Archive for the Uncategorized Category

Rantaian Kasih Hai O -premium beautiful

Posted in Uncategorized on December 10, 2013 by sya77

As salam..dan selamat sejahtera

Sudah lama admin tidak mengupdate siri-siri premium beautiful ni sekian lama. DUk berehat panjang dan membuat kerja-kerja yang saya suka. Membantu dan terus membantu. Anda semua sihat dan bahagia? Kalau tidak gembira diam-diam sudah. Mungkin anda perlu mencari kedamaian dengan cara mendekatkan diri dengan Maha Kuasa. Mohon kebaikan dan kesudahan yang baik. Teguhkan iman dan kuatkan semangat. Jatuh bangun dalam kehidupan adalah perkara biasa. Jika keadaan tersiksa jiwa raga, ucapkan syukur ..sakit senang susah payah kita perlu redha. Lebihkan senyuman dan tingkatkan sedekah. Lengkapkan dengan keimanan. Sembahyang jangan tinggal dan tambahkan dengan amalan pagi..MAHU ?

ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBAADAKASH SHALIHIN.

Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah. Dengan kebenaran dhuha-Mu, keagungan-Mu, keindahan-Mu, Kekuatan-Mu, dan Kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Nak hafal guna kaedah nyayian pun boleh..search youtube nanti “DHUHA”

Amalan-amalan yang baik ini adalah langkah terbaik sebagai peniaga hai o premium beautiful. Lebih amalan tuhan suka dan orang pun suka. Suka tang mana tak tahu.. tepuk perut cari nasi.

selamat beramal dan jangan ting tong.

 

(Premium beautiful hai o marketing)

 

Salam Ramadan buat semua komuniti hai o marketing dan kunjungan setia premium beautiful

Posted in Uncategorized with tags on August 15, 2010 by sya77

Sempena bulan Ramadan.. pihak admin premium beautiful mengucapkan selamat berpuasa dan selamat Hari Raya..haha.Orang kata lambat lagi Raya.. Bulan puasa pun baru beberapa hari. Tapii bagi saya, puasa sebulan akan sekejap berlalu..pejam celik dah esok hari..ada yang akan mendapat keuntungan dan ada juga yang beroleh kerugian jika asyikk memikirkan perkara perkara yang negatif, tiada daya tindakan. Ada juga yang tidak berbuat apa-apa, namun tatap juga mendapat keuntungan..kira nasib jugak ler. Kalau nak ikutkan kadak dan kadar, sesiapa juga sudah ditentukan hala tuju hidup masing-masing. Ada yang berbakat seni, kepimpinan dan macam-macam bakat terpendam. Sekiranya kita pandai menggunakan bakat sediada di gilap dan diasah kepada kebaikan pastinya mendapat kebaikan. Sebelum ini juga kita tidak tahu apakah bakat kita yg belum diasah itu. Saya dahulu langsung tidak tahu meniaga. Macam-macam alasan saya berikan. Tidak yakin dengan kemampuan diri, tidak berani mencuba malah takut..Apa yang penting permulaan diri saya berniaga adalah disebabkan oleh faktor desakan hidup. Kewangan tidak mencukupi malahan tomahan dan kejian kerap kali diterima. Disitu lah saya memulakan langkah. Setiap orang pasti mempunyai faktor yang berbeza. Ada katagori manusia memang dah berbakat meniaga dari kecik malah sangat2 berminat untuk mendapat keuntungan. Tidak kisahlah bagaimana caranya permulaannya yang pasti kita perlu mendapatkan keberhasilan yang terbaik. Dalam bulan puasa juga adalah bulan terbaik untuk kita membersihkan hati dan mengekang hawa nafsu. Malahan perlu anda tahu bahawa bulan puasa juga adalah medan terbaik bagi berniaga dan mendapat keuntungan yang maksima. Tambahan sekarang kita dilengkapi kemudahan internet. Tak kenal pun boleh membeli. Tak jumpa pun boleh berniaga. Kaedah-kaedah tersebut perlu dipelajari. Teman saya walaupun berfacebook sambil santai sudah menjana ribuan ringgit dalam sehari. Dalam sehari dapat ribu..kalau bulanan sangat-sangat baiklah. Itulah rezeki kepandaian masing2.

Bagaimana pula dengan komuniti Hai O marketing dalam penjualan produk (premium beautiful / bio aura / dll). kuasa beli masyarakat juga amat2lah besar dan mendapat sambutan. Yang perlu anda bergerak dan melakukan kaedah 2 yang sesuai dan meyakinkan.

