Archive for hai o marketing

Ber angan2 kereta mewah Dalam Kerjaya Hai 0 marketing

Posted in Uncategorized with tags on March 29, 2010 by sya77

Perkembangan pengeluaran kereta mewah agak memberangsangkan dan boleh menjadi pengaruh terbesar bagi menguatkan azam membina kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Adakala seseorang itu membayangkan kereta mewah yang bakal dibeli. Ada yang suka Merc, ada yang suka Evo..ada yang suka BMW dan pelbagai kenderaan mewah yang lain (bayangkan sendiri dalam kepala). Ada juga yang cuma membayangkan kenderaan yang biasa. Yang penting boleh dibawa dan selesa.

Pada suatu masa..emmm..bukan begitu..tapi pada minggu lepas, kawan saya melancong ke United Kingdom. Kononnya hendak melancong dan berjalan2 bersama keluarga. Bila sampai disana terdapat pameran kenderaan2 mewah. Sambil meninjau-ninjau keadaan. Agaknya ntah macammana kawan saya terbeli sebuah kereta BMW 7 Series. Katanya kat sana lebih murah. Kalau diconvert cuma RM 800K lebih. Dan lebih murah kalau dibandingkan dari harga di Malaysia dalam lingkungan harga RM1.2 juta.

persoalannya.Bolehkah kita beli kenderaan mewah? sila jawab!

Plan Hai o Marketing (group 369)

Posted in Uncategorized with tags , , on December 6, 2007 by sya77

Pagi tadi saya menghantar kawan saya yang akan ke Penang untuk tujuan pemantauan tapak projek. Bila masuk ke dalam kereta saya, dia bertanya berkaitan bag di seat belakang. Balik kampung ke??. Pantas saya jawab.”Eh tidaklah. Bag tu kepunyaan rakan kongsi saya”.saya juga menerangkan serba sedikit berkaitan bag tersebut. Bag berwarna hitam tu adalah hadiah dari Hai O marketing apabila pelanggan membeli (corset premium beautiful sebanyak 10 set + 2 set percuma) dan kesemua nilainya adalah sebanyak RM 23000. “Istimewanya Hai O“. Kawan saya seakan-akan pelik dengan kata-kata saya. Sambung saya , “pelik bukan” belum start meniaga dan menaja, hai o dah bagi bonus RM3 ribu. Kalau dah start menaja lagi lah bonus berlipat kali ganda. lagipun nak jual cuma 11 set untuk seumur hidup, satu lagi kita pakai sendiri lah. Ada orang tanya kenapa Hai o bagi RM3k padahal belum meniaga, jawapannya amat mudah iaitu hai o marketing dengan lapang dada menghargai usaha anda dan memutuskan untuk memberi ganjaran, orang dah kasi, apa lagi, amiklah. Hai-o amat bermurah hati kan. Segalanya untuk usahawan hai-o. Dan satu lagi Hai o juga tidak mempunyai sebarang hutang. semua aset dimiliki sepenuhnya oleh Hai o sendiri. Sambung kembali bab tadi,kalau katakan satu set kita jual secara ansuran RM100 sebulan selama 24 bulan berapa totalnya ek.

100 x 24 bln x 11 set = RM26400.00

Jumlah sebanyak RM26400.00 inipun dah boleh bayar loan sebanyak RM 23000, maka 26400+3000 (bonus pertama) – RM23000 = (RM6400 Keuntungan.)

Ramai orang takut nak buat loan untuk bisness hai o kan… Tapi ramai pula yang tak takut untuk buat loan kereta. Padahal loan kereta akan susut nilai. Tp kereta tetap kena beli juga. Penting tu…Bagaimana pula dengan loan untuk berniaga ? sepatutnya kita tak akan takut disebabkan itulah bisness yang akan membawa pembaharuan kepada sumber kewangan kita. Tak salahkan kita mencuba.

Apa yang perlu adalah bermula dari diri kita dahulu. Bagaimana untuk kehadapan sekiranya kita tidak mampu melangkah setapakpun ke hadapan. Apa tunggu lagi. Melangkahlah segera , mulakan langkah dengan penuh gaya dan penuh tanggungjawab.

