Archive for July, 2008

Sabotaj

Posted in Uncategorized on July 29, 2008 by sya77

Saya amat bersyukur sekiranya banyak syarikat multilevel marketing telah ditubuhkan, bermakna banyak produk-produk baru muncul untuk kepentingan kesihatan dan juga memberi kebaikan kepada masyarakat. Namun begitu dengan keghairahan menubuhkan syarikat tersebut tidak kurang juga yang menubuhkan untuk keuntungan semata-mata dan jauh sekali untuk mengeluarkan produk yang bermutu tinggi. Namun, saya lebih kecewa disebabkan syarikat multilevel yang berkualiti telah disabotaj oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Tak perlu saya nyatakan syarikat mana. Produk tiruan yang menggunakan isi kandungan yang memberi kesan buruk kepada pengguna, cara pembungkusan yang sama, nama yang sama, no. pendaftaran Kementerian kesihatan yang sama adalah jelas membuktikan produk tiruan ini tidak dapat dikenal pasti dengan jelas. Apakah motifnya???. Adalah untuk menjatuhkan dan menghilangkan keyakinan terhadap sesuatu produk dan juga kepada syarikat tersebut. persaingan adalah baik, tetapi …jika perkara seperti ini wujud bermakna kita harus berhati-hati. Dari aspek lain, ia memberi kesan buruk dan membawa kesan negatif terhadap syarikat multilevel bahkan kepada pendapatan agen-agen bertauliah yang dilantik syarikat tersebut. Adakah kita hendak berdiam diri melihat perkara ini berlaku ?. Berpantang sebelum ajal , bukan berundur kerana kalah , tetapi mengatur strategi untuk menguatkan lagi mlm keperingkat lebih baik. Wujudkan kekuatan melalui perniagaan adalah baik bagi memberi peluang ekonomi kepada bangsa.

Advertisements

SM/SSM

Posted in Uncategorized on July 12, 2008 by sya77

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang dianugerahi pangkat SM  dan SSM. Bermakna Hai O Marketing semakin diminati dan menjadi pilihan perniagaan masa kini yang berbentuk sistem berbilang aras. Walaupun ramai yang tidak selesa dan ramai yang mengkritik. Umpama setitik Nila akan merubah warna sang susu, tetapi tidak pada rasanya. Manis dan tetap menjadi pilihan penggemarnya.

Kepada bakal SM/SSM diharapkan anda terus sukses dan berjuang habis-habisan untuk mencapai impian.

Kad Nama Hai o Marketing

Posted in Uncategorized with tags on July 11, 2008 by sya77

PENTING KE KAD NAMA?

Ya! Kini kad nama merupakan salah satu keperluan untuk memudahkan kita saling berhubung dengan memberikan maklumat asas tentang perniagaan atau jawatan kita, memudahkan kita menyimpan maklumat pelanggan, pembekal, kawan, peniaga atau siapa sahaja.

Bagi ahli perniagaan terutamanya usahawan Hai o Marketing, ia salah satu cara promosi dan memudahkan para pelanggan kita untuk menghubungi kita kembali. Bayangkan dengan modal serendah RM0.32 sekeping, anda berpotensi mendapat pulangan bernilai ribuan malah jutaan ringgit!.

Bagi Usahawan Hai O marketing anda bebas menempah kad nama persendirian dengan design yang menarik. Namun begitu anda juga boleh menempah di stokis masing-masing. Pada kad nama tersebut terdapat logo/gambar HQ Hai O marketing dan juga gambar Premium Beautiful/Bioaura. Ianya amat penting agar krediabiliti anda terserlah. Dapatkan segera kad nama Hai O marketing !!!!

Penguatkuasaan Jualan Murah

Posted in Uncategorized with tags on July 2, 2008 by sya77

PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN
(HARGA JUALAN MURAH) 1997

GARIS PANDUAN

1. PERMULAAN

1.1 Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 dikuatkuasakan mulai 1 November, 1997 bagi menggantikan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1987.

1.2 Keputusan diambil bagi memansuhkan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1987 bagi membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memperkenalkan pendekatan baru yang lebih pragmatik, telus dan praktikal bagi semua pihak. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berpendirian sesuatu jualan murah yang diadakan hendaklah memberi manfaat kepada semua, tidak merugikan mana-mana pihak dan dalam masa yang sama dapat menyumbangkan faedah kepada negara. Sehubungan dengan ini, jualan murah akan dijadikan acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak dan Malaysia akan dijadikan sebagai destinasi membeli-belah.