Sekali lagi admin premium beautiful mengucapkan anda serta seluruh ahli keluarga mendapat keberkatan dari Allah Swt.

Ber angan2 kereta mewah Dalam Kerjaya Hai 0 marketing

Posted in Uncategorized with tags on March 29, 2010 by sya77

Perkembangan pengeluaran kereta mewah agak memberangsangkan dan boleh menjadi pengaruh terbesar bagi menguatkan azam membina kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Adakala seseorang itu membayangkan kereta mewah yang bakal dibeli. Ada yang suka Merc, ada yang suka Evo..ada yang suka BMW dan pelbagai kenderaan mewah yang lain (bayangkan sendiri dalam kepala). Ada juga yang cuma membayangkan kenderaan yang biasa. Yang penting boleh dibawa dan selesa.

Pada suatu masa..emmm..bukan begitu..tapi pada minggu lepas, kawan saya melancong ke United Kingdom. Kononnya hendak melancong dan berjalan2 bersama keluarga. Bila sampai disana terdapat pameran kenderaan2 mewah. Sambil meninjau-ninjau keadaan. Agaknya ntah macammana kawan saya terbeli sebuah kereta BMW 7 Series. Katanya kat sana lebih murah. Kalau diconvert cuma RM 800K lebih. Dan lebih murah kalau dibandingkan dari harga di Malaysia dalam lingkungan harga RM1.2 juta.

persoalannya.Bolehkah kita beli kenderaan mewah? sila jawab!

Menaja Premium Beautiful hai o marketing group 369 sambil berkebun

Posted in Uncategorized on June 12, 2009 by sya77

Betul betul betul. Sambil saya berkebun kat rumah pun masih ada penajaan yang berlaku oleh rakan premium beautiful group 369. Inilah kelebihan yang berlaku jika kita mengamalkan sistem multilevel berperingkat. Hari ini kita membuat sebarang penajaan ..esok kita berehat. Tetapi semasa kita berehat itulah downline kita still membuat penajaan. Win win situation..aDA KETIKA kita perlu mempunyai masa rehat yang mencukupi .sesambil melihat tanaman dan sesambil memberii makan ikan keli / tilapia ..sesambil mendengar hiruk pikuk ayam kampung yang sedang membesar seronokk gak. Tambahan pula tanah 5 ekar yang saya ada perlu diberi perhatian. Tanaman cili sudah memberi hasil. Alah ..jual 15 hengget sekilo pun dah berebut orang ndak. Itu pun tidak mencukupi. Setakat hari ini cuma 5 kilo sehari dapat dikeluarkan. jagung yang ditanam sudah lama habis..itupun nak kena tanam balik tu. Ubi ? dah ada kat bara api tu. kejap lagi boleh makan. Sayuran..berlambak dah saya tanam..jadi, tak perlu lah beli kat pasar. Bahan asas lain sumer dah ditanam. Tanah sawit 10 ekar tu nak kena pagar..senang kan lembu dan kerbau tu nak diusha. karang lepas ke kebun orang lain susah gak jadinya. Cendawan..? saya baru buat bangsalnya..tapi yang pasti penduduk kat sini (rahsia) sudah mula menempah cendawan. Walhal hasilnya tak nampak pun lagi. Baru planning..tapi tempahan dah ada..ada kelebihan juga kita berbaik dengan penduduk setempat. Nak jual produk premium beautiful hai o marketing (group 369 ) dah lama sold out. Jadi ..jual ajelah hasil kebun kat diorang. Planning ke depan masih ada lagi dalam kepala ni. Tunggu satu2 selesai. macam2 nak buat tapi yang penting dapat menjana pendapatan untuk penduduk setempat. Kalau produk yang dihasilkan berkualiti jadi banyaklah permintaan. Tambahan banyak projek boleh dihasilkan secara senang.. apa yang senang??? Saya bagi contoh..ikan keli yang dipelihara kalau dulu terpaksa kita membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membeli palet (makanan) dan diberi makan setiap hari tapi dengan adanya teknik terbaru kita tak perlu mengeluarkan duit yang banyak. Beri makan sekali dan tunggu sehingga ikan keli membesar. Nak tahu lebih lanjut ye.Begini citernya. Kita perlu menyediakan kolam keli samada dari simen/ batu bata ataupun menggunakan kanves. Kemudian kanves itu dineutralkan agar tiada bahan kimia. Untuk meneutralkan kanvas bahan diperlukan adalah seperti berikut. Cuka makan batang pisang semua bahan tadi dibiarkan dalam rendaman air yang setinggi kepala lutut orang dewasa. Setelah itu bersihkan , keluarkan semua bahan tadi.. Penyediaan Kolam Masukkan pasir + air sedalam 1 1/2 kaki ..kemudiaan masukkan makanan BIO 1(1 bag untuk 2 ribu anak ikan keli) dan masukkan pokok kiambang air + kangkung air.. biarkan selama seminggu. Selepas itu masukkan anak ikan keli. Dan tunggu sehingga kutipan hasil selama lebih kurang.. emmm sampai besarlah… tak perlu dah kasi makan.. cukuplah B1 sekali jer bagi.. Kalau bab ayam lak..kena pakai jenis kacukan.. ayam kampung + Ayam perancis.. 3 bulan dah boleh sembelih… BIla dah malam lak…kebun tu tinggalkan kendian mulalah kita membuat penajaan hai o marketing -premium beautiful bersama group 369…hidup mesti mau simple…kan?

