Affiliate (agen online) Premium beautiful Hai O Marketing

Dalam fikiran saya, saya memikirkan ada tak sesiapa yang dapat menjalankan penjualan Premium Beautiful Hai o marketing dengan cara affiliates agen jualan secara online. Secara mudahnya sesiapa yang memperkenalkan laman web kepada pengunjung kemudian diikuti oleh belian pengunjung tersebut maka komisen akan diberikan kepada agen. Emmm..agak agak boleh faham tak maksud saya ?.

Contohnya begini, seorang penjual premium beautiful yang berdaftar membeli harga premium beautiful dengan harga RM2000. Setiap belian premium beautiful tersebut akan dijual secara online dengan harga katakan RM2500. Di dalam perniagaan online secara tidak langsung ia memerlukan sebuah laman web bagi mempromosikan premium beautiful tersebut. Maka keuntungan bersih setiap set premium beautiful adalah RM 500.00. bagi membantu seseorang yang tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menjadi agen hai o marketing secara sah ataupun yang tidak dapat membeli set premium beautiful maka mereka boleh menjadi sub agen dengan diberi komisen sebanyak RM100 bagi setiap jualan yang terhasil. Oleh itu penjual terbabit perlu menyediakan kemudahan kepada sub agen (sub Affiliate) dengan memberikan laman web percuma dan sama dengan laman web yang asal bagi memudahkan mereka mempromosikan laman web tersebut.

Sebagai contoh yang nyata sila perhatikan web jualan berikut :

Apakah Eruwan Gerry Affiliates?

J1: Eruwan Gerry Affiliates merupakan program affiliate yang memberikan ganjaran komisen di antara yang tertinggi di Malaysia dan juga memberikan pendidikan internet secara percuma kepada ahli-ahlinya.

S2: Apakah syarat-syarat untuk menyertai Eruwan Gerry Affiliates?

J2: Program Eruwan Gerry Affiliates dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki akaun bank di dalam Malaysia.

S3: Adakah selamat untuk menyertai program Eruwan Gerry Affiliates?

J3: Program ini dijamin selamat kerana ianya dimulakan dan diuruskan oleh Eruwan Gerry Norsen iaitu nama yang tidak asing di dalam dunia perniagaan internet Malaysia. Anda boleh mengunjungi laman web utama kami di http://www.RahsiaRajaLelong.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Eruwan Gerry.

S4: Berapakah produk jualan yang terdapat di dalam program Eruwan Gerry Affiliates?

J4: Pada masa ini, terdapat 6 produk yang boleh anda promosikan untuk mendapat komisen. Kami akan menambahkan produk-produk terbaru dari masa ke semasa.

S5: Berapakah komisen yang boleh saya perolehi di dalam Eruwan Gerry Affiliates?

J5: Komisen produk paling rendah adalah RM30 dan yang tertinggi adalah RM100. Ini bermaksud dengan kejayaan menjual hanya satu produk sahaja, anda sudah mampu mendapat komisen minima RM30 atau maksima RM100.

S6: Bilakah komisen Eruwan Gerry Affiliates akan dibayar?

J6: Komisen akan dibayar pada 1hb dan 15hb pada setiap bulan melalui pemindahan wang ke akaun bank yang telah anda daftarkan. Bank yang kami gunakan adalah Maybank. Pemindahan wang komisen ke bank-bank selain Maybank mungkin akan mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada bank yang anda gunakan.

S7: Bagaimana jika saya tidak memiliki sebarang akaun bank?

J7: Kami sarankan yang anda cuba mendaftarkan satu akaun bank kerana pada masa ini, pembayaran komisen hanya akan dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun bank.

S8: Bolehkah saya yakin dengan perisian program affiliate yang anda gunakan untuk mendaftarkan setiap penjualan dan komisen saya dengan tepat?