2. TAKRIFAN JUALAN MURAH

2.1 Dalam peraturan-peraturan ini, jualan murah atau “harga jualan murah” ertinya harga barang-barang yang, dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan, ditunjukkan dengan apa jua cara kurang daripada harga barang-barang itu atau barang-barang yang sama perihal dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan dahulu.

2.2 Penggunaan apa-apa perbahasaan (expression), sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang menunjukkan atau mungkin difahami bahawa barang-barang itu adalah ditawarkan dengan harga yang kurang daripada harga barang-barang itu atau barang-barang yang sama perihal dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan terdahulu termasuklah penggunaan perbahasaan “jualan”, “diskaun”, “pengurangan”, “belian terbaik”, “harga terbaik”, “harga istimewa” atau “harga runtuh” adalah juga ditakrif sebagai “harga jualan murah”.

2.3 Seseorang yang membekalkan atau menawar untuk membekalkan barang-barang secara sepertimana dinyatakan di perenggan 2.1 dan 2.2 adalah dikatakan menawarkan barang-barang tersebut dengan “harga jualan murah”. Dengan kata-kata lain orang itu telah mengadakan “Jualan Murah”.

3. PENGECUALIAN

3.1 Keadaan-keadaan berikut adalah dikecualikan daripada peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan tidak dianggap sebagai “harga jualan murah”:-

(i) mengurangkan harga barang-barang tanpa membuat perbandingan dengan mana-mana harga lain;

(ii) mengurangkan harga barang-barang di mana penunjukan atau perbahasaan pengurangan itu dibuat kerana mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan berhubung dengan pembelian barang-barang tersebut;

(iii) mengurangkan harga barang-barang di mana penunjukan atau perbahasaan pengurangan itu dibuat secara lisan dalam premis yang sama di mana barang-barang itu dijual;

(iv) mengurangkan harga barang-barang di mana penunjukan atau perbahasaan pengurangan harga itu dibuat bagi barang-barang mudah rosak dan dibuat tiga jam sebelum penutupan premis di mana barang-barang itu dijual. Barang-barang mudah rosak dianggap sebagai apa-apa barang yang kesegarannya tidak tahan lama dan akan mempengaruhi harganya. Harganya akan berkurangan apabila barang-barang itu telah disimpan lama dan kesegarannya berkurangan, seperti makanan laut, sayur-sayuran, kuih-muih, kek, roti, bunga-bungaan, buah-buahan dan barang-barang lain yang seumpamanya;

4. JANGKA MASA PENAWARAN UNTUK MENJUAL BARANG-BARANG DENGAN HARGA JUALAN MURAH

4.1 Jangka masa penjualan barang-barang dengan “harga jualan murah” yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 30 hari.

4.2 Bilangan jualan murah yang boleh diadakan adalah terhad kepada 5 kali bagi satu tahun kalendar. Daripada bilangan tersebut, tarikh dan jangka masa 3 jualan murah adalah ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan yang akan membuat pemberitahuan melalui media dan diwartakan. Walaupun jangka masa jualan dengan “harga jualan murah” yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan melebihi 30 hari, tempoh bagi mengadakan suatu jualan dengan “harga jualan murah” masih tetap tidak boleh melebihi 30 hari. Jangka masa yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan itu adalah semata-mata untuk membolehkan peniaga memilih mana-mana tempoh yang sesuai di dalam jangka masa yang ditetapkan sahaja.
4.3 Peniaga adalah tidak diwajibkan untuk mengadakan jualan dengan “harga jualan murah” pada tarikh dan jangka masa yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan. Walau bagaimanapun, jika peniaga tidak memanfaatkan mana-mana jangka masa jualan murah yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan sebanyak 3 kali itu, tempoh tersebut akan berlalu dan peniaga akan kehilangan satu jualan murah yang diberikan itu yang tidak boleh digantikan dengan tempoh yang lain.

4.4 Peniaga hanya dibenarkan mengadakan satu kali sahaja jualan dengan harga jualan murah dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan.

4.5 Selain daripada jangka masa jualan murah sebanyak 3 kali yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan, peniaga juga diberi hak untuk mengadakan jualan murah pada tarikh dan tempoh mengikut pilihannya sendiri iaitu di luar tarikh dan jangka masa yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan sebanyak 2 kali dalam satu tahun kalendar.

