Testimoni pelanggan

Sesambil melayari internet pada hari ini saya telah membaca testimoni pengguna dari laman web sihatlangsing. Petikan testimoni ini saya pastekan kedalam web saya sebagai bahan bacaan kepada pembaca ataupun boleh digunakan sebagai bahan untuk bercerita kepada bakal pelanggan. Jika terdapat testimoni lain yang bersesuaian maka dilain hari saya pastekan lagi….

Testimoni 1

Bahagian 1

Syukur Alhamdulillah masih belum terlambat untuk saya berkenalan dengan set pakaian dalam “Premium Beautiful”.  Pada awalnya saya hanya fokuskan kepada penurunan berat badan.  Maklumlah sihat sangat….. tetapi bukan

 

itu saja yang saya dapat, malah lebih dari itu.

Sememangnya infra red yang ditenun sulam di setiap inci kain tersebut memberi kesan yang memberangsangkan terhadap kesihatan tubuh badan  saya.

Pada mulanya saya tidak berminat langsung, setelah menemuramah lebih 4 orang penggunanya, hati saya mula tertarik, tetapi masih berbelah-bahagi. Sekian lama dalam dilema, akhirnya saya telah memilikinya juga pada tanggal  9/8/2005. 

Berat badan saya 76kg rangka besar, berat ideal 57kg – 60kg.  Masa anak dara berat – 60kg.  Pernah mencecah 91kg iaitu ketika hamil anak ke 3.  Merasakan diri ini hilang keyakinan.  Mana taknya nak beli baju pun susah … sendat sana, sendat sini.  Pernah juga saya makan produk menguruskan badan, termasuklah yang ada jenama terkenal.  Penurunan berat badan tuh memang ada tetapi sekiranya tidak mengamalkannya selama sebulan, maka berat badan pun naik mendadak…tuh yang frust tu…. mahal pulak tu.

Tugasan harian saya memang mencabar kesabaran, bertanggungjawab sebagai isteri yang berkerjaya, ibu kepada tiga orang cahaya mata (lasak… boleh tahan juga), penuntut (masih menuntut ilmu di IPTA)  disamping tugasan lain.  Faham-faham je lah, nak uruskan rumah tangga, memasak, mengemas dan lain-lain (kalau nak cerita satu per satu tak cukup 10 muka surat).  Dalam masa yang sama juga, kena siapkan “assignment” …bukan sikit-sikit, kena taip, kena baca buku dan sebagainya.  Tengah malam pun kena bangun, dua tiga kali … anak nak susu.  Memang penat, mujurlah suami banyak membantu…. terima kasih sayang…. walaubagaimanapun kepenatan dan keletihan itu lenyap begitu sahaja sejak memakai set pakaian dalam “Premium Beautiful’ …… malah terasa kesegarannya.  

Apa-apalah…. yang penting saya nak berkongsi rahsia kelebihan pakaian dalam “Premium Beautiful” ni.

Setelah memakainya selama lebih kurang sebulan, saya sudah merasai sesuatu yang ajaib keatas diri saya.  Keajaiban itu termasuklah :-

1.      Saya sudah boleh makan makanan laut sesuka hati terutamanya udang.  Sebelum ini  kalau saya makan udang, mulut saya akan bengkak, air liur akan keluar dengan banyak dan muntah yang teruk.  Pernah ke klinik dapatkan suntikan kerana alahan udang.  Terukkan? …… Kesiaaaannn.

2.     Semenjak melahirkan anak yang ke 3, saya sering mengalami lenguh-lenguh kecil di bahagian belakang, tetapi sejak memakai set “Premium Beautiful” .… lenguh-lenguh ini beransur hilang….. selamat jalan lenguh-lenguh belakang.

3.  Semenjak pakai set “Premium Beautiful”, lemak-lemak di bahagian pinggang dan perut ada perubahan,  nampak jugalah bentuk pinggang tuh… kalau sebelum ni… mungkin lurus je kot.  Kain yang ketat dah boleh kancing semula.

4.   Yang paling best tu… berat badan berkurangan sebanyak 3kg.  Puas hati gitu, walaupun tak banyak.

5. Kulit pun tak macam dulu, kini nampak perubahan yang lebih menceriakan, … rakan-rakan dan suami yang bagi tau …. termasuk hati kecil ku.