Search Enjin Buat Duit Untuk Usahawan Hai-o marketing

Posted in Uncategorized on April 16, 2009 by sya77

Saya telah menerima email dari kawan saya :

————————————————————-

Kat sini ada satu link, kita x perlu buat apa..cuma kita kena sign up saja..x yah bayar pon…simple jer..pastu jadikannya kita punya search engine..haaa..tiap kali kita guna search engine tuh..duit akn masuk kat kita punya account…masuk terus ka paypal..duit tu plak bukan dalam USD..tapi euro..erm..cuba kira..kalau dpt pound 30 x 5.30(currency)=RM159…agak byk tuh…erm…lagi byk bila kita promote org sign up under kita…mcm yg sy buat sekang ni..hehehe..try ler..mn th rezeki melimpah nnti…

—————————————————————————

Pada pandangan saya sesambil search melalui search enjin yahoo, google, altavista, avast ataupun segala macam search enjin yang tidak memberi bayaran kepada kita,ada baik nya saya mencuba seperti yang dicadangkan oleh kawan saya.  Kalau cuba pun bukannya rugi, hari-hari pun kita still search perkara-perkara yang kita ndak. Sesambil search dengan menaip premium beautiful ataupun hai-o marketing dalam kekotak carian dapat juga menambah pendapatan.

Apa yang saya ketahui, anda cuma register percuma di laman web homepage-friend dan setkan laman web serch homepage friend sebagai front page laman web anda. Hari-hari anda search akan dibayar sebanyak 50% dari revenue. Dalam sehari kalau kita search hai-o marketing atau menaip premium beautiful setiap hari sebanyak 10 carian sehari boleh gak kumpul sebagai duit poket. Kelebihan lain emm..jika anda memperkenalkan kepada rakan anda, sama seperti kawan saya dan saya buat ni. Maka anda mendapat sebanyak 10 %. Sistem ni macam Multilevel jugak ler. Lagi ramai yang masuk register dibawah anda maka lagi banyak ler anda dapat. Kalau nak tahu lebih detail seeloknya anda lawati homepages Friend sendiri.

I have started using a great web search service that allows me to earn money from searching in my normal way. It`s quick and free to set up, keeps you up to date on your earnings and pays out monthly.

psstt…search ler premium beautiful ataupun hai-o marketing bebanyak untuk mendapatkan bonus bulanan anda ek .

Affiliate Pro Hai-O Marketing

Posted in Uncategorized on April 6, 2009 by sya77

Just make Affiliate Pro Hai-O marketing from Dream to reality.

Attention Affiliate Hai-O Marketers: If you did not make an easy $500 to $5,000 profit last month, here’s how to guarantee that you will next month…

Revolutionary ‘Profit-Predicting’ Software
Almost Instantly Uncovers Sure-Money
Affiliate Program & Keywords That You Can
Plug-in & Profit today

Skeptical?… With the steady flood of BS cramming your inbox these days, I don’t blame you… That’s why I’m going to show you EXACTLY how this software took a flat-lined affiliates web page and shocked it alive pumping $3,579 a month overnight.

Best Part… You can download this software today and immediately launch the most profitable affiliate campaign of your life!

Keep reading and discover…

How to create $100 a day affiliate campaign whenever you want… so that you can have as many affiliate websites that provide you a steady passive income.
Immediately transform ANY of your dead affiliate website to a steady income stream that pumps out hundreds or thousands per month with just a simple copy & paste to your webiste
How to uncover a list of “hidden” keywords that no one else will be using. You’ll pay far less for the hot clicks your competition never even sees…
Peek under the hood of other affiliate pages to find out what’s working before you go live. Steal the best headlines and keywords to guarantee high commissions…

For More imformation : Click Here!