Perniagaan premium beautiful sangat istimewa kerana kita tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu mempunyai pekerja, Barang tidak pernah luput dan boleh dibawa kemana-mana. Just letak dalam kereta pun boleh kita berniaga di mana-mana sahaja. Ada orang cakap modalnya terlalu besar. Tapi bagi saya ia adalah kecil jika dibandingkan dengan membuka sebuah kedai yang memerlukan sekurang-kurangnya 50K, Francise 100k keatas, stesen minyak 250K, pendek kata semua perniagaan memerlukan modal. Logik saya kata, kalau modal besar untung pun besar dan modal kecil untung pun kecil. Nak yang mana ?. Pilih sendiri. Kedua-duanya pun ada kebaikan dan keburukan. Baik kita ambil kebaikan secara maksimum dan buruk/kerugian kita minimumkan. Realitinya kita mesti yakin dan percaya. Bentukkan kepercayaan adalah dengan merobohkan tembok penghalang “kepercayaan”. Fikir secara mendalam, tenangkan fikiran keluarkan apa-apa sahaja ketidakpercayaan tadi menjadi percaya dan yakin bahawa Anda “BOLEH LAKUKAN” dan mempunyai keinginan. Orang yang tidak mempunyai keinginan, tidak dapat berjaya dalam hidup. Sia-sia sahaja hidup di dunia ini jika tidak mempunyai keinginan. Untuk berjaya dalam kehidupan, anda bukan sahaja dikehendaki mempunyai keinginan. Malah, anda perlu menambahkan perkataan ‘KUAT’ pada keinginan anda. Keinginan yang kuat, itulah kunci bagi mencapai kejayaan. Amat berbeza antara keinginan dengan keinginan yang kuat. Mempunyai keinginan sahaja menyebabkan anda mengaku kalah apabila bertemu kegagalan, sekalipun tujuan anda adalah untuk menang. Sebaliknya keinginan yang kuat membuatkan anda terus mengejar impian walaupun anda menemui kegagalan demi kegagalan. Keinginan yang kuat inilah yang akan mendorong, menolak dan menghalang anda dari berputus asa malah ianya akan memaksa anda bagi meneruskan mengejar impian. Tempat paling layak bagi anda adalah di hadapan. Paling hadapan sekali, mengatasi yang lain. Tidak sekali-kali hanya menjadi pemerhati, melihat kemenangan orang lain. Kuatkan keinginan, maju kehadapan kearah kekayaan.

…………………………………………………………………….

Setelah itu kita perkenalkan dengan 2 orang rakan berkaitan produk premium beautiful (penerangan berkaitan Funsi setiap set produk Premium Beautiful akan saya bincangkan kemudian). Alah kawan kawan rapat pun boleh. Ada kawan tak?? mesti ada. kalau tak percaya cuba buka senarai nama Handphone tu. At least ada lebih kurang 50 orang. Namun begitu untuk permulaan pada bulan pertama cukuplah kita perkenalkan produk kepada 2 orang teman rapat. Itupun dibantu oleh upline. Upline yang akan ambil alih tugas anda.Tugas kita adalah:

1. Perkenalkan Kawan kepada upline

2.Duduk diam, ketika upline bercakap

3.Senyum….dan anggukkan kepala (mengiya kan saje apa yang dicakapkan)

(langkah 2) Faedah yang anda dapat untuk tugas diam dan senyum anda :

1. Bonus RM2500 (2 tajaan)

2. Kenaikan pangkat dari SM(sale manager) kepada SSM (senior sale manager)-penerangan dari segi kenapa boleh naik pangkat untuk dari SM / SSM / DSM / DDM / CDM

Nota : Kalau dahulu untuk mencapai pangkat SM mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun tetapi dengan sistem ni cuma mengambil masa 1 hari sahaja. Umpama kita nak balik jauh. Jalan mana yang cepat sampai. Highway atau jalan kampung yang berlopak. Kalau saya lebih baik ikut Highway, jalanpun elok dan selesa.

3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah.

4.Melayakkan anda untuk melancong ke destinasi terpilih.

(Langkah 3) Faedah memimpin / senyum dan angguk2

Seperti dilangkah pertama dan juga langkah kedua sudah pasti rakan baru kita mahukan perkara yang sama berlaku. Disitulah pentingnya kita sebagai upline mengendalikan tugas supaya rakan baru diperkenalkan dimana letaknya stokis berdekatan, diperkenalkan dengan barang keluaran, memperkenalkan dengan rakan kongsi yang lebih senior, memperkenalkan latar belakang dan letaknya Head Quarters sebagai langkah awal supaya rakan kongsi yang baru tadi lebih berkeyakinan dan kemudiannya meniru (duplicate) apa yang kita lakukan sebentar tadi seperti pada langkah awal. Dengan cara ini rakan baru tadi akan mendapat faedah yang sama seperti yang terdapat pada langkah 1 dan 2. Namun begitu kita sebagai senior juga akan mendapat faedahnya. Dalam masa yang sama juga kita perkenalkan lagi kepada 2 orang lagi. Kena ingat !! semua ini perlu dilakukan bersama upline.