6.    Yang paling best juga…. hubungan suami-isteri… ternyata perubahannya …..tak boleh citer kat web ni, faham-faham je lah ye…. Nanti jumpa, kita citer yek?

7.     Badan pun rasa segar dan tiada lagi keletihan, walaupun tugasan berat menanti di hadapan….. tiada lagi masalah mengantuk

Puan…………

Testimoni 2

Sebelum diperkenalkan pakaian dalam berjenama “Premium Beautiful”, tubuh saya kelihatan kurang menarik terutama selepas melahirkan anak ditambah pula peningkatan berat badan yang tidak seimbang dengan berat 68kg dan ketinggian 1.48m.  Tubuh badan mengandungi lemak atau selulit terutama di bahagian perut, peha dan pinggul.  Saya pernah mencuba pakaian dalam berjenama lain untuk beberapa bulan tetapi kurang berkesan.  Tetapi kini, setelah diperkenalkan dan menggunakan pakaian dalam berjenama “Premium Beautiful”, saya telah memiliki bentuk badan yang diimpikan termasuk penurunan berat badan serta tahap kesihatan yang memuaskan.

Pakaian dalam jenama “Premium Beautiful” juga menekankan keberkesanannya dari segi kesihatan.  Masalah pusingan haid tidak teratur dapat diatasi, tubuh badan merasa lebih segar dan paling penting sakit kepala migrain yang kerap dialami sejak dibangku sekolah dapat diatasi.

  

Puan ………

Testimoni 3

Saya berusia pertengahan 20an dan baru saja mendirikan rumahtanga. Saya telah diperkenalkan dengan produk pakaian dalam pembentukan badan premium beautiful ini oleh kakak saya.  Selepas seminggu menggunakan produk ini saya telah demam selama beberapa hari dan selepas beberapa bulan menggunakan produk ini berat badan saya semakin ideal dengan ketinggian saya. Yang menariknya tiada lagi masalah lemah dan mengantuk di siang hari dan lenguh – lenguh badan juga semakin berkurangan. Kini saya dapat bergerak dengan lebih aktif dan agresif tanpa apa-apa rasa yang kurang menyenangkan sebagaimana sebelum ini.

Inilah antara pengalaman-pengalaman menarik mengenai kesihatan yang dapat dikongsi bersama kerana ini merupakan pengalaman yang sukar untuk dibeli atau dirasai oleh semua wanita. Saya berasa amat beruntung kerana telah diperkenalkan dengan Premium Beautiful, pakaian dalam pembentukan badan FIR yang sedang hangat di pasaran.

 

Puan…………..

24 Responses to “Testimoni pelanggan”

  1. hi…sy dh join bln 4 thn 2007..smpai skarg just bayar hutang je…sy buat bio-aura..susah sgt nk dpt dwnline..
    skarg nih nk tau la harga set beautiful ni…ada 3 pieces kan? 1 piece brapa ek?

  2. saya telah mencuba set ni selama seminggu, setelah pakai perut saya sakit sangat dan menyucuk2. serta gatal2 hingga calar2 kulit saya akibat garu. tolong jelaskan, adakah ianya normal dan apakah simptom2 yang berlaku pada badan saya bila pakai korset ni.

  3. hye….saya baru start pakai seminggu…alhamdulillah…proses pencernaan memang makin mudah….harap2nya saya dapar mencapai berat ideal seperti penggunayang lain

  4. hai mysara…

    fungsi premium beautiful ni adalah untuk membantu mengurangkan lemak, bahan kimia dan toksin dalam badan dan mengurangkan kandungan asid dalam darah… sebab itulah tubuh kita terasa gatal pada peringkat permulaan pemakaian baju ni. Keadan ini berlaku bergantung kepada seseorang itu…jika toksin banyak didalam badan ia akan mengambil masa lebih kurang sebulan atau lebih barulah gejala gatal-gatal ni tak terjadi….apepun..teruskan pemakaian anda tu k…saya syorkan anda unuk sapu dengan minyak baby atau minyak zaitun untuk mengurangkan gatal2 tu… Poses itu adalah normal je k…

  5. sesaper yg berminat utk beli set premium beautiful dengan harga murah, bolehlah hubungi saya ditalian 019-2819369. kini boleh didapati dengan harga rm1500 (cash) atau rm1800 (ansuran). murahkan? barang dijamin 100% original beserta warranty card.