Produk MAHARANI dari Hai-O Marketing

Posted in Uncategorized on March 30, 2009 by sya77

Sebuah Petikan Ringkas Pengalaman Pengguna Hai-O Marketing:

Pn Rosnah Says :

Ibu mertua saya telah mengalami menopaus dan beliau sering mengalami masalah sakit badan daripada paras pinggang hingga ke kaki. Saya telah menghadiahkan ibu satu (1) set pakaian dalam premium beautiful hai-O Marketing dimana saya berharap mungkin pakaian ini boleh membantu melegakan kesakitan yang dialami olehnya. Soalan saya apakah produk Maharani Hai-o Marketing sesuai digunakan oleh wanita yang telah menghadapai menopaus ini atau adakah pil herba lain yang sesuai untuk beliau.. terima kasih.

Chinese physician answer:

Rosnah,
Terima kasih kerana memilih produk Hai-O Marketing.

Ya. Herba Maharani memang sesuai untuk ibu anda yang dalam peringkat menopaus. Tambahan pula, ia juga melegakan kesakitan pinggang dan belakang.

Herba Maharani menguatkan hati, ginjal, menambahkan darah dan tenaga batin serta meningkatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, produk ini turut membantu mencegah osteoporosis yang dihadapi oleh mereka yang telah henti haid.

Pengambilan yang berterusan menjadikan seseorang itu lebih bersemangat, bertenaga dan aktif. Ia sesuai dimakan oleh mereka yang telah berumur 50, 60, 70 malahan 80 tahun

Ain Says:

Saya sudah menggunakan produk premium beautiful Hai-o marketing hampir 2 tahun tetapi tiada sebarang perubahan dapat dilihat pada berat badan saya. Bagaimanakah cara pemakaian yang disarankan untuk mendapatkan kesan yang optimum khususnya dalam menurunkan berat badan?

Chinese physician answer:

Salam sejahtera,

Anda mesti memastikan yang anda memakai saiz Premium Beautiful yang betul. Selain itu, anda mesti memakai ketiga-tiga bra + waist nipper + long girdle selama 8 jam setiap hari, bukan untuk beberapa jam sahaja.

Pada masa yang sama, anda diingatkan untuk menjaga pemakanan anda. Makan secara biasa untuk 3 meal sehari. Sesetengah orang akan makan tanpa terkawal selepas menanggalkan set Premium Beautiful mereka, dan ini akan mensia-siakan segala usaha mereka.

Jika anda telah mencuba cara-cara yang dinyatakan di atas, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah seperti berikut (yang mana sesuai) supaya mengurangkan berat badan anda:
(1) Jika anda gemar makan daging atau mempunyai masalah sembelit, anda dinasihatkan untuk mengambil Imperial Tea atau Garam Buluh;
(2) Jika anda mempunyai perut buncit, anda dinasihatkan untuk mengambil N-Plus

mylla Says:

hi..saya mylla dr sabah, mo tanya ada anak buah saya tidak teratur peredaran haid, kadang 2 bulan sekali dtg haid? adakah maharani blh solve masalah ni?

dan adakah product hai-o blh buang toksin dlm badan seterusnya menghilang penyakit gatal-gatal pada kulit, jenis biji-biji di kulit dan berair

tq atas bantuan anda

Chinese physician answer:

Cik Mylla,

1. Masalah haid yang tidak teratur.
Kitaran haid dikira normal jika ia adalah tetap pada sekali sebulan / sekali setiap 2 bulan.

Herba Maharani memang boleh membantu menyelesaikan masalah peredaran haid yang tidak teratur, masalah senggugut, keputihan, sakit pinggang & belakang, menghilangkan keletihan dan sebagainya.

Cara pengambilan : anda dinasihatkan untuk mengambil Herba Maharani pada hari ke-6 period, 1/2 biji bola kuning sehari & berterusan sehingga period yang seterusnya pada bulan depan. Kesan produk boleh dirasai selepas 2/3 bulan.

Nota :
Jika rasa badan ‘panas’ selepas makan, anda boleh menggunakan satu daripada cara yang berikut :
(a) minum air garam
(b) makan separuh biji (25 biji kecil) setiap kali

2. Untuk masalah gatal-gatal pada kulit, biji-biji kulit dan berair.
Produk Hai-O Bamboo Salt sesuai untuk menyelesaikan masalah ini kerana sifat menyahtoksin yang baik.

