Archive for March, 2009

Produk MAHARANI dari Hai-O Marketing

Posted in Uncategorized on March 30, 2009 by sya77

Sebuah Petikan Ringkas Pengalaman Pengguna Hai-O Marketing:

Pn Rosnah Says :

Ibu mertua saya telah mengalami menopaus dan beliau sering mengalami masalah sakit badan daripada paras pinggang hingga ke kaki. Saya telah menghadiahkan ibu satu (1) set pakaian dalam premium beautiful hai-O Marketing dimana saya berharap mungkin pakaian ini boleh membantu melegakan kesakitan yang dialami olehnya. Soalan saya apakah produk Maharani Hai-o Marketing sesuai digunakan oleh wanita yang telah menghadapai menopaus ini atau adakah pil herba lain yang sesuai untuk beliau.. terima kasih.

Chinese physician answer:

Rosnah,
Terima kasih kerana memilih produk Hai-O Marketing.

Ya. Herba Maharani memang sesuai untuk ibu anda yang dalam peringkat menopaus. Tambahan pula, ia juga melegakan kesakitan pinggang dan belakang.

Herba Maharani menguatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin serta meningkatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, produk ini turut membantu mencegah osteoporosis yang dihadapi oleh mereka yang telah henti haid.

Pengambilan yang berterusan menjadikan seseorang itu lebih bersemangat, bertenaga dan aktif. Ia sesuai dimakan oleh mereka yang telah berumur 50, 60, 70 malahan 80 tahun

Ain Says:

Saya sudah menggunakan produk premium beautiful Hai-o marketing hampir 2 tahun tetapi tiada sebarang perubahan dapat dilihat pada berat badan saya. Bagaimanakah cara pemakaian yang disarankan untuk mendapatkan kesan yang optimum khususnya dalam menurunkan berat badan?

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,

Anda mesti memastikan yang anda memakai saiz Premium Beautiful yang betul. Selain itu, anda mesti memakai ketiga-tiga bra + waist nipper + long girdle selama 8 jam setiap hari, bukan untuk beberapa jam sahaja.

Pada masa yang sama, anda diingatkan untuk menjaga pemakanan anda. Makan secara biasa untuk 3 meal sehari. Sesetengah orang akan makan tanpa terkawal selepas menanggalkan set Premium Beautiful mereka, dan ini akan mensia-siakan segala usaha mereka.

Jika anda telah mencuba cara-cara yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah seperti berikut (yang mana sesuai) supaya mengurangkan berat badan anda:
(1) Jika anda gemar makan daging atau mempunyai masalah sembelit, anda dinasihatkan untuk mengambil Imperial Tea atau Garam Buluh;
(2) Jika anda mempunyai perut buncit, anda dinasihatkan untuk mengambil N-Plus

mylla Says:

hi..saya mylla dr sabah, mo tanya ada anak buah saya tidak teratur peredaran haid, kadang 2 bulan sekali dtg haid? adakah maharani blh solve masalah ni?

dan adakah product hai-o blh buang toksin dlm badan seterusnya menghilang penyakit gatal-gatal pada kulit, jenis biji-biji di kulit dan berair

tq atas bantuan anda

Chinese physician answer:

Cik Mylla,

1. Masalah haid yang tidak teratur.
Kitaran haid dikira normal jika ia adalah tetap pada sekali sebulan / sekali setiap 2 bulan.

Herba Maharani memang boleh membantu menyelesaikan masalah peredaran haid yang tidak teratur, masalah senggugut, keputihan, sakit pinggang & belakang, menghilangkan keletihan dan sebagainya.

Cara pengambilan : anda dinasihatkan untuk mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1/2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan. Kesan produk boleh dirasai selepas 2/3 bulan.

Nota :
Jika rasa badan ‘panas’ selepas makan, anda boleh menggunakan satu daripada cara yang berikut :
(a) minum air garam
(b) makan separuh biji (25 biji kecil) setiap kali

2. Untuk masalah gatal-gatal pada kulit, biji-biji kulit dan berair.
Produk Hai-O Bamboo Salt sesuai untuk menyelesaikan masalah ini kerana sifat menyahtoksin yang baik.