4.6 Peniaga-peniaga adalah tidak dibenarkan mengadakan jualan murah yang bermula atau berakhir di luar tarikh dan jangka masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, jika peniaga mengadakan jualan murah di mana sebahagian tempoh jualan murah itu berada dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan dan sebahagian lagi di luar tempoh yang ditetapkan, peniaga hendaklah mengemukakan dua notis berasingan. Satu notis bagi tempoh jualan murah yang berada dalam tempoh jualan murah yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan dan satu notis lagi bagi jualan murah di luar tempoh yang ditetapkan (pilihannya sendiri), tidak kira sama ada jualan murah-jualan murah itu berterusan atau sebaliknya. Dalam keadaan ini, peniaga adalah telah menggunakan masing-masing sekali jualan murah bagi tempoh yang ditetapkan dan sekali bagi tempoh pilihannya sendiri iaitu peniaga telah menggunakan 2 daripada 5 jualan murah yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini. Kedua-dua notis boleh diserahkan pada masa yang sama dan tempoh penyerahan notis tidak kurang daripada 14 hari sebelum jualan murah berlangsung hendaklah dipatuhi.
5. PROSEDUR YANG PERLU DIIKUTI OLEH MANA-MANA PERUNCIT YANG HENDAK MENJUAL BARANG-BARANG DENGAN “HARGA JUALAN MURAH”

Mana-mana peruncit yang hendak menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” adalah dikehendaki mematuhi prosedur-prosedur berikut:-

5.1 Prosedur yang perlu diikuti sebelum menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” :

(a) menyelenggara rekod yang benar dan lengkap berkaitan harga barang-barang bagi tempoh enam bulan terdahulu yang ditawar di premis yang sama. Ini ditetapkan di bawah Peraturan bagi memudahkan tugas pemeriksaan yang akan dijalankan oleh pegawai penguatkuasa dan bagi membuktikan harga paling rendah selama 28 hari berterusan dalam tempoh 6 bulan dahulunya.

(b) menentukan jangka masa menjual barang-barang dengan harga “jualan murah” tidak melebihi 30 hari.

(c) menentukan barang-barang yang dijual dengan “harga jualan murah” tidak kurang daripada 70% dari kesemua barang-barang yang dipamerkan untuk jualan di dalam premis yang sama.

(d) menentukan “harga yang ditawarkan dahulu” bagi barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah” itu adalah harga paling rendah barang-barang itu atau barang-barang yang sama perihal dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan di premis yang sama, selama 28 hari berterusan dalam tempoh 6 bulan terdahulu. Harga paling rendah ini adalah tidak termasuk harga jualan murah yang diadakan di premis yang sama dalam tempoh 6 bulan tersebut.

(e) menentukan ia mempunyai stok yang munasabah bagi barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah”.

(f) menentukan “notis” untuk mengadakan jualan murah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan lengkap, dan diserahkan kepada Pengawal’/Timbalan Pengawal/Penolong Pengawal Perihal Dagangan tidak lewat daripada 14 hari sebelum jualan murah berlangsung:-

(i) sama ada dengan menghantar sendiri atau dihantar melalui “Pos Berdaftar”;

(ii) peruncit yang mempunyai rangkaian kedai (chain stores) adalah digalakkan mengadakan jualan dengan “harga jualan murah” secara serentak. Dalam keadaan ini, notis jualan murah boleh diserahkan bagi merangkumi rangkaian kedai berkenaan melalui satu notis yang boleh diserahkan kepada Penolong Pengawal Perihal Dagangan di pejabat cawangan negeri Bahagian Penguatkuasa di mana Ibu Pejabat syarikat tersebut beroperasi;

(ii) pejabat cawangan Bahagian Penguatkuasa yang menerima notis akan mengemukakan salinan notis kepada pejabat cawangan-cawangan Bahagian Penguatkuasa yang lain; dan

(iii) walau bagaimanapun, jika jualan dengan “harga jualan murah” dibuat oleh satu-satu kedai secara bersendirian, notis bagi setiap premis hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal Perihal Dagangan di kawasan di mana jualan murah itu hendak diadakan.