J8: Sudah tentu boleh! Kami menggunakan perisian program affiliate Post Affiliate Pro yang merupakan di antara program affiliate terbaik di dunia. Perisian Post Affiliate Pro telah dihasilkan oleh syarikat perisian yang sah dan terkemuka. Oleh itu, anda boleh menyakini kewibawaan perisian ini di dalam merekod segala usaha dan keuntungan anda. Tidak seperti perisian program affiliate yang dihasilkan oleh individu yang berkemungkinan besar mempunyai kesilapan dari segi pengaturcaraan perisian dan kekurangan dari segi keselamatan, perisian yang kami gunakan adalah tepat dan selamat.

S9: Bagaimanakah anda merekod penjualan saya?

J9: Perisian program affiliate kami mendaftarkan kejayaan jualan anda dengan menggunakan “cookie”. Perisian kami akan meninggalkan “cookie” atau kod yang telah didaftarkan di atas nama anda di dalam komputer pengunjung yang mengunjungi laman web kami melalui pautan affiliate anda. “Cookie” ini akan dikesan oleh kod pengawalan kami di dalam ruangan download produk. Dengan ini, kejayaan jualan anda akan dikesan dengan mudah. Dalam erti kata lain, tidak ada sebarang ruang untuk penipuan di dalam program affiliate kami. Jika anda yang menghantar seseorang pelanggan untuk membeli daripada kami, maka kami akan pastikan yang anda AKAN mendapat komisen di atas usaha anda tadi!

S10: Bagaimanakah cara untuk mempromosikan produk-produk Eruwan Gerry Affiliates?

J10: Di dalam ruangan pendidikan affiliate kami, anda akan menerima pendedahan cara-cara yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk-produk kami. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika anda langsung tidak memiliki sebarang pengetahuan pemasaran affiliate. Kami akan membantu anda untuk mencapai kejayaan dengan cepat.

S11: Adakah anda menjamin yang saya akan berjaya di dalam program Eruwan Gerry Affiliates?

J11: Walaupun kami sudah menyediakan pelan pendidikan sebaik yang mungkin untuk anda, kami tidak boleh menjamin kejayaan anda. Kejayaan anda akan bergantung kepada sebanyak mana usaha yang telah anda curahkan untuk berjaya. Jika anda tidak memberikan sebarang usaha, maka anda tidak akan mendapat sebarang pulangan. Apa yang boleh kami jamin adalah dengan mengikuti pelan pendidikan kami dengan berterusan, maka anda akan dapat mencapai kejayaan dengan lebih cepat berbanding jika anda melakukannya secara seorang diri.

S12: Apakah bentuk komisen yang program anda berikan?

J12: Komisen yang kami berikan adalah berdasarkan pay-per-sale atau komisen-atas-jualan. Anda cuma akan mendapat komisen sekiranya pengunjung yang anda hantar ke laman web kami melakukan pembelian. Jika tiada pembelian, maka tiada komisen.

S13: Berapa lamakah jangka hayat “cookie” yang program anda berikan kepada komputer pengunjung?

J13: Jangka hayat “cookie” kami adalah infinite atau tiada tarikh luput. Selagi pengunjung tersebut tidak membuang atau delete cookie tersebut dari komputer mereka, maka anda akan mendapat komisen daripada pembelian mereka walaupun mereka membeli 1 tahun selepas anda mempromosi kepada mereka.

S14: Adakah saya perlu membayar untuk menyertai Eruwan Gerry Affiliates?

J14: Tidak! Penyertaan adalah PERCUMA. Malah kami yang perlu melaburkan duit untuk memberikan pendidikan affiliate dan internet kepada anda supaya anda boleh berjaya.

S15: Saya berminat! Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

J15: Untuk menyertai Eruwan Gerry Affiliates, anda perlu memberikan butir-butiran anda di dalam laman web pendaftaran kami. Setelah mendaftar, maklumat lanjut beserta password akaun anda akan diberikan melalui email yang telah anda daftarkan. Untuk memudahkan pemahaman anda, berikut merupakan video panduan pendaftaran. (daftar disini untuk menjadi agen affiliate Eruwan)

Saya mengharapkan agar ada sesiapa yang tampil dengan pembaharuan untuk mempromosikan premium beautiful dengan lebih interaktif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: