Archive for the hai o marketing Category

Kejap rajin Kejap tidak

Posted in hai o marketing with tags on June 8, 2009 by sya77

Al kisah usahawan hai o marketing (premium beautiful group 369)
Ha ha..kawan saya mengeluh sakan nampaknya. Saya tersenyum dengan karenah dia. Kenapa ? soal saya. Yelah kejap rasa nak meniaga kejap rasa tak ndak. Kenapa ye ..dia soal balik saya. Emm..biar saya fikirkan jawapan yang sesuai. Saya fikir mungkin dari aspek kesihatan dia bertindak demikian. “Cuba pegi mandi sungai petang ni”. Agak-agak dia nak tak mandi sungai ?. Saya fikir mungkin dia tak nak mengikut cadangan saya tadi. Tapi jawapannya YE!.

Kat mana nak mandi ?. Emmm..kita mandi kat kebun. Kebun saya memang terdapat anak sungai yang jernih kat situ. Jadi petang nya saya membawa kawan saya tadi pegi mandi kat sungai..Alah..bukan dalam pun .Setakat lutut ada la. Tapi gembira betul dia main air. Secara berseluruh saya cakap..ko ni jenis antu air kut..terkekek kekek dia gelak. Emm suka hati betul. “kalau aku antu air ko tu dah pasti Mambang Air”. Balik2 dia kenakan balik saya. Saya pun gelak jugalah. Saya memulakan bicara ..kalau kita hendakkan satu kegembiraan.. sudah pasti kita kena mencari kegembiraan itu. Kalau suka mandi sungai ..cari sungai berdekatan dan mandi puas-puas/ kalau suka berkebun..berkebunlah..kalau suka siram bunga..siramlah.Kalau suka mengumpat…jauhilah. Saya maksudkan supaya suasana sewaktu kita malas berniaga tadi di isi dengan sesuatu yang berfaedah dan mengembirakan. Jadi tidak timbul rasa “boring dan malas”. Bila mood dah kembali ok. kita mulalah menaja dan menjual produk premium beautiful dan saling berbincang dengan group 369