(g) menentukan “nombor pendaftaran” jualan murah diperolehi setelah notis diserahkan.
(h) menentukan nombor pendaftaran jualan murah dicatatkan dalam apa-apa pengiklanan yang dibuat berhubung dengan jualan murah tersebut. Bagi pemakaian Peraturan-Peraturan ini, iklan adalah bermaksud menyiarkan atau menyebabkan disiar sesuatu pemberitahuan atau kenyataan kepada awam dan peniaga (the trade) berhubung dengan sesuatu produk/barang yang ditawarkan dengan “harga jualan murah” melalui media seperti TV, radio, “internet”, akhbar, majalah, risalah, brosur, sepanduk, “flyers” dan seumpamanya.

(i) menentukan kadar potongan atau pengurangan harga tidak disiarkan atau dinyatakan dalam apa-apa pengiklanan yang dibuat berhubung dengan jualan murah yang diadakan.

5.2 Prosedur yang perlu diikuti semasa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah”:-

(a) menunjukkan/mempamerkan “harga yang ditawarkan dahulu” dan “harga jualan murah” ke atas barang-barang yang ditawarkan dengan “harga jualan murah”. Dalam keadaan di mana barang-barang itu terlalu kecil sehingga sukar untuk menandakan harga-harga berkenaan, adalah memadai harga-harga berkenaan dipamerkan pada satu peragaan yang diletakkan berdekatan barang-barang berkenaan. “Harga yang ditawarkan dahulu” adalah sepertimana yang dijelaskan di perenggan 5(1)(d) Garis Panduan ini.

(b) tidak menawar untuk menjual barang-barang dengan satu harga yang lebih tinggi daripada “harga jualan murah”.

(c) menentukan bahawa “harga jualan murah” tidak palsu.

(d) menentukan bahawa apa-apa jangka masa menjual barang-barang dengan harga jualan murah tidak melebihi jangka masa yang dinyatakan dalam notis tertakluk kepada maksimum 30 hari.

(e)      menentukan barang-barang sentiasa ada semasa jualan murah berlangsung.

(f) semasa dalam tempoh jualan murah, bertanggungjawab menentukan barang-barang yang dijual dengan “harga jualan murah”:-

(i) mempunyai kualiti boleh dagang;

(ii) sesuai/layak untuk tujuannya; dan

(iv) diberikan waranti atau jaminan.
5.3 Prosedur untuk diikuti selepas jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah”:-

(a) menentukan tidak ada lagi penunjukan atau perbahasaan mengenai “harga jualan murah” digunakan atau diberikan.

(b) menyelenggara dan menyimpan rekod yang benar dan lengkap berkaitan barang-barang yang dibekalkan dengan “harga jualan murah” bagi tempoh satu tahun dari tarikh bermulanya jualan murah untuk membolehkan semakan dibuat oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa.

(c) dalam hal penjual runcit yang menjual barang-barang kepadanya “harga jualan murah” telah ditandakan oleh pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong, penjual runcit itu tidak boleh menjual barang-barang tersebut dengan satu harga yang lebih tinggi daripada “harga jualan murah” yang telah ditandakan oleh pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong pada barang-barang itu.

6. PROSEDUR YANG PERLU DIIKUTI OLEH PENGILANG, PENGELUAR, PENGIMPORT ATAU PEMBORONG APABILA MENJUAL BARANG-BARANG DENGAN “HARGA JUALAN MURAH” MELALUI BERBAGAI SALURAN RUNCIT

Mana-mana pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong yang hendak menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” melalui berbagai saluran runcit adalah dikehendaki mematuhi prosedur-prosedur berikut:

6.1. Prosedur yang perlu diikuti sebelum menjual barang-barang dengan “harga jualan murah”:

a) menyelenggara rekod yang benar dan lengkap berkaitan harga barang-barang bagi tempoh enam bulan terdahulu yang ditawar di premis yang sama.  Ini ditetapkan di bawah Peraturan dan bagi memudahkan tugas pemeriksaan yang akan dijalankan oleh pegawai penguatkuasa dan bagi membuktikan harga paling rendah selama 28 hari berterusan dalam tempoh enam bulan dahulunya.

b) menentukan jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” tidak melebihi 30 hari.

c) menentukan barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah”.

d) menentukan “harga yang ditawarkan dahulu” bagi barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah” itu adalah harga paling rendah yang disyorkan kepada peruncit, untuk dibekal atau ditawar untuk dibekalkan, selama 28 hari berterusan dalam tempoh 6 bulan terdahulu.  Harga paling rendah ini adalah tidak termasuk harga jualan murah yang diadakan dalam tempoh 6 bulan tersebut:

e) menentukan “notis” untuk mengadakan jualan murah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan lengkap dan diserahkan kepada Penolong Pengawal Perihal Dagangan tidak lewat daripada 14 hari sebelum jualan murah berlangsung.