Faedah memperkenal rakan baru : (2 rakan kongsi baru – direct leg yang masuk bulan pertama) dan 2 rakan kongsi yang join bulan kedua tadi + 4 rakan leg baru)

1. Bonus sebanyak RM7500

2. Kenaikan pangkat dari SSM kepada DSM

3.Diiktiraf dan diraikan oleh Hai o di tempat-tempat mewah untuk menerima anugerah

4. Kelayakan untuk melancong

5. Bermulanya pencapaian untuk tabung kereta.

Begitulah seterusnya, duplication akan berlaku sekiranya kita sabar dan bertanggung jawab terhadap semua rakan kongsi. Perkongsian ini adalah ikhlas supaya setiap rakan kongsi beroleh kejayaan. tanpa rakan kongsi bagaimana kita akan menempa kejayaan. Jika rakan kongsi berjaya baru lah kita akan berjaya. Tetapkan matlamat agar setiap rakan kongsi akan berjaya dengan cemerlang. Insya-Allah.

Sistem inilah yang memberikan sinar baru kepada Usahawan hai o. Dengan kata mudahnya ia dikenali sebagai

“SISTEM BONUS RM13 RIBU DALAM MASA 3 BULAN”

Betul ke 13 ribu

(RM3K-mula2 masuk + RM2500 Bln ke2+ RM7500 bln ke3)

Total RM13 ribu untuk 3 bulan-secara purata 1 tahun ada 12 bulan. Maka

RM13 ribu – 3 bulan per 1

RM13 ribu – 3 bulan ke2

RM 13 ribu – 3 bln ke 3

RM 13 ribu – 3 bln ke 4

——————————

RM 52 ribu untuk setahun

——————————

Setelah saya terangkan sistem yang membuatkan Hai o melonjak kini tiba masanya saya terangkan bagaimana untuk berniaga. Ada juga tatacara yang perlu diikuti. Kalau mengikut sistem dan panduan yang diberikan insya-Allah pasti berjaya.

BAGAIMANA NAK BISNES !!

1. Pakai

Disebabkan kita perlu berniaga dan menjual produk premium beautiful seharusnya kita perlu merasai dan menjiwai kelebihan dan kehebatan sesuatu produk. Bagaimana kita nak cakap sesuatu itu rasanya manis padahal kita belum merasainya sendiri. Dengar cakap orang !!!….belum pasti ianya betul. Untuk wanita set premium beautiful boleh dipakai 1 set iaitu bermula dari bahagian atas /tengah@bengkung dan bawah. Bagi lelaki pula boleh dipakaikan bengkung sahaja. Tak perlu malu..waktunya boleh dipakai bila-bila masa. Malam ketika tidur pun boleh.

2. Buatkan senarai nama.

Kekadang kita terlupa bakal pelanggan. Jadi seharusnya kita menyediakan seberapa senarai nama yang berpotensi untuk bersama-sama berkongsi perniagaan. Kawan rapat, kawan sekolah, kawan tempat kerja, kawan ketika berkursus, keluarga. Senarai nama tersebut hendaklah dituliskan diatas kertas/buku sebagai rujukan kita dan upline supaya kita sama-sama memperkenalkan produk dan sistem hai o marketing.

3. Jual secara ansuran.

Umum sedia maklum bahawa set premium beautiful adalah barang keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi. Disebabkan itulah harganya juga agak mahal. Namun begitu ramai orang memerlukan premium beautiful sebagai pembentuk badan dan juga untuk kesihatan. Kita andaikan sebuah mercedes dan wira. Mana yang lebih mahal ? sudah pastilah mercedes lebih mahal berbanding wira. Kenapa mahal ? ia adalah disebabkan jaminan kualiti, prestij dan kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kereta wira tersebut. Samalah macam premium beautiful, ianya mempunyai kualiti yang pasti tidak dapat ditandingi oleh corset seumpamanya. Sebagai contoh premium beautiful telah diiktiraf sebagai produk super brand…corset lain ada tak super brand. Bukan calang-calang sesuatu produk untuk mendapat super brand. Lagi pula, produk premium beautiful telah mendapat pengiktirafan dari pakar-pakar tulang belakang. Jadi, memang patutlah premium beautiful lebih mahal kan?.

Ramai wanita yang inginkan premium beautiful tetapi disebabkan ianya mahal maka pelanggan terpaksa melupakan dulu hasrat. Oleh itu kaedah yang sepatutnya adalah dijual secara ansuran. Boleh dijual mengikut kemampuan samada 100 /150/ 200 sebulan mengikut kemampuan pelanggan.

