Archive for November, 2008

Kesempurnaan Manusia Dalam Perniagaan

Posted in Uncategorized with tags on November 15, 2008 by sya77

Premium beautiful/korset/hai-o admin resource

Dalam linkungan kehidupan terdapat 2 hubungan yang harus kita jaga dengan baik. Iaitu “HUBUNGAN DENGAN PENCIPTA DAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA”. Jika kita melanggar hubungan dengan pencipta, kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan memohon ampun terus dengan pencipta. Bagaimana pula hubungan dengan manusia. Adakalanya kita terlupa batas-batas pergaulan dan mengendahkan¬†sikap dan sifat terhadap manusia. Sebab itulah ada antara kita sering melanggar hak manusia. Mempertikaikan hak dan kreadibiliti, bermusuhan, dengki, pecah amanah, berkata kesat, memberi pelbagai tomahan dan fitnah. Dalam kita berniaga, sikap dan sifat haruslah bersandarkan kepada agama.

SULITNYA MENJAGA HATI

Hati ini amat seni sekali

perasaan halusnya

payah dikesan

sulit dikuasai

berbolak balik setiap hari

Berubah-ubah setiap waktu

perjalanannya tidak menentu

sulit hendak didisiplinkan

inilah antara keajaiban hati

kerana itulah kita disuruh berhati-hati

kerana dari sini sumber kekuatan aktiviti atau sebaliknya

Nukilan Khas untuk para manusia terutama ahli hai-o marketing