f) menyerahkan notis sama ada dengan menghantar sendiri atau dihantar melalui “Pos berdaftar”

g) menentukan nombor pendaftaran jualan murah diperolehi dan dicatatkan di dalam semua pengiklanan yang dibuat berhubung barang tersebut.

h) menentukan “harga yang ditawarkan dahulu” dan “harga jualan murah” dan “nombor pendaftaran jualan murah” dicatatkan ke atas barang yang dijual dengan “harga jualan murah”, beg atau pembungkusnya.

i) menentukan kadar potongan atau pengurangan harga tidak disiarkan atau dinyatakan dalam apa jua pengiklanan yang dibuat berhubung dengan jualan murah yang diadakan.

j) menentukan jualan dengan “harga jualan murah” tidak melebihi 5 kali dalam satu tahun kalender, yang mana 3 jualan murah adalah tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan.  Tempoh baki 2 jualan murah adalah di atas pilihan pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong yang boleh diadakan di luar tempoh yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan itu.

6.2. Prosedur yang perlu diikuti semasa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah”:

a) menentukan bahawa stok barang-barang yang dijual dengan “harga jualan murah” sentiasa ada dalam tempoh jualan murah.

b) menentukan “harga jualan murah” itu tidak palsu.

c) menentukan bahawa jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” tidak melebihi 30 hari.  Walau bagaimanapun, mana-mana penjual runcit yang memiliki stok barang-barang  yang kepadanya “harga jualan murah” ditandakan oleh pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong boleh terus dijual dengan “harga jualan murah” dengan syarat peruncit tidak menjualnya dengan satu harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditandakan oleh pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong.

d) semasa dalam tempoh jualan murah, bertanggungjawab menentukan barang-barang yang dijual dengan “harga jualan murah”;

i) mempunyai kualiti boleh dagang;
ii) sesuai/layak untuk tujuannya; dan
iii) diberikan waranti atau jaminan.
6.3. Prosedur untuk diikuti selepas jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah”;

a) tidak terus membekal kepada penjual runcit atau mana-mana orang barang-barang yang “harga jualan murah” telah ditandakan pada barang-barang itu.

b) menyelenggara dan menyimpan rekod yang benar dan lengkap berkaitan barang-barang yang dibekalkan dengan “harga jualan murah” bagi tempoh satu tahun dari tarikh bermulanya jualan murah untuk membolehkan semakan dibuat oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa.

c) seorang pruncit yang menjual barang-barang yang kepadanya “harga jualan murah” telah diletakkan oleh pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong boleh terus dijual oleh peruncit dengan harga yang ditandakan itu.  Walau bagaimanapun, mana-mana orang yang menjual barang-barang yang kepadanya “harga jualan murah” telah ditandakan oleh pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong, mengikut mana yang berkenaan, tidak boleh menaikkan harga barang-barang itu.

7. PROSEDUR YANG PERLU DIIKUTI OLEH SESEORANG YANG HENDAK MENGADAKAN “JUALAN GUDANG” (WAREHOUSE SALE)

Mana-mana orang yang mempunyai gudang dan hendak mengadakan “Jualan Gudang” atau “Warehouse Sales” adalah juga ditakrifkan sebagai mengadakan jualan dengan harga jualan murah dan adalah dikehendaki mematuhi prosedur-prosedur berikut:

7.1. Prosedur yang perlu diikuti sebelum menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” melalui “Jualan Gudang” atau “Warehouse sales”:

a) menyelenggara rekod yang benar dan lengkap berkaitan harga barang-barang bagi tempoh enam bulan terdahulu yang ditawar di premis yang sama.  Ini adalah ditetapkan di bawah Peraturan dan bagi memudahkan tugas pemeriksaan yang akan dijalankan oleh pegawai penguatkuasa dan bagi membuktikan harga paling rendah selama 28 hari berterusan dalam tempoh enam bulan dahulunya.

b) menentukan jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” tidak melebihi 30 hari.

c) menentukan barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah” tidak kurang daripada 70% dari kesemua barang-barang yang biasanya disimpan dalam gudang.
d) menentukan “harga yang ditawarkan dahulu” bagi barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah” itu adalah harga paling rendah yang disyorkan kepada peruncit, dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan, selama 28 hari berterusan dalam tempoh 6 bulan terdahulu.  Harga paling rendah ini adalah tidak termasuk harga jualan murah yang diadakan sama dalam tempoh 6 bulan tersebut.

