Archive for June, 2009

Menaja Premium Beautiful hai o marketing group 369 sambil berkebun

Posted in Uncategorized on June 12, 2009 by sya77

Betul betul betul. Sambil saya berkebun kat rumah pun masih ada penajaan yang berlaku oleh rakan premium beautiful group 369. Inilah kelebihan yang berlaku jika kita mengamalkan sistem multilevel berperingkat. Hari ini kita membuat sebarang penajaan ..esok kita berehat. Tetapi semasa kita berehat itulah downline kita still membuat penajaan. Win win situation..aDA KETIKA kita perlu mempunyai masa rehat yang mencukupi .sesambil melihat tanaman dan sesambil memberii makan ikan keli / tilapia ..sesambil mendengar hiruk pikuk ayam kampung yang sedang membesar seronokk gak. Tambahan pula tanah 5 ekar yang saya ada perlu diberi perhatian. Tanaman cili sudah memberi hasil. Alah ..jual 15 hengget sekilo pun dah berebut orang ndak. Itu pun tidak mencukupi. Setakat hari ini cuma 5 kilo sehari dapat dikeluarkan. jagung yang ditanam sudah lama habis..itupun nak kena tanam balik tu. Ubi ? dah ada kat bara api tu. kejap lagi boleh makan. Sayuran..berlambak dah saya tanam..jadi, tak perlu lah beli kat pasar. Bahan asas lain sumer dah ditanam. Tanah sawit 10 ekar tu nak kena pagar..senang kan lembu dan kerbau tu nak diusha. karang lepas ke kebun orang lain susah gak jadinya. Cendawan..? saya baru buat bangsalnya..tapi yang pasti penduduk kat sini (rahsia) sudah mula menempah cendawan. Walhal hasilnya tak nampak pun lagi. Baru planning..tapi tempahan dah ada..ada kelebihan juga kita berbaik dengan penduduk setempat. Nak jual produk premium beautiful hai o marketing (group 369 ) dah lama sold out. Jadi ..jual ajelah hasil kebun kat diorang. Planning ke depan masih ada lagi dalam kepala ni. Tunggu satu2 selesai. macam2 nak buat tapi yang penting dapat menjana pendapatan untuk penduduk setempat. Kalau produk yang dihasilkan berkualiti jadi banyaklah permintaan. Tambahan banyak projek boleh dihasilkan secara senang.. apa yang senang??? Saya bagi contoh..ikan keli yang dipelihara kalau dulu terpaksa kita membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membeli palet (makanan) dan diberi makan setiap hari tapi dengan adanya teknik terbaru kita tak perlu mengeluarkan duit yang banyak. Beri makan sekali dan tunggu sehingga ikan keli membesar. Nak tahu lebih lanjut ye.Begini citernya. Kita perlu menyediakan kolam keli samada dari simen/ batu bata ataupun menggunakan kanves. Kemudian kanves itu dineutralkan agar tiada bahan kimia. Untuk meneutralkan kanvas bahan diperlukan adalah seperti berikut. Cuka makan batang pisang semua bahan tadi dibiarkan dalam rendaman air yang setinggi kepala lutut orang dewasa. Setelah itu bersihkan , keluarkan semua bahan tadi.. Penyediaan Kolam Masukkan pasir + air sedalam 1 1/2 kaki ..kemudiaan masukkan makanan BIO 1(1 bag untuk 2 ribu anak ikan keli) dan masukkan pokok kiambang air + kangkung air.. biarkan selama seminggu. Selepas itu masukkan anak ikan keli. Dan tunggu sehingga kutipan hasil selama lebih kurang.. emmm sampai besarlah… tak perlu dah kasi makan.. cukuplah B1 sekali jer bagi.. Kalau bab ayam lak..kena pakai jenis kacukan.. ayam kampung + Ayam perancis.. 3 bulan dah boleh sembelih… BIla dah malam lak…kebun tu tinggalkan kendian mulalah kita membuat penajaan hai o marketing -premium beautiful bersama group 369…hidup mesti mau simple…kan?

Kejap rajin Kejap tidak

Posted in hai o marketing with tags on June 8, 2009 by sya77

Al kisah usahawan hai o marketing (premium beautiful group 369)
Ha ha..kawan saya mengeluh sakan nampaknya. Saya tersenyum dengan karenah dia. Kenapa ? soal saya. Yelah kejap rasa nak meniaga kejap rasa tak ndak. Kenapa ye ..dia soal balik saya. Emm..biar saya fikirkan jawapan yang sesuai. Saya fikir mungkin dari aspek kesihatan dia bertindak demikian. “Cuba pegi mandi sungai petang ni”. Agak-agak dia nak tak mandi sungai ?. Saya fikir mungkin dia tak nak mengikut cadangan saya tadi. Tapi jawapannya YE!.

Kat mana nak mandi ?. Emmm..kita mandi kat kebun. Kebun saya memang terdapat anak sungai yang jernih kat situ. Jadi petang nya saya membawa kawan saya tadi pegi mandi kat sungai..Alah..bukan dalam pun .Setakat lutut ada la. Tapi gembira betul dia main air. Secara berseluruh saya cakap..ko ni jenis antu air kut..terkekek kekek dia gelak. Emm suka hati betul. “kalau aku antu air ko tu dah pasti Mambang Air”. Balik2 dia kenakan balik saya. Saya pun gelak jugalah. Saya memulakan bicara ..kalau kita hendakkan satu kegembiraan.. sudah pasti kita kena mencari kegembiraan itu. Kalau suka mandi sungai ..cari sungai berdekatan dan mandi puas-puas/ kalau suka berkebun..berkebunlah..kalau suka siram bunga..siramlah.Kalau suka mengumpat…jauhilah. Saya maksudkan supaya suasana sewaktu kita malas berniaga tadi di isi dengan sesuatu yang berfaedah dan mengembirakan. Jadi tidak timbul rasa “boring dan malas”. Bila mood dah kembali ok. kita mulalah menaja dan menjual produk premium beautiful dan saling berbincang dengan group 369