Cara pengambilan : ambil sebungkus Hai-O Bamboo Salt Premier Drink, dicampur dengan air suam (~200 ml) dan minum sekali pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan malam (sebelum tidur) = 2 kali sehari. Pada masa yang sama, sapukan air garam buluh pada tempat gatal & tempat bertumbuhnya biji-biji kulit untuk membantu membasmi kuman.

Penggunaan air garam buluh secara dalaman dan luaran akan membantu menyelesaikan masalah kulit dengan berkesan.

suriani Says:

Terima kasih dr dengan jawapan anda. Saya amat menghargainya. Produk Biodex ni banyak, yg saya ambil:
1- Body Lift ( Soya protein, Oligosaccharides, Crystaline Fructose, Soy Lecithin, Coarce ice Powder, Psylium Husk, Coco Powder, L-Glutamine, Colostrums Milk, Green Tea extract and Guar Gum ) diambil 1 sachet setiap sebelum sarapan, setengah jam kemudian baru isi perut. untuk membersihkan tiup falopio, menagtasi senggugut dan period.
2- Supreme diet perisa coklat ( lebih 20 enzim, mineral, za dan vitamin ) saya ambil dalam pukul 7-8pm. kadang2 tu saya ambil waktu tgh. untuk kesuburan.
3- Manja Prune (manjakani, kurma, sprulina, rune, klorofil, madu ) saya ambil waktu petang. yuntuk menguatkan rahim.
4- Woman lobata ( radix pueraria lobata )

Dr. bila waktu yang sesuai untuk saya mengambil semula herba maharani? Saya haid pada 25hb.Mac, dan masih ada sampai ke hari ini ( 6 hari ).

Chinese physician answer:

Cik Suriani,

Untuk menambahkan peluang mengandung, anda perlu memastikan peredaran haid anda menjadi tetap terlebih dahulu.

Cara pengambilan Herba Maharani :
Ambil selepas period, 1 biji bola kuning (=50 biji hitam yang kecil) setiap hari & berterusan selama 6 hari. Selepas itu, hentikan pengambilan dan tunggu sehingga selepas period anda yang seterusnya dan amalkan cara pengambilan yang sama. Anda perlu mengamalkannya secara berterusan untuk suatu tempoh masa. Biasanya selepas 2/3 bulan (bergantung kepada individu), keberkesanan produk dapat dirasai.

Herba Maharani membantu mengawalatur masalah peredaran haid dan membekalkan nutrien kepada badan, jadi sesetengah pelanggan kami mendapati ia boleh membantu mereka mengandung.

Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama.

(1) Kebaikan Herba Maharani :
(a) Melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
(b) Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
(c) Melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
(d) Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
(e) Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
(f) Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme

Kebaikan-kebaikan yang dinyatakan di atas adalah kerana Herba Maharani terdiri daripada bahan-bahan bernilai seperti :
(a) Gallus Gallus Domesticus (ayam hitam) yang membantu menguatkan badan dan baik untuk mereka dengan badan yang lemah, mudah rasa letih dan menghadapi masalah wanita seperti kesakitan haid
(b) Ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan herba-herba tradisional Cina lain yang menambahkan tenaga & darah, melegakan kesakitan haid, menghilangkan keletihan dan sebagainya

(2) Herba Maharani membantu anda mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap & menguatkan badan. Jadi, ia menambahkan peluang untuk mengandung.

(3) Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein. Anda juga perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :
(a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji hitam kecil
(b) Minum air garam semasa mengambil Herba Maharani

(4) Pengambilan 6 hari berterusan selepas period boleh membantu menguatkan tubuh dan membekalkan nutrien kepada badan sebelum waktu pengovulan. Walau bagaimanapun, cara pengambilan Herba Maharani juga bergantung kepada kemampuan, keadaan dan ketahan badan individu. Jika tiada masalah ‘heaty’ selepas anda makan berterusan selepas period anda kali ini dan sehingga period yang seterusnya (sila rujuk semula kepada email saya sebelum ini), anda boleh makan mengikut cara ini, dan tidak terhad kepada 6 hari sahaja.

Nota : Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama, cuma diingatkan makan produk-produk ini pada waktu yang berasingan. Jika anda terasa sebarang ketidakselesaan, anda dinasihatkan agar mengambil Herba Maharani secara selang hari.

Harap maklumat di atas dapat membantu anda sebagai pengguna produk Hai-O Marketing. Sekian, terima kasih.

Update wordpress Automatik

Posted in Uncategorized on March 26, 2009 by sya77

Automatic Blog - Automated Blog Posting WordPress Plugin

Affiliate (agen online) Premium beautiful Hai O Marketing

Posted in Uncategorized on March 26, 2009 by sya77

Dalam fikiran saya, saya memikirkan ada tak sesiapa yang dapat menjalankan penjualan Premium Beautiful Hai o marketing dengan cara affiliates agen jualan secara online. Secara mudahnya sesiapa yang memperkenalkan laman web kepada pengunjung kemudian diikuti oleh belian pengunjung tersebut maka komisen akan diberikan kepada agen. Emmm..agak agak boleh faham tak maksud saya ?.

Contohnya begini, seorang penjual premium beautiful yang berdaftar membeli harga premium beautiful dengan harga RM2000. Setiap belian premium beautiful tersebut akan dijual secara online dengan harga katakan RM2500. Di dalam perniagaan online secara tidak langsung ia memerlukan sebuah laman web bagi mempromosikan premium beautiful tersebut. Maka keuntungan bersih setiap set premium beautiful adalah RM 500.00. bagi membantu seseorang yang tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menjadi agen hai o marketing secara sah ataupun yang tidak dapat membeli set premium beautiful maka mereka boleh menjadi sub agen dengan diberi komisen sebanyak RM100 bagi setiap jualan yang terhasil. Oleh itu penjual terbabit perlu menyediakan kemudahan kepada sub agen (sub Affiliate) dengan memberikan laman web percuma dan sama dengan laman web yang asal bagi memudahkan mereka mempromosikan laman web tersebut.

Sebagai contoh yang nyata sila perhatikan web jualan berikut :

Apakah Eruwan Gerry Affiliates?

J1: Eruwan Gerry Affiliates merupakan program affiliate yang memberikan ganjaran komisen di antara yang tertinggi di Malaysia dan juga memberikan pendidikan internet secara percuma kepada ahli-ahlinya.

S2: Apakah syarat-syarat untuk menyertai Eruwan Gerry Affiliates?

J2: Program Eruwan Gerry Affiliates dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki akaun bank di dalam Malaysia.

S3: Adakah selamat untuk menyertai program Eruwan Gerry Affiliates?

J3: Program ini dijamin selamat kerana ianya dimulakan dan diuruskan oleh Eruwan Gerry Norsen iaitu nama yang tidak asing di dalam dunia perniagaan internet Malaysia. Anda boleh mengunjungi laman web utama kami di http://www.RahsiaRajaLelong.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Eruwan Gerry.

S4: Berapakah produk jualan yang terdapat di dalam program Eruwan Gerry Affiliates?

J4: Pada masa ini, terdapat 6 produk yang boleh anda promosikan untuk mendapat komisen. Kami akan menambahkan produk-produk terbaru dari masa ke semasa.

S5: Berapakah komisen yang boleh saya perolehi di dalam Eruwan Gerry Affiliates?

J5: Komisen produk paling rendah adalah RM30 dan yang tertinggi adalah RM100. Ini bermaksud dengan kejayaan menjual hanya satu produk sahaja, anda sudah mampu mendapat komisen minima RM30 atau maksima RM100.

S6: Bilakah komisen Eruwan Gerry Affiliates akan dibayar?

J6: Komisen akan dibayar pada 1hb dan 15hb pada setiap bulan melalui pemindahan wang ke akaun bank yang telah anda daftarkan. Bank yang kami gunakan adalah Maybank. Pemindahan wang komisen ke bank-bank selain Maybank mungkin akan mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada bank yang anda gunakan.

S7: Bagaimana jika saya tidak memiliki sebarang akaun bank?

J7: Kami sarankan yang anda cuba mendaftarkan satu akaun bank kerana pada masa ini, pembayaran komisen hanya akan dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun bank.

S8: Bolehkah saya yakin dengan perisian program affiliate yang anda gunakan untuk mendaftarkan setiap penjualan dan komisen saya dengan tepat?

J8: Sudah tentu boleh! Kami menggunakan perisian program affiliate Post Affiliate Pro yang merupakan di antara program affiliate terbaik di dunia. Perisian Post Affiliate Pro telah dihasilkan oleh syarikat perisian yang sah dan terkemuka. Oleh itu, anda boleh menyakini kewibawaan perisian ini di dalam merekod segala usaha dan keuntungan anda. Tidak seperti perisian program affiliate yang dihasilkan oleh individu yang berkemungkinan besar mempunyai kesilapan dari segi pengaturcaraan perisian dan kekurangan dari segi keselamatan, perisian yang kami gunakan adalah tepat dan selamat.

S9: Bagaimanakah anda merekod penjualan saya?

J9: Perisian program affiliate kami mendaftarkan kejayaan jualan anda dengan menggunakan “cookie”. Perisian kami akan meninggalkan “cookie” atau kod yang telah didaftarkan di atas nama anda di dalam komputer pengunjung yang mengunjungi laman web kami melalui pautan affiliate anda. “Cookie” ini akan dikesan oleh kod pengawalan kami di dalam ruangan download produk. Dengan ini, kejayaan jualan anda akan dikesan dengan mudah. Dalam erti kata lain, tidak ada sebarang ruang untuk penipuan di dalam program affiliate kami. Jika anda yang menghantar seseorang pelanggan untuk membeli daripada kami, maka kami akan pastikan yang anda AKAN mendapat komisen di atas usaha anda tadi!

S10: Bagaimanakah cara untuk mempromosikan produk-produk Eruwan Gerry Affiliates?

J10: Di dalam ruangan pendidikan affiliate kami, anda akan menerima pendedahan cara-cara yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk-produk kami. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika anda langsung tidak memiliki sebarang pengetahuan pemasaran affiliate. Kami akan membantu anda untuk mencapai kejayaan dengan cepat.

S11: Adakah anda menjamin yang saya akan berjaya di dalam program Eruwan Gerry Affiliates?

J11: Walaupun kami sudah menyediakan pelan pendidikan sebaik yang mungkin untuk anda, kami tidak boleh menjamin kejayaan anda. Kejayaan anda akan bergantung kepada sebanyak mana usaha yang telah anda curahkan untuk berjaya. Jika anda tidak memberikan sebarang usaha, maka anda tidak akan mendapat sebarang pulangan. Apa yang boleh kami jamin adalah dengan mengikuti pelan pendidikan kami dengan berterusan, maka anda akan dapat mencapai kejayaan dengan lebih cepat berbanding jika anda melakukannya secara seorang diri.

S12: Apakah bentuk komisen yang program anda berikan?

J12: Komisen yang kami berikan adalah berdasarkan pay-per-sale atau komisen-atas-jualan. Anda cuma akan mendapat komisen sekiranya pengunjung yang anda hantar ke laman web kami melakukan pembelian. Jika tiada pembelian, maka tiada komisen.

S13: Berapa lamakah jangka hayat “cookie” yang program anda berikan kepada komputer pengunjung?

J13: Jangka hayat “cookie” kami adalah infinite atau tiada tarikh luput. Selagi pengunjung tersebut tidak membuang atau delete cookie tersebut dari komputer mereka, maka anda akan mendapat komisen daripada pembelian mereka walaupun mereka membeli 1 tahun selepas anda mempromosi kepada mereka.

S14: Adakah saya perlu membayar untuk menyertai Eruwan Gerry Affiliates?

J14: Tidak! Penyertaan adalah PERCUMA. Malah kami yang perlu melaburkan duit untuk memberikan pendidikan affiliate dan internet kepada anda supaya anda boleh berjaya.

S15: Saya berminat! Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

J15: Untuk menyertai Eruwan Gerry Affiliates, anda perlu memberikan butir-butiran anda di dalam laman web pendaftaran kami. Setelah mendaftar, maklumat lanjut beserta password akaun anda akan diberikan melalui email yang telah anda daftarkan. Untuk memudahkan pemahaman anda, berikut merupakan video panduan pendaftaran. (daftar disini untuk menjadi agen affiliate Eruwan)

Saya mengharapkan agar ada sesiapa yang tampil dengan pembaharuan untuk mempromosikan premium beautiful dengan lebih interaktif.

Jawab Soalan Survey Untuk Ahli

Posted in Uncategorized on March 25, 2009 by sya77

Sambil meninjau-ninjau laman web dan blog-blog yang interaktif dan menarik perhatian saya. Terpandang pula pada satu laman web survey yang boleh menghilangkan boring. Bila menjelajahi laman web tersebut, ia menawarkan sejumlah wang dengan hanya menjawab soalan survey. Soalan yang mudah dan cepat dijawab. Setiap survey terkandung lebih kurang 7 hingga 15 soalan. Setiap survey melayakkan kita mendapat bayaran sebanyak RM 0.50 hingga RM1.00. Setelah mencapai tahap minimum RM50 maka anda boleh nantikan kemunculan cek. Saya hanya mencuba. Dapat juga memenuhi masa yang terluang. Selepas menjawab soalan yang disediakan boleh lah mula menjual premium beautiful dari hai o marketing pulak. lagipun Premium beautiful yang hai o kasi 12 set kesemuanya telah habis terjual. Jadi sekarang baik tolong kawan-kawan seanggkatan mempromosikan premium beautiful hai o marketing dengan cara menyediakan laman web seperti ini. Ada jugalah medan untuk menjual beli dan tawar menawar. Walaupun anda tidak saya kenali, mudah mudahan anda dapat menjual dengan dan membeli secara tulus dan tidak menipu. Jagalah etika sebagai agen. Jika agen premium beautiful menunjukkan qualiti dalam perniagaan maka dapatlah kita menanamkan sifat kepercayaan kepada bakal pelanggan.

Perhatian kepada pembeli Premium Beautiful

Posted in Uncategorized on March 18, 2009 by sya77

Hari ini saya membaca komen yang dihantar oleh seorang pelanggan mengatakan bahawa penjual DDM IWAN telah menipu beliau. Saya amat kecewa jika perkara seperti ini berlaku kepada pelanggan. Berikut adalah copy paste dari pelanggan tersebut.

Comment:
Salam semua. Peringatan kpd sesiapa yg berminat utk membeli Premium Beautiful, jgn terpedaya dgn ddm iwan yg menawarkan harga lebih murah kerana dy seorg penipu. Anda tidak akan dpt PB set anda selepas membuat pembayaran. Sy sudah alami sendiri. ddm iwan tidak menghubungi sy lg selepas bayaran dibuat, tiada respon apabila sy msg dan call utk bertanyakan mengenai PB sy. Sy sudah tertipu 😦 Harap maklum).

Setelah kejadian seperti ini saya merumuskan supaya para pelanggan membuat temujanji (face to face) dan membayar secara tunai setelah barang telah diterima. Fikirkan cara terbaik agar anda tidak ditipu oleh penjual.

Untuk logik ..minimum harga premium beautiful hai o marketing adalah RM1900. Itupun agen tersebut masih mengalami kerugian. Jika jualan premium beautiful serendah harga yang dinyatakan seperti diatas. Maka anda harus berhati-hati. Jualan rendah berbanding harga minimum kemungkinan

1.Anda ditipu
2.Agen tersebut sanggup mengalami kerugian (sengaja menghabiskan barang yang disimpan)
3.Barang second hand

Bagi pihak penyedia web, saya memohon maaf atas segala kesulitan yang anda alami.