingkan diri. Buku ini memberi panduan kepada anda untuk meruntuhkan tembok itu dan menerobos sempadan diri.

http://adikbijak.com/promo.plx?MX00166&TB0019

 

Buku-petua untuk sentiasa ceria

Posted in Uncategorized with tags , on June 11, 2008 by sya77

Kepada bakal dan usahawan hai o marketing ada eloknya kita sentiasa ceria. Nak jumpa orang pun kena ceria. Barulah rezeki mudah masuk.

Hayati lirik lagu ini…

Senyum seindah suria yang membawa cahaya

Senyumlah dari hati duniamu kan berseri

Senyum umpama titian dalam kehidupan

Kau tersenyum ku tersenyum, kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua…

Senyuman mu amatlah berharga

Senyum… membahagiakan…

Dengan senyuman terjalinlah ikatan

Ramai orang membicarakan tentang ceria, gembira, kehidupan yang tenang, sihat, aman dan bahagia. Secara fitrah Allah menjadikan manusia itu condong ke arah kehidupan positif. Semua orang berusaha membaiki taraf hidup supaya hidup semakin tenang dan ceria hinggakan isu sentiasa ceria ini diprogramkan melalui media elektronik.

Sejak kewujudan Nabi Adam a.s. lagi, terdapat pelbagai ragam manusia sama ada negatif mahupun positif. Fokus di sini ialah keceriaan yang tidak hadir dalam jiwa! Itu antara masalah yang dihadapi oleh manusia.

Setiap masalah ada penawarnya. Samalh juga dengan masalah tidak ceria dalam hidup. Buku ini membongkar rahsia mencapai keceriaan dalam kehidupan. Pada masa yang sama keceriaan yang dicari adalah keceriaan yang berdiri di atas landasan syariat. Maka malang sekali orang yang hidupnya ceria meniti kemungkaran.

Antara topik menarik di dalam:

Bodoh Sombong
Perspektif yang Silap
Programkan Minda Sebelum Tidur
Menerima Diri Seadanya Tanpa Syarat
Jangan Cakap Saja tapi Buat!

http://adikbijak.com/promo.plx?MX00166&TB0005

Posted in Uncategorized on June 9, 2008 by sya77

Tau Fu Fah

Posted in Uncategorized on June 8, 2008 by sya77

Boleh dikatakan saya tidak selalu ke pasar malam. Bukan tidak suka, tetapi banyak perkara yang lebih diberikan keutamaan. Bila sebut pasar malam, pastinya ramai dari kalangan ahli Hai o marketing menyukainya. Bila pergi macam-macam nak beli. bukan kah begitu??. Kekadang terlebih beli makanan, pastu buang. Harap-harap perkara ini tidak berlaku kepada bakal usahawan dan usahawan hai o. Mohon jauh dari sifat membazir.

Di dalam banyak-banyak juadah yang ada di pasar malam, saya ingin ketengahkan makanan Tau Fu Fah. Kita tahu makan jer. Tapi tak tahu nak buat. Termasuklah diri saya. Penjual tersebut sebenarnya banyak untung bila menjual di pasar malam. Disitulah tertumpunya pelanggan. Tapi bagaimana cara menyediakan Tau Fu Fah?. Jika anda ingin mendapatkan resepi Tau Fu Fah, anda sepatutnya mendapatkan dari penjual yang berpengalaman.