  6. sesape yg nak beli sec ansuran (minimum rm 100 sebulan)@nak jd ahli,hubungi sy di 0192053518 ok..

  7. sesiapa yg berminat utk join ahli hai-o boleh hubungi sy maisara mohd 0192515001 dgn modal serendah 4k

  8. to all hai o members..

    kalau saya nak jual korset saya 9 set (complete) dengan harga RM18,000, awak nak tak? Saya nak setel loan ni sebab tak penah uat hutang yang banyak (pada saya).

    Sedih tengok payslip saya yang ditolak RM232 pada benda yang tak nampak..

  9. saya on off pakai. masalah saya 1)bengkung akan bergerak naik ke atas setiap kali memakainya (akan menutup sebahagian kecil cup coli) , kaedah pemakaian saya rasa dh betul sebagaimana disarankan;. 2)girdle dan bra akan berselisih dibahagian pinggang, ini menyebabkan tekanan yg berlebihan di pinggang dan akan rasa sakit..bagaimana cara mengatasinya…

    • saya pun mcm tu juga… selalu sakit di bahagian pinggang… kdg2 sampai rase sakit nk bernafas… camne ni… 😦

  10. Cik Norlia.. saye pakai PB nie sejak July 08. Mmg gitu laa masalah dialami sejak pakai.. Then saye pakai cara lain.. Basically dorg suggest cara nie utk yg berbadan besar. Tp saye rase cara nie mcm ok je 😛 memula pakai bengkung, then pakai bra.. then baru girdle. Baru le girdle tu tak naik ke atas, pinggang & perut tu tak rase sakit.. tak rase mencucuk..

  11. Eh silap >> Baru le **bengkung (pembetulan dr statment atas) tu tak naik ke atas, pinggang & perut tu tak rase sakit.. tak rase mencucuk..

  12. lara tak faham ler statment u ..boleh ulang semula atau type balik messge u..sebab i pun punya masalah sama macam norlia

  13. sy br nak try pakai pbeutiful nih. tapi untuk perut jek ni boncit ar ngan lengan besar. bley x bli longbra jek

  14. orang tua boleh pakai ke premium beautiful? ada simpton tak?

  15. shikin Says:

    hai saya ada jual premium beutiful .Khas untuk gadis yang bertubuh gempal untuk merasa perubahan yang baik bagi tubuh badan hubungilah saya.pengalaman sendiri saya dapat turunkan berat badan dan ramai yang tanya tentang berat badan saya dan body mula menarik. paras gula dalam badan sudah normal dan sakit pinggang saya hilang. memang pada mulanya rasa kesan .tapi kena ingat kesan fir mencari,memberi kesan dan merawat. pada anda yang ada masalah segugut dan selepas berpantang paling baik untuk menjaga berat dan rahim .ia berfungsi 1001 bagi anda.cubalah pasti anda teruja.0134457578 :]

  16. offer utk set PB…
    saya pakai n sgt berkesan..
    btl!! x tipu!! 😉

    jgn mlu utk cntct or msg ya 😉

    0172052755

  17. offer utk set PB…
    saya pakai n sgt berkesan..
    btl!! x tipu!! 😉

    now i part time modell okey ;-p

    jgn mlu utk cntct or msg ya 😉

    0172052755

  18. cikgu_izan Says:

    sesiapa nk beli premium beutful area saratok,roban,betong,pusa, debak SARAWAK n seangkatan dngnnyer blh hubungi sy 0199218425

  19. sebenarnya saiz yg salah boleh menyebabkan ketidakselesaan kpd pemakai..

    bg sy, sy akan mengukur sendiri saiz pembeli dan selalu follow up keadaan mereka slps membeli set ini agar mereka selesa memakainya dan akan mendapatkan kesan yg diinginkan.. x boleh la dah jual main lps tangan jek kan.. kesian customer tu, dah kuar duit mahal2 tp x selesa nak pakai..

    call/sms for any enquiry: 0122185864

  20. hai..sya da mnjual korset premium btful rm1400-rm1900 mgikut saiz if brmnt u cn col o mesj me 0122640224…free give wash pb..tq

  21. Pada sesiap yang mahu tahu cara pemakaian set Premium Beautiful yang betul saya boleh tunjuk kan demo.. feel free to contact me directly at hanie_smiles@yahoo.com or 019-7311 798.. chees uouls (^_^)

  22. RUBY IBRAHIM Says:

    pls reply asap

Leave a comment