e) menentukan “notis” untuk mengadakan jualan murah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan lengkap dan diserahkan kepada Penolong Pengawal Perihal Dagangan tidak lewat daripada 14 hari sebelum jualan murah dimulakan.

f) menyerah notis sama ada dengan menghantar sendiri atau dihantar melalui “Pos Berdaftar”.

g) menentukan nombor pendaftaran jualan murah diperolehi dan dicatatkan di dalam semua pengiklanan yang dibuat berhubung barang tersebut.

h) menentukan hanya “harga yang ditawarkan dahulu” dan “harga jualan murah” sahaja dicatatkan ke atas barang yang dijual dengan “harga jualan murah” beg atau pembungkusnya.

i) menentukan kadar potongan atau pengurangan harga tidak disiarkan atau dinyatakan dalam apa jua pengiklanan dalam apa-apa juga media yang dibuat berhubung dengan jualan murah yang diadakan termasuk di tapak di mana jualan itu diadakan.

j) jualan gudang adalah juga dianggap jualan dengan “harga jualan murah” dan tertakluk kepada syarat tidak melebihi 5 kali dalam satu tahun kalendar, yang mana 3 jualan murah adalah tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan.  Tempoh baki 2 jualan murah adalah di atas pilihan sendiri yang diadakan di luar tempoh yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan itu.

k) mengadakan “Jualan Gudang” di kawasan gudang atau di mana-mana kawasan yang dibenarkan oleh Penolong Pengawal Perihal Dagangan.

7.2. Prosedur yang perlu diikuti semasa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” melalui “Jualan Gudang” atau “Warehouse Sales”:

a) menunjukkan/mempamerkan “harga yang ditawarkan dahulu” dan “harga jualan murah” ke atas barang-barang yang ditawarkan dengan “harga jualan murah”.  Dalam keadaan di mana barang-barang itu terlalu kecil sehingga sukar untuk menandakan harga-harga berkenaan, adalah memadai harga-harga berkenaan dipamerkan pada satu peragaan yang diletakkan berdekatan barang-barang berkenaan.  “Harga yang ditawarkan dahulu” adalah sepertimana yang dijelaskan di perenggan 5(1)(d) Garis Panduan ini.
b) menentukan bahawa barang-barang yang dijual dengan “harga jualan murah” sentiasa ada dalam tempoh jualan murah;

c) menentukan “harga jualan murah” itu tidak palsu;

d) menentukan bahawa jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam notis tertakluk kepada maksimum 30 hari.

e) semasa dalam tempoh jualan murah, bertanggungjawab menentukan barang-barang yang dijual dengan “harga jualan murah”:

i) mempunyai kualiti boleh dagang;
ii) sesuai/layak untuk tujuannya; dan
iii) diberikan waranti atau jaminan.

7.3. Prosedur untuk diikuti selepas jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” :

a) menentukan tidak lagi ada apa-apa penunjukan atau perbahasan mengenai “Jualan Gudang” digunakan atau diberikan;

b) menyelenggara dan menyimpan rekod yang benar dan lengkap berkaitan berang-barang yang dibekalkan semasa “Jualan Gudang” bagi tempoh satu tahun dari tarikh bermulanya jualan itu untuk membolehkan semakan dibuat oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa.
8. PROSEDUR YANG PERLU DIIKUTI OLEH SYARIKAT-SYARIKAT JUALAN LANGSUNG APABILA MENJUAL BARANG-BARANG DENGAN “HARGA JUALAN MURAH” MELALUI PENGEDAR-PENGEDARNYA.