4. Nilai

Sebelum kita pikirkan pasal Nilai terdapat 3 perkara utama yang harus diambil perhatian yang serius apabila memulakan perniagaan. Yang paling utama ialah :

a) KEUNTUNGAN

Setiap perniagaan yang diceburi hendaklah memberikan keuntungan yang maksimum untuk kita. Adakah kita meniaga tanpa mendapat penat semata-mata. Setiap yang kita niagalah mestilah mempunyai nilai keuntungan yang tinggi.

a1 – Untung dari segi jualan set

a2 -Untung bonus

a3 – Untung dari segi Kos utiliti / bil air / bil elektrik (sememangnya dah untung kat sini)

a4 – Untung dapat melancong percuma

a5 – Untung dapat kereta percuma

B) TENAGA KERJA

Dalam menjalankan MLM. Diri kita sudah mencukupi untuk membuat semua perkara. Tidak perlu mengajikan pekerja. Ini disebabkan untuk menjual 10 set Premium Beautiful tidaklah rumit. Kitalah Bos dan kitalah juga pekerja. Untuk buat selenggaraan stor pun tak perlu. Bukannya kita memegang stok berpuluh jenis. Cuma satu je jenis produk. Malahan nak jualpun cuma 10 set. Sebulan 1 set jual. Tidak sampai setahun dah habis.

C) MODAL

Modal sudah pasti diperlukan apabila kira hendak memulakan bisnes. Ada tak perniagaan tidak memerlukan modal ?? jawapan saya ADA. Contohnya insuran. Ada bakat ??? boleh cuba. tetapi kebanyakan dan boleh dikatakan semua perniagaan memerlukan modal. Waema jual goreng pisang ditepi jalanpun. Berkaitan modal ni..dan memandangkan strategi yang berbeza yang dibawa oleh upline masing-masing..maka seelok-eloknya anda boleh mendapatkan pandangan dan nasihat serta kaedah untuk mendapatkan modal tersebut. Jalan terbaik adalah berpandukan kepada pengalaman dari upline/group yang bertanggungjawab.

Serah Pada Takdir

Posted in Uncategorized with tags , , on November 22, 2007 by sya77

Pernah saya mendengar seseorang yang mengatakan “serahlah pada takdir”. Memang betul apa yang diucapkan, tapi akan menjadi tidak betul sekiranya tidak bersama dengan usaha. Usaha dulu baru kita serahkan pada takdir. Ini tidak.. bulat2 serah pada takdir. Kita dikurniakan segala macam pancaindera. Pancaindera inilah kita gunakan untuk berusaha. Pepatah mengatakan “Usaha Tangga Kejayaan”. Ini bermakna kita tetap perlu berusaha untuk mencapai hasil. Jika sedikit usaha, sikitlah kita dapat..kalau digandakan usaha..lagi banyak hasil. Nak banyak atau nak sikit ???.

Cuba tengok keatas. Ada tak anda nampak rezeki yang akan datang? Pastinya kita tidak nampak. Sebab itulah kita perlu tetap berusaha untuk mendapatkan rezeki. Malahan rezeki dari sumber perniagaan adalah diiktiraf sebagai 9/10. Marilah kita tetapkan usaha dan sama-sama menjalankan perniagaan yang halal. Meniaga secara part time tak mengapa. Yang paling penting cubalah perniagaan dalam Hai O marketing. Apabila kita cuba sedaya upaya dalam perniagaan ini barulah kita serahkan pada takdir…selamat dunia akhirat.

Bioaura Dalam Hai O Marketing

Posted in Uncategorized with tags , , on November 2, 2007 by sya77

Malam tadi saya dikunjungi oleh adik ipar yang bekerja di Felda serting N. Sembilan. Ada gak kawannya ikut sekali. Tujuan asal mereka adalah untuk menghantar warga Bangladesh pulang ke kampung halaman setelah 3 bulan bekerja.. Fikir saya naper bangla tu nak balik cepat. Rupa2nya kena penyakit Home Sick…la..kesian pulak. Badan besar menangis2 nak balik. Ada awek cun kut kat sana.

Berbalik pada kawan kita tadi…setelah berbual kosong. Terkeluarlah dari mulut beliau bahawa dia juga sedang dalam proses permohonan loan untuk bisnes hai o…target utama group beliau adalah dalam bidang Bio Aura… tahniahlah saya ucapkan kepada kawan kita ni. Sama-sama berusaha untuk mencari sumber kewangan. Walaupun group kita berbeza (dia-bioaura / saya lebih menumpukan premium beautiful) namun begitu kita berada di bawah bumbung yang sama iaitu Hai-o Marketing. Dalam diam-diam hai o dah masuk dalam pasaran felda ek…