Cara pengambilan : ambil sebungkus Hai-O Bamboo Salt Premier Drink, dicampur dengan air suam (~200 ml) dan minum sekali pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan malam (sebelum tidur) = 2 kali sehari. Pada masa yang sama, sapukan air garam buluh pada tempat gatal & tempat bertumbuhnya biji-biji kulit untuk membantu membasmi kuman.

Penggunaan air garam buluh secara dalaman dan luaran akan membantu menyelesaikan masalah kulit dengan berkesan.

suriani Says:

Terima kasih dr dengan jawapan anda. Saya amat menghargainya. Produk Biodex ni banyak, yg saya ambil:
1- Body Lift ( Soya protein, Oligosaccharides, Crystaline Fructose, Soy Lecithin, Coarce ice Powder, Psylium Husk, Coco Powder, L-Glutamine, Colostrums Milk, Green Tea extract and Guar Gum ) diambil 1 sachet setiap sebelum sarapan, setengah jam kemudian baru isi perut. untuk membersihkan tiup falopio, menagtasi senggugut dan period.
2- Supreme diet perisa coklat ( lebih 20 enzim, mineral, za dan vitamin ) saya ambil dalam pukul 7-8pm. kadang2 tu saya ambil waktu tgh. untuk kesuburan.
3- Manja Prune (manjakani, kurma, sprulina, rune, klorofil, madu ) saya ambil waktu petang. yuntuk menguatkan rahim.
4- Woman lobata ( radix pueraria lobata )

Dr. bila waktu yang sesuai untuk saya mengambil semula herba maharani? Saya haid pada 25hb.Mac, dan masih ada sampai ke hari ini ( 6 hari ).

Chinese physician answer:

Cik Suriani,

Untuk menambahkan peluang mengandung, anda perlu memastikan peredaran haid anda menjadi tetap terlebih dahulu.

Cara pengambilan Herba Maharani :
Ambil selepas period, 1 biji bola kuning (=50 biji hitam yang kecil) setiap hari & berterusan selama 6 hari. Selepas itu, hentikan pengambilan dan tunggu sehingga selepas period anda yang seterusnya dan amalkan cara pengambilan yang sama. Anda perlu mengamalkannya secara berterusan untuk suatu tempoh masa. Biasanya selepas 2/3 bulan (bergantung kepada individu), keberkesanan produk dapat dirasai.

Herba Maharani membantu mengawalatur masalah peredaran haid dan membekalkan nutrien kepada badan, jadi sesetengah pelanggan kami mendapati ia boleh membantu mereka mengandung.

Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama.

(1) Kebaikan Herba Maharani :
(a) Melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
(b) Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
(c) Melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
(d) Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
(e) Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
(f) Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme

Kebaikan-kebaikan yang dinyatakan di atas adalah kerana Herba Maharani terdiri daripada bahan-bahan bernilai seperti :
(a) Gallus Gallus Domesticus (ayam hitam) yang membantu menguatkan badan dan baik untuk mereka dengan badan yang lemah, mudah rasa letih dan menghadapi masalah wanita seperti kesakitan haid
(b) Ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan herba-herba tradisional Cina lain yang menambahkan tenaga & darah, melegakan kesakitan haid, menghilangkan keletihan dan sebagainya

(2) Herba Maharani membantu anda mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap & menguatkan badan. Jadi, ia menambahkan peluang untuk mengandung.

(3) Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein. Anda juga perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :
(a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji hitam kecil
(b) Minum air garam semasa mengambil Herba Maharani

(4) Pengambilan 6 hari berterusan selepas period boleh membantu menguatkan tubuh dan membekalkan nutrien kepada badan sebelum waktu pengovulan. Walau bagaimanapun, cara pengambilan Herba Maharani juga bergantung kepada kemampuan, keadaan dan ketahan badan individu. Jika tiada masalah ‘heaty’ selepas anda makan berterusan selepas period anda kali ini dan sehingga period yang seterusnya (sila rujuk semula kepada email saya sebelum ini), anda boleh makan mengikut cara ini, dan tidak terhad kepada 6 hari sahaja.

Nota : Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama, cuma diingatkan makan produk-produk ini pada waktu yang berasingan. Jika anda terasa sebarang ketidakselesaan, anda dinasihatkan agar mengambil Herba Maharani secara selang hari.

Harap maklumat di atas dapat membantu anda sebagai pengguna produk Hai-O Marketing. Sekian, terima kasih.