Syarikat Jualan Langsung yang hendak menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” melalui pengedar-pengedarnya adalah dikehendaki mematuhi prosedur-prosedur seperti berikut:

8.1. Prosedur yang perlu diikuti sebelum menjual barang-barang dengan “harga jualan murah”;

a) menyelenggara rekod yang benar dan lengkap berkaitan harga barang-barang bagi tempoh enam bulan terdahulu yang ditawar kepada pengedar-pengedar di premis yang sama.  Ini ditetapkan di bawah peraturan dan bagi memudahkan tugas pemeriksaan yang akan dijalankan oleh pegawai Penguatkuasa dan bagi membuktikan harga paling  rendah selama 28 hari berterusan dalam tempoh enam bulan dahulunya.

b) menentukan jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” tidak melebihi 30 hari.
c) menentukan barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah”

d) menentukan “harga yang ditawarkan dahulu” bagi barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah” itu adalah harga paling rendah yang disyorkan kepada pengedar-pengedar untuk dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan, selama 28 hari berterusan dalam tempoh 6 bulan terdahulu.  Harga paling rendah ini adalah tidak termasuk harga jualan murah yang diadakan di premis yang sama dalam tempoh 6 bulan tersebut.

e) menentukan “notis” untuk mengadakan jualan murah diisi dengan maklumat-maklumat yang benar dan lengkap dan diserahkan kepada Penolong Pengawal Perihal Dagangan tidak lewat daripada 14 hari sebelum jualan murah dimulakan.

f) menyerahkan notis sama ada dengan menghantar sendiri atau dihantar melalu “Pos Berdaftar”.

g) menentukan nombor pendaftaran jualan murah diperolehi dan dicatatkan di dalam semua pengiklanan yang dibuat berhubung barang tersebut.

h) menentukan “harga yang ditawarkan dahulu” dan “harga jualan murah” dan nombor pendaftaran jualan murah dicatatkan ke atas barang yang dijual dengan “harga jualan murah”, beg atau pembungkusnya.

i) menentukan kadar potongan atau pengurangan harga tidak disiarkan atau dinyatakan dalam apa-apa pengiklanan yang dibuat berhubung dengan jualan murah yang diadakan.

j) menentukan jualan dengan “harga jualan murah” tidak melebihi 5 kali dalam satu tahun kalendar, yang mana 3 jualan murah adalah tertakluk kepada 3 kali yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan.  Tempoh baki 2 jualan murah adalah di atas pilihan syarikat yang boleh diadakan di luar tempoh yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan itu.

8.2. Prosedur yang perlu diikuti semasa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah”;

c) menentukan bahawa barang-barang yang dijual dengan “harga jualan murah” sentiasa ada dalam tempoh jualan murah.

d) menentukan “harga jualan murah” itu tidak palsu.

e) menentukan bahawa jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” tidak melebihi 30 hari.  Walau bagaimanapun, mana-mana pengedar-pengedar yang memiliki atau menyimpan stok barang-barang yang kepadanya “harga jualan murah” ditandakan oleh syarikat jualan langsung boleh terus dijual dengan “harga jualan murah” dengan syarat pengedar-pengedar tidak menjualnya dengan satu harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditandakan oleh syarikat jualan langsung.

f) semasa dalam tempoh jualan murah, bertanggungjawab menentukan barang-barang yang dijual dengan “harga jualan murah”:

i) mempunyai kualiti boleh dagang;
ii) sesuai. layak untuk tujuannya; dan
iii) diberikan waranti atau jaminan.

8.3. Prosedur untuk diikuti selepas jangka masa menjual barang-barang dengan “harga jualan murah”:

a) tidak terus membekal kepada pengedar-pengedarnya atau mana-mana orang barang-barang yang “harga jualan murah” telah ditandakan pada barang-barang itu.

b) menyelenggara dan menyimpan rekod yang benar dan lengkap berkaitan barang-barang yang dibekalkan dengan “harga jualan murah” bagi tempoh satu tahun dari tarikh bermulanya jualan murah untuk membolehkan semakan dibuat oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa.

c) pengedar yang menjual barang-barang yang  kepadanya “harga jualan murah” telah diletakkan oleh syarikat jualan langsung boleh terus menjual barang-barang itu dengan harga yang ditandakan oleh syarikat jualan langsung.  Walau bagaimanapun, mana-mana orang yang menjual barang-barang yang kepadanya “harga jualan murah” telah ditandakan oleh syarikat jualan langsung tidak boleh menaikkan harga barang-barang itu.

d) Syarikat Jualan Langsung tidak boleh menjual atau menerima pesanan dari pengedar-pengedarnya bagi barang-barang yang ditawarkan dengan “harga jualan murah” selepas tempoh yang dinyatakan (terhad kepada 30 hari) dalam notis.
9. “PENGHABISAN STOK” ATAU “STOCK CLEARANCE”

9.1. Peniaga-peniaga yang hendak menghabiskan stok barang-barangnya atau “Stock Clearance” boleh berbuat demikian tanpa perlu mematuhi Peraturan-Peraturan ini jika ia benar-benar hendak menghabiskan stoknya, dengan syarat-syarat berikut:

i) tidak ada apa-apa perbandingan atau pengurangan harga dibuat ke atas barang-barang tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

ii) menandakan barang-barang tersebut dengan satu harga sahaja.

iii) tidak ada perbahasaan yang boleh ditakrifkan sebagai “Jualan Murah” digunakan seperti “JUALAN PENGHABISAN STOK”, rujuk perenggan 2 Garis Panduan ini.

iv) semua barang-barang yang berada dalam premis tersebut hendaklah terlibat dalam “penghabisan stok” itu.

v) barang-barang yang hendak dihabiskan stoknya, jika tidak dapat dijual (tidak laku) boleh dijual semula selepas itu dengan harga biasa seperti sebelum “penghabisan stok” diadakan.

9.2. Jika “penghabisan stok” atau “stock clearance” dilaksanakan tanpa mematuhi subperenggan 9.1 di atas, ianya akan dianggap sebagai “jualan murah” dan dengan itu Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 ini hendaklah dipatuhi.
10. PENYERAHAN NOTIS

10.1. Notis untuk menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 ini hendaklah diserahkan secara menyampaikan sendiri atau menghantarnya melalui “POS BERDAFTAR” kepada Penolong Pengawal Perihal Dagangan di kawasan di mana barang-barang yang hendak dijual dengan “harga jualan murah” hendak diadakan.  Pengecualian adalah diberikan bagi rangkaian kedai (chain stores) yang mana prosedur yang dinyatakan di perenggan 5.1(f)(ii) adalah terpakai.

10.2. Notis yang dimaksudkan hendaklah seperti Borang di Jadual kepada Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 yang hendaklah diserahkan tidak lewat daripada 14 hari sebaik sahaja sebelum tarikh jualan dengan “harga jualan murah” bermula.

10.3. Pengilang, pengeluar, pengimport atau pemborong yang bercadang untuk menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” yang dibuat melalui saluran-saluran runcit, hanya perlu menyerahkan satu notis kepada mana-mana Penolong Pengawal Perihal Dagangan.

10.4. Pihak yang menyerahkan notis untuk menjual barang-barang dengan “harga jualan murah” hendaklah menentukan nombor pendaftaran jualan murah diberikan oleh Penolong Pengawal Perihal Dagangan yang menerima notis tersebut.

11. HAL-HAL LAIN
11.1 Garis Panduan ini adalah merupakan panduan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai suatu interpretasi Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997.

11.2 Garis Panduan ini boleh dipinda pada bila-bila masa.

11.3 Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai Garis Panduan ini bolehlah dikemukakan kepada :

Ketua Pengarah Penguatkuasa,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 2 & 3, Lot 2G3, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA

Telefon : 03-88825500 Atau Faksimili : 03-88826171

SYARIKAT DIBATAL LESEN KERANA PENYALAHGUNAAN GORES MENANG

Posted in Uncategorized with tags on July 2, 2008 by sya77

SYARIKAT DIBATAL LESEN KERANA PENYALAHGUNAAN GORES MENANG

1.CITISONIC MARKETING SERVICES 931360

No. 63, Tingkat 2, Jalan SS 25/2,
Taman Bukit Emas,
47301 Petaling Jaya.

2. SURE ADVANTAGE SDN BHD 931416

32, Tingkat 1,
Jalan Medan Saujana 2,
Medan Saujana, Kamunting,
34600 Perak.

3. SCS GOLDEN SDN BHD 931506

01-03, 1st Floor, jalan Ismail,
84000 Muar Johor

4. SINURI MARKETING SDN HD 931487

35, Tingkat 1, Jalan USJ 10/10,
47620 Subang Jaya, Selangor

5. WIJAYA MARKETING SDN BHD 931523

No 18-01-02, Jalan Molek 1/13,
Taman Molek, 81100 Johor Bharu,
Johor

6. HAXONIC SUPPLY SDN BHD 931516

8-02, Jalan Seri Perkasa 2/18,
Taman Tampoi Utama, 81200
Johor

7. WIDURI MARKETING SDN BHD 931532

No.471-A,Jalan Permatang Rawa,
Bandar Perda, Bukit Mertajam,
14000 Pulau Pinang.

8. IVORY -ED SDN BHD 931491

55-A, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Taman Tasek Baru, 31400, Ipoh